Dikalangan adik beradik saya, saya mmg yg plg liat aka xberdisiplin menjaga adat2 pantang ni. "7 hari pn belum tentu pantang betul klong tu" - they said 😂😂😂
Tapi apa definisi pantang kita sebenarnya?
- tungu barut tangas pilis 44 hari lamanya?
- hanya mkn ikan selar, sayur sawi dan buah oren 6 minggu lamanya (WHATTT)
- terperap dalam rumah xkena angin luar berminggu-minggu
- dok belunjur jek, jalan kepit2 slow, jgn tersepak ibu jari kaki
- minum air kunyit, mkn halia campur black pepper byk2
- berstoking sbb takut msuk angin
- etc etc etc
Dalam byk2 tu sy rasa yg plg susah is bab makan. Sebelum bersalin segala mcm mak nenek kita telan, tolak batu ngan kayu jek agaknya. Yg popular, yg tgh trending semua kita nk try. Then tiba2 44 hari semua xblh mkn n hanya tertakluk kpd beberapa jenis ikan dan sayur yg dmasak dgn cara yg tertentu jek blh mkn. Rasa idea tu yg buat sy mmg susah nk terima pantang.
Tapi bak kata umi, proses pantang ni adalah proses pemulihan diri. Selepas 9 bulan kita bawa baby dlm perut, byk perubahan yg terjadi pada badan kita, dan selepas proses melahirkan badan kita kehilangan banyak darah. Jadi 44 hari atau 6 minggu ini adalah proses RETREAT atau pemulihan. Biarlah selepas 44 hari kita keluar rumah, org tgk kita segar, xpucat lesi dan sihat sepenuhnya.
Jika itu objektif utama, saya terima dan amat setuju. Tapi bagaimana ingin sihat jika hanya dgn mkn sawi dan oren sepjg masa dan setiap hari. Pemakanan yg sihat dan seimbang itu lebih penting dan utama. Memandangkan doktor perubatan pun kata, tiada istilah 'makanan angin' dan 'makanan sejuk', jadi makanlah makanan yg berkhasiat utk menghasilkan susu yg berkhasiat buat bayi. Masalah utama wanita selepas melahirkan adalah sukar membuang air besar, terutamanya jika miss V berjahit. Banyakkan makan sayur dan buah yg kaya dengan vit C. Nurse saya hari tu cadangkan supaya minum air twister. Bagai pucuk dcita ulam mendatang, terus saya singgah beli sebotol hehe.
Tungku Urut Tangas Barut
Di zaman kini, bukan mudah mencari tukang urut dengan servis yg murah. Harga standard sekarang rm50/jam (urut), rm80 (urut+tungku). Itu baru kos sehari. Saya percaya ramai yg suka ber'spa' begitu. Namun skrg bukan mcm dulu. Makbidan caj murah2 dan berdekatan jek. Sekarang nk cari tukang urut susah, kos sehari plg minimum RM50 + kos pengangkutan mkcik dtg rumah kita lagi. Jadi kalaulah setiap hari nak ambil pakej urut + tungku, contohnya utk 14 hari, paling minimum kena ready RM700. Itu baru 14 hari, kalau nak 44 hari macam mak2 kita dulu, mau pokai dibuatnya.
Tak keluar rumah
Saya rasa rasional adat ni adalah utk elakkan dari jangkitan penyakit. Yelah baby kecil ni masoh baru di dunia dan badannya pun sangat fragile, mudah dijangkiti penyakit. Kita pun tidak digalakkan cium sayang baby selalu terutamanya kalau yg demam selsema. Risau baby mendapat jangkitan.
OK itu betul dan saya setuju. Tapi sekarang ni susah nak elak utk tak keluar, especially 2 minggu pertama sebab kita perlu follow check up dengan klinik kesihatan, atau jika baby kena jaundice aka kuning memang kenalah ziarah kkia tu setiap hari sekiranya bacaan kuning tak menurun.
Tapi kalau ada org lain yg blh bawakan baby, apa salahnya. Boleh si ibu berehat di rumah. Tapi kalau ibu pun kena ke kkia utk rutin check up, anggap shj sbg rezeki dpt jln2. Sebab lepas 2 minggu tu terperaplah dlm rumah hingga baby sebulan, baru keluar semula utk suntikan sebulan. THINK POSITIVE.
Berstoking dan Barut
Bab stoking memang saya jaga @ saya buat. Tapi sendiri ukur bila perlu pakai bila tak perlu. Sebabnya rumah yang ber'air cond' dan lantai mozek, badan lebih cenderung utk rasa sejuk. Kalau tghari tu panas lit-lit, bukalah. Ikut keselesaan kita.
Tapi bab barut ni saya mmg malas, sebabnya kalau ikat sendiri kurang ketat dan kemas. Jadi langkah mudah, tak yah pakai hehe.
Jadi mungkin orang sekeliling yang perlu main peranan untuk memudahkan dan bukan menghukum. Bukan ibu2 taknak barut, tungku, tapi mungkin ibu berpantang tu segan nak minta tolong dan nak susahkan orang sekeliling, jadi memilih utk tak buat.
Utk ibu yang sedang berpantang juga, hendaklah menjaga hati orang yang menjaga. Walau kita tak setuju, kita kena turut juga mana yang tak payah nak turut, terutamanya kalau ibu kita dah sediakan. Alhamdulillah ada yang sudi menjaga kita. Jangan menyusahkan tapi memudahkan.
Jangan jadikan proses pantang itu suatu yang membebankan. Jika org sekeliling kata, "baru berapa hari dah keluar sana sini", senyum jek. Tak perlu respon utk menang pun.
Semoga kita semua sihat hendaknya dan sentiasa dapat berbaik sangka dan buat orang pn senang dengan kita.
Ps: sometimes bukan proses pantang tu yang stressful, but ADJUSTINg and JUGGLING with your lil ones presence yang sedikit memenatkan. Baru nak makan baby dah nangis. And kalau baby tidur elok, kakak/abang die pula yang menuntut perhatian. PHEW. Moga dberi kelapangan dan kesabaran sentiasa. Ameen
No comments:
Post a Comment