REPENTANCE ==> Allah menjaga dosa-dosa kita

Usai solat maghrib, terdengar ceramah dari surau pelajar. Penceramah berpesan, "selepas ni kalau ada penceramah tanya, siapa bernah buat ..... (any crime) jangan mengaku. Saya tak suka betul penceramah yang tanya begitu" Kemudian beliau bacakan hadith yang maksudnya:-

“Setiap ummatku itu akan diampuni kecuali kecuali Al-Mujahirun. Yaitu orang yang melakukan (dosa) di malam hari. Lalu ia hidup hingga di waktu dalam keadaan dosanya ditutupi oleh Allah. Namun ia kemudian menceritakannya (kepada orang lain):’Wahai fulan, tadi malam aku telah melakukan begini dan begini’. Padahal Allah telah menutupinya semalam. Namun ketika pagi tiba, iapun menyingkap tutupan Allah terhadap dosanya” [HR. Bukhari & Muslim]

Terduduk sendiri di lembaran sejadah itu. Allahu Akbar, malu sungguh aku pada Sang Pencipta. Nafas demi nafas Dia kurniakan padaku meski diri ini berpalit dosa. Bukan lagi berpalit rasanya, berendaman dosa. Jika seorang alim pernah ketika berjalan dilihat berhenti seketika hingga tak disedari temannya jauh ke hadapan. Bila ditanya kenapa, beliau berkata, aku melupakan Allah seketika tadi, maka aku berhenti beristighfar sebentar

Allahu
Jika demikian kecil kelupaan dia rasakan berdosa. Apatah lagi aku yang jauh lagi dari mengingatiNYA setiap masa :(
Kita sendiri tau kan apa aib yang telah kitakan, jika dibuka pekung didada, jika terpampang di papan iklan apa yang kita lakukan secara live, Astaghfirullah betapa malunya kita. Saat kita dihdapan FB apa yang aku lakukan. Saat aku dihadapan murid, adakah ikhlas hati ini. Adakah badan ini melakukan seperti yang dikatakan bibir ini.

ALlahu Akbar
Sungguh Engkau lebih tahu betapa hinanya aku ya Allah. Betapa tak layaknya aku utk berada di dunia ini ya Allah. Dosa aku melimpah ruah. Kadang terasa mahu menjadi kuman, tak terlihat oleh orang lain :'(

Tapi dan Tapi
Rahmat Mu menggunung tinggi. KasihMU melebihi kemarahanMU hingga aku pun malu. Hingga aku jadi hambaMU yang alpa ya Allah.

Ya Allah,
dengan rendah hati aku bermohon kepada MU.
tutuplah aib-aibku ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa ku ya Allah. Kealpaan ku, kedhaifan ku ya Rabb. kerna aku tak punya sesiapa melainkan MU ya Allah tempat aku berharap dan tempat aku bermohon belas kasihanMU ya Allah
Sesungguhnya ya Allah, Mahsyar itu milikMu, dan hanya daripadaMu aku bermohon keselamatan ya Allah, dengan RahmatMU ya Allah, dengan Rahmat MU ya Allah

Ya Allah,pada petang ini kami nikmati afiat pemberianmu(keselamatan dan mara bahaya)dan terjaganya rahsia-rahsia(dosa-dosa)ku,maka sempurnakan nikmatmu,afiatmu dan penjagaanmu itu atasku,di dunia dan akhirat. (mathurat)





Syurga Istirehat Abadi

Kerana kehidupan dunia itu penjara bagi mukmin dan memang memenatkan kerna janji Allah syurga itu sbg tempat istirehat yg abadi

"Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat)"
[al-fatir:34]

Allahu Akbar

Ps:untouched world, nz
Western spring

Me-recharge

Allahu Allahu

Berat sungguh menapak masuk ke pagar maktab. Hati meronta-ronta kenapa aku perlu berada di sini. Down, sedih, sendiri semua bercampur. Apa yang perlu aku set dalam diri, apa yg perlu aku set d hati?

Allahu Allahu

Bukan mudah menerima sesuatu yang bukan kita inginkan. Menjadi guru, menjadi pendidik, menjadi guardian. Sesuatu yg perlu dilakukan dengan hati dan passion ku bukan di sini. Di bidang ini.

Astaghfirullah

Bukan aku tak tahu pahala melimpah menanti di sini. Bukan aku tak sedar medan amal ku terbentang luas di sini. Bukan aku tak mengaku tugas ini bukan hanya sekadar menerima gaji tapi amanah yg besar. Sungguh aku sedar, aku tahu

Allahu Allahu

Alhamdulillah adanya pnman ku disini. Jauh tapi hatinya kurasakan. Paling tidak aku ada ubat utk bertahan di sini. Wahai p, jgn bosan menemaniku, menasihatiku, mempositifkan ku..sbb sungguh payah..amat payah berada di sini..

Allahu Allahu

Lembutkan hati ini
Lapangkan hati ini
Bukakan hati ini

Kerana sunggun ianya payah

Note to self:
1. Adakah kau ragu dengan syurga Allah?
2. Adakah niat kau ikhlas kerana Allah?

Bukankah kerana Allah segalanya kan mudah?

Astaghfirullah al-azim

Israeli

https://www.youtube.com/watch?v=arQkivaRRWI&feature=youtube_gdata_player