kasih sayang menyesakkan

bagaimana mungkin suatu kasih sayang itu boleh menyesakkan??bukan kah kasih sayang itu suatu rahmah. anugerah dari empunya segala cinta, Allah azzawajalla. suatu perasaan yang indah, hangat dan mengasyikkan.

tapi bagaimana ia kekadang boleh menyesakkan dada? menyempitkan ruang pernafadan yang sedia sempit ini??

hmm seorang guru, akan menyayangi anak muridnya. setelah spend 5 masa seminggu, bagaimana mungkin perasaan sayang itu tidak hadir. keakdang ia suatu yang melucukan untuk berada bsama mereka. ada kala tertawa, dan tak kurang juga cemberut mencuka.

tapi kali ini, dada terasa sesak. kenapa kasih sayang ini menyesakkan lalau ia sebenarnya indah?

hela nafas mula pendek
jantung berdegup laju lebih dari kadar normal phew

bila direnungkan, benarkah sepatutnya begini?

tidakkah sepatutnya, bila rasa sayang itu singgah, marah yang dirasai juga kerana cinta. *ok cinta lagi, kompiusss*

bila renung lagi, mungkin salah cintaku ni. salah niat agaknya.
jika direnung, tahun lepas takdelah marah macam ni. sayang, sayang jugak. tapi knapa tidak seperti ini.

hmm ok jujur.
bukan sayang itu salah.
tapi bila meletakkan expectation dan.tidak dipenuhi, hati mula hancur.

bukan juga meletakkan expectation itu,
salah kerana hakikatnya, adanya expectation adalah tanda sayang, tanda 'i can count on u', tanda saya yakinkan awak,
tapi seharusnya kita sedar, sebelum.meletakkan expectation pada mereka, adakah kita pada masa yang sama meletakkan tawakal.kita pada Allah? kerana semua dari kita milik Allah, punya takdir sendiri, punya kepandaian yang tersendiri, punya cara yang tersendiri.

jadi duhai diri,
berlapang dadalah
kerana sesunguhnya, kasih sayang yang kau ada tu belum 100% pure,
kerna ia pure, pastinya kau tidak kecewa, kerana engkau tahu bahawa pengatur segalanya adalah Allah swt, dan bukan dirimu.

wallahualam

durian gerik

alhamdulillah.
ramadhan ke 5 hampir melabuhkan tirai. dan dalam tempoh kurang 20 jam ni dah macam2 berlaku. emosi naik dan turun, berjumpa dengan mereka2 yg sweet mweet, tak kurang juga nakal2 manja. Alhamdulillah, pasti ada sesuatu yang Allah ingin ajarkan diri yg masih kerdil. terima kasih ya Allah

menelusuri pekan gerik ni, banyak meja dan gerai yang dibuka menjual durian. berlonggok2 banyaknya. tapi kenapa entah, hati dan nafsu ni tak tergoda dengan durian ini.

kalau.dulu, arwah mek akan kopekkan dan simpan dalam fridge. special utk cucu die yang kat nz ni. takut cucu die ni.kempunan durian, heee sweetkn alhamdulillah:) *moga Allah merahmatimu dengan kasih sayang yang jaaaauuuhh lagi banyak mek, al fatihah*

tapi skrg ni bagi free pn blom tentu nak. ok tapi kalau org bg mana blh tolak hadiahkn. rasulallah pn xtolak, so kenalah contohi taw.

sometimes mungkin jugak sbb dah lama xmakan kan, so xdelah rasa nak sangat.

haaa tu baru main point sebenar entry ni!

kebaikan pun macam tu jugak kawan2. kena selalu dilazimi, supaya hati ni biasa dan dh sebati dengan ibadah tersebut. sekiranya makin lama kita tinggalkan, mungkin lama2 yg kesukaan itu dah bertukar menjadi hambar.

kalau dulu kita rajin mathurat, tapi seban dah lama tinggal, kita jadi biasa meninggalkan.
kalau dulu, telinga biasa mendengar recording ceramah ustaz2, sekarang untuk memasukkan dalam play list pun payah.
kalau dulu, senang nak bermanja dengan akhwat, tapi sekarang kenapa jadi double standard.

sama2 kita muhasabah. adakah amal kita bermusim sebagaimana durian juga
*ok menangis ramai2*

sempena 30 hari ketiadaan syaitan ni, jom kita sama2 mujahadah kembali. memenangi nafsu malas kita. meninggalkan jauh rasa yg tiada rasa tu. tak lupa, doa, doa, doa dan terus berdoa moga Allah bantu kita dalam mujahadah, bantu kita untuk mencari nikmat seorang hamba, dan dberi kekuatan menjadi khalifahNYA.
*ameen ya Allah, ameen*

traveller's note

subhanallah
tinggi sungguh gunung menjulang. kukuh tegak memask bumi. kadang aku terpaku diam, cukup merenungnya saja bisa menggetarkan hati kecil ni

lately ni banyak sangat drive ke hulu hilir. walaupun sedikit sebanyak buat org sekeliling risau sebenarnya tapi huuu nak buat macam mana, kerja menuntut bbuat demikian. plus xpenat pn, seronok apa jalan2 heee

kadang2 stress kan driving memandang jalan hitam jek. ditambah pulak dengan kereta racing kiri kanan. tak semena2 mood racing pun timbul juugak. *adehh istighfar2*

bila mata penat dengan keadaan, mata mu la mencari pemandangan yang berbeza, ke langit tinggi. subhanallah indahnya ciptaan tuhan. terbentang luas tanpa celanya. tanpa tongkat ia masih terbentang luas, gagah dan kukuh. hati mula memanggil penciptanya, Allah, Allah..berkali-kali diulang kalimah itu, hingga terasa panas jendela kecil ku.

dari pandangan itu, dada terasa sesa dengan kasih sayang yg aku terima selama ini. walaupun hati tidak jelas dengan perasaan sendiri, akal pn tak dapat menafsirkan dengan tepat kenapa air jernih itu bertakung. tapi yang pasti aku jadi rindu. rindu dengan pencipta yg meminjamkn hidup yg cukup indah ini, rindu pad a syurga yg psti jaaaauuuhh lebih indah dari pandangan yg ku lihat ini. jadi rindu pada Rasulullah di surga firdaus, sbaik2 tmpt kembali. ya Allah, mampukah aku kembali kepdaMu dengan sebaik2 pengembalian, bersama dengan insan2 yg amat aku kasihi..

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar

jadi apa penatnya driving, jika mata dihidangkan dengan pandangan sebegini indah, dengan hati bertambah basah merasai kasih sayang Mu. dengan hati yg merasai kasih sayang sahabat yg amat merisaukn keadaan ku. yg setia menemani di hujung talian.

subhanallah. jd bgaimana mungkin travel.itu satu perkara yang memenatkan

Alhamdulilla

posted from Bloggeroid