ibrah dari gerombolan semut

dari jauh lihat segerombolan semut datang menghampiri rak hijau di hujung bilik kecil ku. Hati mula mengomel, " EEE semut-semut ni. Aku baru letak choclate, cepat betul dia datang. dah la datang bukan sekor dua. habis tok nenek die datang. Padahal bukannya bukak pun choclate ni" **gggrrrr** hati mula panas..

chop. sila bertenang.  tarik nafas dalam-dalam.
kan dalam setiap penciptaan ada perkara yg kita boleh belajar.

cuba kita lihat semut. entah dari mana dia tinggal, tapi sejauh mana pun dia tinggal mereka tetap akan muncul di tempat yg punya makanan buat mereka. bak kata pepatah orang dolu-dolu, "di mana ada gula, di situ ada semut". Subhanallah, mereka dikurniakan dengan panca indera yang sangat sensitif terhadap gula. sebagaimana sepatutnya kita miliki terhadap rahmat Allah, mungkin ada baiknya sekiranya peribahasa itu kita tukar, "di mana ada rahmat Allah, di situ ada kita". Nah, sekarang peribahasa itu lebih basah *wink*

Kita sudah ditaburkan dengan pelbagai pengisian. Sebut sahaja tajuk2 daurah, entah yang mana jek belum kita cover. Lihat sahaja dalam checklist peribadi, semua pun dah bertick. Makanya, kita sepatutnya mengetahui pelbagai perkara yang mampu membawa kita kepada kasih sayang Allah, rahmat Allah dan redha Allah. Tapi sejauh mana kita sensitif, dan bersungguh dalam mencarinya. Adakah apabila di-offer untuk mendahulukan barang kita, itupun terasa berat, sedangkan apa yg kelihatan seperti harta kita hari ini, hakikatnya masih belum menjadi harta kita selagi ianya belum di infaq-kan. Dan adakah apabila kita diamanahkan dengan adik DF atau amanah yg lain, kita memandangnya sebelah mata? sedangkan membawa orang kepada kebaikan itu lebih baik dari nilai unta merah.

*istighfar*

Next, selain dari sensitifnya semut itu, amal jamaie mereka juga harus kita contohi.
Ada tak kita lihat semut menghurung gula sendirian. Tidak bukan. Pasti saat mereka mencari 'gula' tersebut, seluruh tok nenek mereka bawa bersama. Tidaklah mereka mencari makanan itu sendiri-sendiri. Tidaklah mereka itu tamak terhadap kebaikan sendirian berhad. Subhanallah.
Jadi akhwat fillah sekalian, sekiranya kita mampu melihat hub pahala dihadapan, pimpinlah akhwat kesayangan kita bersama. Bila mana melakukan kerja dakwah itu, berqadayalah bersama orang2 yang kita sayang kerana ada barakah dalam syura. kerana ada kebaikan dalam syura. bukan ke kita nak bersama sampai syurga? kerana dakwah itu sungguh sukar, tak terdaya dipikul sendirian. Sebagaimana semut kecil itu tak mampu membawa makananya sendirian, takut tersungkur lebih awal dari sepatutnya. Jom akhwat, kita kerja bersama, bersama sampai syurga. Kan indah =')

So Soon

Lagu dendangan maher zain, So soon benar-benar mengimbau secebis kenangan buat diri ini. Terutama buat org yg mendedicatekn, lagu ini.

Hati kini mula menghitung hari, makin lama tidak berbulatan gembira, makin rindu aku jadinya.

Itupn alhamdulillah Allah mngurniakan akhwat yg sll mengingatkn. Jazakunallahu khairan katheera.

Berharap agar aku memperoleh tenaga baru dari bumi kiwi, dari tmpt aku pertama disentuh oleh sentuhan tarbiyah.

So soon, satu kenangan, satu memori dan satu perasaan tercipta

posted from Bloggeroid

What is on your wish list


Manusia hidup dengan harapan.
Makin besar harapannya dalam hidup, makin tinggi driving force yang akan menolaknya kehadapan.

Jadi apa driving force kita untuk mara ke hadapadan?
Jika pendek angan2, maka beratlah kaki melangkah, sedikitlah usaha yang kita letakkan dalam setiap tindakan

So, what is your wish?
Tamanna~

Merajuk?NO!!

Ini pulak tazkirah dari minggu lepas.
Pernah tak diri mahu merajuk?
Bila diri punya expectation tak dipenuhi, kita akan mudah bawa hati. Bak orang kelantan kata, "kesok hati".
Bila jadi guru ni, macam-macam yang boleh jadi punca kemerajukan.
Students tak siap homework, students tidur dalam kelas, students itu, students ini.

Seboleh mungkin aku cuba untuk tidak ber-sensitif dalam kelas. Errr sebab diri pun tak suka dan tak faham dengan cikgu yang merajuk ni. Tapi hari tu, seriusly hampir jatuh dalam kategori merajuk. eeEEee malu dengan Allah, sebab Allah dok bersabar lama dengan aku yang payah dengar kata ni.

Akhirnya aku di-ingat-kan dengan suatu kisah yang amat significant untuk penyakit ni. Memang benar, Allah amat mengetahui apa yang kita perlukan. Sometimes Allah hantar nasihat dari arah yang tak di sangka-sangka.

Ramai yang dah mendengar kisah Nabi Yunus dan Ikan Nun. Bagaimana Nabi Yunus telah ditelan oleh ikan nun. Teringat nasyid yang kami alunkan di zama tadika dulu

Wahai kawan-kawan mari dengar cerita
kisah nabi yunus dalam perut ikan nun
wahai kawan-kawan, janganlah bimbang
Nabi Allah tetap dalam pembelaan

Nabi Yunus menyeru kepada kaumnya
sembahlah Allah yang Maha Esa
.......

Memori terhenti sampai di situ saja (mungkin pembaca yang tahu boleh sambungkan heee)

Ok, Tapi kenapa yer Nabi Yunus ditelan oleh ikan nun?? Kisah baginda telah Allah ceritakan dalam surah As-Saffat, 37:139-148

[139]Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.

[140](Ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.


[141](Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).


[142]Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.


[143]Maka kalaulah ia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),


[144]Tentulah ia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.


[145]Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang ia berkeadaan sakit.


[146]Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.


[147]Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.


[148](Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).


Dan Nabi Yunus telah melarikan diri. Merajuk gara-gara seruan baginda tidak disambut baik oleh kaumnya. Baginda telah mencuba sedaya mungkin, namun ajakan nya tidak di-endahkan. Jadi baginda membawa diri, melarikan diri ke tepi laut. Nabi Yunus telah menumpang di dalam sebuah kapal yang akhirnya baginda terpilih (melalui undian) untuk dicampakkan ke laut. 

Allah menguji baginda kerana membawa diri. Berputus asa apabila usahanya tidak membawa hasil yang diharapkan. Alhamdulillah, Allah mengilhamkan baginda untuk bertaubat dan memohon maaf, sungguh Allah itu Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat. Peristiwa ini Allah lakarkan di dalam surah Al-Anbiya, 21:87-88.

[87]
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.
[88]
Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).


Bukan kaumnya itu bodoh, bukannya kaum itu tidak mengerti. Tapi hakikatnya hidayah itu milik Allah. dan Allah jualah pemilik hati mereka. Dan Allah akan tentukan bilakah masanya mereka akan kembali ke jalan yang benar, jalan al-haq, jalan ke syurga.

Dan kaum nabu Yunus akhirnya berbondong-bondong menjadi orang yang beriman. Time will heal everything. Coz time is something controlled by Him, Pemilik Masa itu sendiri.

Jadi buat diri, usah merajuk. Pujuklah hatimu. Kerana mereka itu milik Allah. dan Allah hanya ingin menguji-mu, kesabaranmu.