Begins with the end in mind ๐ Hidup, harapnya bukan sekadar hidup ๐
Jewels of the Qur'an แดดแดฐ: Inspirations from those Nearest to Allah - By: ...
kisah dari al-quran itu sungguh pengajaran yang amat bermakna buat kita. Allah memberi kita cerita2 agar dengannya kita mengambil pengajaran daripadanya.
Subhanallah walaupun cerita yang sama di dengar berulang-ulang, namun hati ini tidak jemu, dan tiap kali mendengarkannya, pengajaran berbeza yang dapat kita kutip. Mutiara yang tersimpan dalam, dan hanya mereka yang mendengarkannya menggunakan mata hati dapat mengambil iktibar daripadanya.
Beberapa kisah diperdengarkan seperti Kisah Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Adam dll.
Jom hayati dengan mata hati
bila dah sayang
saya jadi teringat,
bila dah sayang, kita akan risau sangat tentang keadaan org tukan..baru die batuk pun kita dah risau, tu tak taulah apa gaya kalau cakap xleh bangun kan.
bila dah sayang,
kalau yg sakit rasa macam nak cepat2 sampai jenguk, walaupun gosok jek pun tapi at least di depan mata, nampak untuk dilihat, bukan sekadar berita di gegendang telinga semata
bila dah sayang,
setiap yang dia rasa gembira, kita pun akan tumpang gembira, sebab hati kini bukan dua yang berbeza, tapi bersatu menjadi satu.
moga Allah redha dengan segala rasa ini,
terima kasih ya Allah kerana ajar dan beri aku rasa semua ini, biar susah, tapi ia indah..cukup indah..kerana fisik penat, asal hati gembira
penting taw merapatkan saff!!
alhamdulillah weekend kali ini berpeluang berbuka bersama keluarga di bumi kelahiran. dan alhamdulillah semalam selesai berterawikh di masjid yang menjadi tumpuan ramai di negeri ini.
bacaan imam sangat mengasyikkan, mengalunkan bait-bait indah dari kalamallah. tapi hati sedikit terganggu dengan sikap jemaah perempuan di sini.
sejadah adalah tempat sujud kita. besarnya saiz sejadah kita tak akan mengubah maksud sejadah tersebut. kekadang itulah ruginya membentangkan sejadah secara menegak, kerana mungkin kita akan merasa, "this is our territory", lantas kita pun berat sikit nak melangkah untuk merapatkan saff.
astaghfirullah.
bukankah Allah ada menyebut dalam surah as-saff bahawa Allah sukakan mukmin yang tersusun umpama bangunan yang kukuh?
sedih lagi bila mengenangkan saff terputus2 smlm.
bukankah jemaah yang dirapatkan itu salah satu hikmahnya adalah dapat menambahkan atau menyempurnakan pengaliran tenaga?
and sbb tulah, ada imam terdahulu, sebelum beliau mengimamkan solat, beliau akan memeriksa saff makmumnya. saya lupa siapa nama tokoh tersebut, Ustaz Don pernah sebut dulu. sebab pntingnya meluruskan saff. itulah untungnya jemah, bukan sekadar untuk mendapat pahala 27 kali ganda tersebut semata, tapi bagaimana pula sikap kita ingin menyempurnakan jemaah, merapatkan saff dan bukan nafsi2 lagi? kalau x, macam sama jek dengan semayang sorang kan
Astaghfirullah.
maafkan ke-emo-an yang tidak menentu
