Im blessed!

To have someone who always worrying about you is trully a blessing, a huge one indeed!!

Ya Allah, dan limpahkanlah kebahagiaan dunia dan akhirat untuknya, dan kurniakanlah dia kasih sayang seluruh penghuni di langit dan bumi. Kerna die amat menyayangi ku ya Rabb, ya Rahman, ya Rahim

Menjadi air

Air merupakan salah satu unsur alam yang kerap memberi inspirasi kepada saya. Jika ditanya, "pilih satu unsur alam yang awak teringin nak jadi"
Nescaya jawapan saya cukup mudah, air.

Melihat alirannya di celah-celah batu, begitu lembut dan mempesonakan. Sejauh manapun sukar susunanya, ia pasti boleh menyusup di celah2nya.

Menjadi air bererti kita boleh menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sekalipun; susah ataupun senang.

Menjadi air bererti, kita mampu mengubah batu yang keras hingga mempunyai lekuk, yang penting kuncinya Istiqamah

Menjadi air bererti kewujudannya meberi inspirasi dan ketenangan buat yang melihatnya. Meski dengan mendengar bunyi alirannya di celahan batu, ianya cukup mempesonakan. Bisa menjadi tempat insan melepaskan penat sebentar.

Menjadi air bererti menjadi insan yang lembut hatinya, mudah mendengar kata dan mudah menerima nasihat. Bukanlah keras membatu umpama batu2 di sekitarnya.

Menjadi air bererti menjadi nadi kehidupan dan memudahkan urusan orang lain. Paling tidak membantu secara terus, hadirnya sahaja menenangkan.

Subhanallah, bahkan Allah sendiri menggunakan air sebagai perumpaan dalam beberapa ayatul quran. Dan begitulah hebatnya air.

Dan aku, hanya bermimpi dan bercita2 menjadi seumpamanya :(

Its her birthday

Bila tiba harinya rasa sudah hilang kata2..b happy my dear kesayangan and lets us b strong b there and b each other anchor in life.

Be healthy and lets us pray for jannah and His blessing in everything we do ameen ameen

#1 hour and 30min

Hanya tinggal sejam 30minit menjengah ke pukul 12 malam. Mata ini masih lagi menitiskan air mata bila mengimbau kembali setiap momen bersama dengannya. Sungguh, kehadirannya merupakan nikmat yg amat aku syukuri. Merasa diri disayangi dan djaga dan drahmati. Sungguh ia merupakan nikmat yang amat besar, alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Saja ingin bercerita. Kawan saya ni memang satu dalam seribu. Mungkin satu dalam sejuta dan mungkin satu2nya sepertinya. Dia mudah membantu and it seem all natural to her. Aku masih ingat 2x trip ibu bapaku ke NZ dulu di plan sepenuhnya oleh dia. Dialah yang ajar and tolong aku itu ini; kereta hotel makan plan and everythg. Hingga kini pun dalam kehamilan, dialah yang banyak membantu mengingatkan aku ttg persiapan yang perlu dibuat. Barang2 anak sulongnya mudah saja diberikan kepadaku, barut dijahitnya, segala kelengkapan menyusu pun dsediakan. Dia buat aku dan baby ibarat anaknya sendiri. Subhanallah, betapa aku beruntung mengenalinya dan sungguh xterbayar dengan harta dunia segala jasa dan budinya. Aku rasa hina dihadapan Allah, dan segala kekurangan aku memberi cinta, berkongsi kasih, Allah mengurniakan dia untuk aku. Sungguh aku tak layak dengan nikmat yang amat besar ini. Dulu aku masih ingat adikku pernah berkata, "long ni xlah baik sangat, tapi bakpolah kawan2 klong sokmo baik ngan klong". Entahlah dik, klong pun xtahu. Yang pasti,  di situlah kita lihat betapa besarnya kasih sayang Tuhan buat hambaNya yang lemah.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah