Reminiscing majlis cukur miss H

Alhamdulillah hannah kini dah berumur 6 bulan lebih. Dah mula makan and mula melasak. Belum elok dia meniarap, sekarang dah sibuk nak merangkak :)

Mengenang kembali majlis cukur hannah. diantara sunnah dalam menyambut kelahiran bayi adalah dengan mengadakan akikah. Iaitu sembelih kambingvseekor bagi bayi perempuan dan 2 ekor kambing bagi bayi lelaki. Majlis ini seeloknya dilakukan pada hari ke 7 kelahiran dan pada hari tersebut juga rambut bayi dicukur licin dan nama bayi diwar2kan. Hikmah cukur ini adalah untuk membuang kotoran di kepala bayi sebab kalau kita perhatikan kepala bayi berkerak sedikit sebab lama bayi berada dalam cecair amniotik atau air ketuban dalam perut ibu. Jadi cukur ini hikmahnya dari sudut kebersihan bayi juga :)

Selain itu, pada hari tersebut ibu bapa bayi disunatkan utk buat makan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan ini. Subhanallah, cantiknya islam kerana mengajar kita cara bergembira yang sebaiknya. Apa yang kita dapat, maka kita share, indah bukan :)

Dan masya-Allah, saya sangat tersentuh pada majlis ini kerana ramai yang hadir mendoakan si kecil ini. Mudah2an si kecil ini membesar menjadi hamba Allah yang soleh wa mosleh. Bahagia dan membahagiakan org lain.

Moga majlis si kecil d qberg berjalan lancar dan diberkahi Allah taala. My prayers and doa are with u :')

Pengurusan sabar

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah
Diizinkan Allah saya ke kursus pengurusan sabar di ilkm jawi baru-baru ini. Alhamdulillah banyak yang dapat saya pelajari dan insya Allah akan cuba diamalkan :')

Sabar. Satu perkataan yang mudah disebut. Ziarah orang sakit kita kata, sabar. orang sebelah nak potong kereta depan sbb baru lepas kena potong kita kata sabar juga. Baru kena marah dengan bos kawan kita pesan kat kita sabar juga. Pendek kata, asal ada perkara yang tak menyenangkan maka sabarlah yang diperlukan.

Rasulullah mengingatkan kita bahawa sabar itu adalah sewaktu kita menerima hentakan yang pertama. Bagaimana? Saya cuba jelaskan. Sebagai contoh, bila kita nak alihkan parking kereta kita tengok ada kereta blok kereta kita dan kita tak boleh keluar, apa yg kita lakukan? Adakah kita mencaci tn punya kereta? Sepak tayar kereta? Merungut? Atau istighfar dalam diam? Atau saat anak kita menangis tanpa henti, apakah kita marah anak tersebut? Dodoi anak tapi dgn kuat sampai nak terkeluar anak dr buai? Atau marah pasangan sbb xbantu pujuk anak? Atau dengan senyuman memujuk anak?

Benar kita punya pelbagai pilihan saat kita menerima ujian. Dan pilihan atau tindakan itulah yang menentukan harga diri seseorang.
"Kalau mcm tu teruk ke kalau saya terlepas mulut dulu?"

tarik nafas and senyum :)

Kita perlu ingat, dan akui, manusia memang tidak dilahirkan sebagai penyabar by nature. Dan sabar itu terbentuk dengan pengalaman dan coaching. Kali pertama kita diuji, mungkin our action is not the best, yet. Tapi dari situlah kita belajar and repair and repair again and again.

Precious moment permata hati 2

Allahuakbar
Currently rasa sejuk kaki, nafas pendek n neves sgt2 utk my dear bff..i wonder how she is now..after constantly in pain since yesterday. Being warded at noon and received her first induction at 2.15pm (approximately). It has been a roller coaster ride for, feeling contraction n deeper contraction from time to time.
And now currently, after 38 hours she had receive 3 induce already. Ya Allah, aku yg sakit for few hours pn berpeluh2 menahan sakit, kuatnya dia ya Allah. Aku tahu dan yakin Engkau memilih dia kerana dia mampu.

Hearing her painful voice buat aku hampir hilang arah. Tapi cuba utk sabar aktif and fikir positif. Aku tahu aku dsini xdapat berada dsana, tapi Allah itu Maha Kaya dan Dia ada bersama dengannya. Memandunya terus dari detik ini ke detik seterusnya. ALLAHUAKBAR. Dan suaminya yg setia di sisi insya Allah akn memberi semangat dan dorongat buatnya

My dear, setiap apa yang dilalui itu Allah Maha Kaya ganjarkan pahala buatmu. Dan to kwn hannah, know that ibu loves you so much that she bersabung nyawa to have you in this world; with His blessing. May you and your daughter b healthy and safe. Cant wait for our next meeting.
Till then. £)_ :)