Alhamdulillah hannah kini dah berumur 6 bulan lebih. Dah mula makan and mula melasak. Belum elok dia meniarap, sekarang dah sibuk nak merangkak :)
Mengenang kembali majlis cukur hannah. diantara sunnah dalam menyambut kelahiran bayi adalah dengan mengadakan akikah. Iaitu sembelih kambingvseekor bagi bayi perempuan dan 2 ekor kambing bagi bayi lelaki. Majlis ini seeloknya dilakukan pada hari ke 7 kelahiran dan pada hari tersebut juga rambut bayi dicukur licin dan nama bayi diwar2kan. Hikmah cukur ini adalah untuk membuang kotoran di kepala bayi sebab kalau kita perhatikan kepala bayi berkerak sedikit sebab lama bayi berada dalam cecair amniotik atau air ketuban dalam perut ibu. Jadi cukur ini hikmahnya dari sudut kebersihan bayi juga :)
Selain itu, pada hari tersebut ibu bapa bayi disunatkan utk buat makan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat rezeki yang Allah kurniakan ini. Subhanallah, cantiknya islam kerana mengajar kita cara bergembira yang sebaiknya. Apa yang kita dapat, maka kita share, indah bukan :)
Dan masya-Allah, saya sangat tersentuh pada majlis ini kerana ramai yang hadir mendoakan si kecil ini. Mudah2an si kecil ini membesar menjadi hamba Allah yang soleh wa mosleh. Bahagia dan membahagiakan org lain.
Moga majlis si kecil d qberg berjalan lancar dan diberkahi Allah taala. My prayers and doa are with u :')
No comments:
Post a Comment