Kekadang terlalu banyak hal yang kita lakukan dengan autopilot mode. Balik rumah letak kunci kereta merata2, then bila nak keluar baru kalut mencari sana sini. Kenapa gitu yer? Sometimes dalam solat pun kekadang kita tak sedar apa yang mulut kita kumat kamit dok baca. Sedar2 dah duduk tahiyat akhir n beri salam. Allahuakbar.
Begitulah kita. Banyak hal yang kita lakukan secara rutin telah hilang maknanya. Solat seharusnya menjadi saat utama kita berkomunikasi dengan Allah secara direct. Saat kita berbual intim denganNya Sang Pencipta. Namun dek kerana sudah terlalu biasa, solat kita lakukan dalam autopilot mode sahaja. Boleh jadi kerana itu rasa itu makin hilang.
Sama halnya dengan kunci kereta tadi. Sekiranya kita mengambil perhatian dimana kita meletakkan kunci, insya Allah kita akan sedar dimana letaknya.
Apa yg penting, hidup dengan penuh kesedaran.
Wallahuaklam
No comments:
Post a Comment