Pengurusan sabar

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah
Diizinkan Allah saya ke kursus pengurusan sabar di ilkm jawi baru-baru ini. Alhamdulillah banyak yang dapat saya pelajari dan insya Allah akan cuba diamalkan :')

Sabar. Satu perkataan yang mudah disebut. Ziarah orang sakit kita kata, sabar. orang sebelah nak potong kereta depan sbb baru lepas kena potong kita kata sabar juga. Baru kena marah dengan bos kawan kita pesan kat kita sabar juga. Pendek kata, asal ada perkara yang tak menyenangkan maka sabarlah yang diperlukan.

Rasulullah mengingatkan kita bahawa sabar itu adalah sewaktu kita menerima hentakan yang pertama. Bagaimana? Saya cuba jelaskan. Sebagai contoh, bila kita nak alihkan parking kereta kita tengok ada kereta blok kereta kita dan kita tak boleh keluar, apa yg kita lakukan? Adakah kita mencaci tn punya kereta? Sepak tayar kereta? Merungut? Atau istighfar dalam diam? Atau saat anak kita menangis tanpa henti, apakah kita marah anak tersebut? Dodoi anak tapi dgn kuat sampai nak terkeluar anak dr buai? Atau marah pasangan sbb xbantu pujuk anak? Atau dengan senyuman memujuk anak?

Benar kita punya pelbagai pilihan saat kita menerima ujian. Dan pilihan atau tindakan itulah yang menentukan harga diri seseorang.
"Kalau mcm tu teruk ke kalau saya terlepas mulut dulu?"

tarik nafas and senyum :)

Kita perlu ingat, dan akui, manusia memang tidak dilahirkan sebagai penyabar by nature. Dan sabar itu terbentuk dengan pengalaman dan coaching. Kali pertama kita diuji, mungkin our action is not the best, yet. Tapi dari situlah kita belajar and repair and repair again and again.

No comments:

Post a Comment