Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik hari ni Muhammad Nufayl dah 45 hari. Macam-macam dilalui dalam tempoh tersebut.
Jaundice aka Kuning
Nufayl pun tak terlepas dari kena jaundice juga. Tapi kakaknya dulu, cukup dua minggu jaundice pun dah tak ada, pendek kata, capailah bacaan yang doktor nak tu.
Nufayl pun tak terlepas dari kena jaundice juga. Tapi kakaknya dulu, cukup dua minggu jaundice pun dah tak ada, pendek kata, capailah bacaan yang doktor nak tu.
Tapi nufayl ni lain pula kisahnya. Kami berulang ke klinik kesihatan (KK) dari hari ke 3 lagi. Dan proses ulang alik ke KK ni hampir setiap hari hinggalah hari ke 14. The only day yang tak perlu pergi is weekend and hari raya haji. Dan setiap kali pergi bacaan tu naik dan terus naik, tak turun-turun. Mujur tak kena dok bawah lampu jek.
Sepanjang di KK macam-macam petua yang orang kongsikan. Antaranya adalah
- minum air anggur hitam
- sapukan getah 'patawali' di tapak kaki bayi
- sapukan aloe vera @ getah lidah buaya di badan bayi; di ketiak, dahi, tapak kaki (buat mcam orang demam sebab aloe vera ni act as cool fever)
- ubat di cina cabang (kedai tabib cina yang famous di Kelate)
- minum susu kambing
- minum air anggur hitam
- sapukan getah 'patawali' di tapak kaki bayi
- sapukan aloe vera @ getah lidah buaya di badan bayi; di ketiak, dahi, tapak kaki (buat mcam orang demam sebab aloe vera ni act as cool fever)
- ubat di cina cabang (kedai tabib cina yang famous di Kelate)
- minum susu kambing
Tapi satu pun nufayl tak cuba sebabnya sepanjang umi mengasuh cucu ni, tiada satu pun yang di atas terbukti berkesan. Tapi kalau nak cuba apa salahnya.
Yang paling mujarab adalah BANYAKKAN MENYUSU. Kerapkan menyusu sejam sekali ataupun setengah jam sekali. Ye, bayi kuning ni memang kuat tidur, tapi kejutlah walaupun susah. Dan lebih mudah beri susu guna botol sebab kita nampak berapa ml/oz yang diminum oleh bayi.
Ibu-ibu juga boleh ambil kesempatan waktu ini untuk membuat stok susu untuk bayi. Pada masa yang sama dapat elakkan ibu-ibu dari bengkak susu.
Hirsprung
Day 11 of life merangkap raya ke-3 Aidiladha nenek dan atok datang melawat dari klang. Punyalah gembira kak hannah. Atok cukurkan rambut nufayl guna mesin yang atok bawa. Cepat dan kemas. Dulu k.hannah abahnya cukur licin sendiri berjam-jam lamanya (2-3 jam ), makanya kali ni tukar strategi hihi.
Malamnya semasa nenek siapkan nufayl nenek tegur tentang perut nufayl yang kelihatan amat tegang dan berkilat. Mak minta bawa jumpa doktor segera tapi sebab esoknya ada follow-up jaundice saya cadangkan untuk refer doktor esok sahaja.
Selepas doktor tengok, doktor minta nufayl buat x-ray sebab nampak distended and shining abdomen. Selepas x-ray doctor risau distanded large bowel and suspected hirsprung. Jadi doctor minta nufayl warded immediately. Tapi yang kelakarnya, walaupun hospital tu 500m sahaja dari KK, kami kena naik ambulans dan tak boleh pergi sendiri. Ok baiklah, SOP kan, kita patuh. Sebab katanya pernah ada yang kena warded then nak pergi sendiri tapi tak kunjung tiba terus di hospital.
Di hospital, saya dan nufayl masuk ke nicu. Doktor HO agaknya yang buat check up yang pertama. Macam-macam soalan ditanya, walau rasa mcm penat nya jawab soalan yang sama berulang kali, tapi dia nak tolong kita juga kan. Tapi sebarang keputusan tak diveri sebab kena tunggu pakar neonatal yang periksa. Mereka hanya boleh beri pendapat.
After fewa hours neonatalist datang round ward. Doktor Pakar ni memang hebatkan, hanya dengak sekali tengok x-ray tu beliau confirmkan nufayl ok dan bebas hirsprung. Leganya ya Allah, alhamdulillah. Then doktor klasifikan nufayl sebagai low risk dan hanya perlu pemantauan sahaja. Jadi alhamdulillah dapatlah kami pindah ke wad MAC (mother accompanied care) dimana ibu dan bayi dapat katil. Kalau nicu, hanya bayi sahaja dapat katil dan ibu blh pulang ke rumah atau berehat di kerusi yang disediakan.
Sarat
Sepanjang di ward, nurse dan doktor hanya memantau ukur lilit perut nufayl. Sekiranya bertambah, doktor minta untuk buat x-ray sekali lagi. Alhamdulillah sepanjang 2 mlm disana bacaan circumference nufayl agak konsisten; 31-32cm.
Sepanjang di ward, nurse dan doktor hanya memantau ukur lilit perut nufayl. Sekiranya bertambah, doktor minta untuk buat x-ray sekali lagi. Alhamdulillah sepanjang 2 mlm disana bacaan circumference nufayl agak konsisten; 31-32cm.
Nurse yang check nufayl kata, "kalau bahasa orang kampung kita panggil sarat ni. Perut kembung dan najis macam bertali or sarak telur (maaf)."
Nurse cadangkan tuam dengan pasir+lada hitam+bawang putih yang dipanaskan di perut, tapak kaki dan .... Boleh juga cuba ubat dari tabib cina.
Makanya keluar hospital kami cuba jumpa bidan kampung pula sebab perut nufayl masih nampak tegang. Mula mula tok bidan tengok perut nufayl, mengucap panjang dia dan dok bersimpati dengan nufayl. Cik yah pun urut-urut nufayl dan nampak dia selesa hingga ke hari berikutnya.
Tapi sekejap jek nampak lega. Jadi next kami cuba bawa jumpa pakar kanak-kanak di hospital swasta pula. Bila saya nyatakan yg org tua kata penyakit sarat. Marah betul doktor tu. Katanya orang kita ni banyak benar sakitnya dan tiada dalam istilah perubatan. Pada beliau, asal bayi boleh buang air besar, buang angin dan berat badan naik dengan baik itu sudah memadai. Itu tandanya his/het body is functioning well and within the first three months memang badan bayi akan adjusting to many things. So be patience.
No comments:
Post a Comment