Hari ni sedar tak sedar dah hampir sahaja ramadhan berlalu. Bulan saya lihat sudah hampir penuh semalam, dan hati tertanya-tanya apakah yang telah saya lakukan sepanjang ramadhan ini? Cukupkah saya bermujahadah melawan nafsu setelah syaitan dibelenggu? Adakah saya sudah cuba sedaya upaya saya merapatkan diri saya dengan sang Pencipta? Tepuk dada tanya iman masing-masing.
Teringat kata-kata seorang rakan saya, kita tak akan cuba rebut sesuatu jika kita tak tahu akan kelebihannya. Cuba bayangkan, foodtown ada sale whitaker 2.60 which is 1.50 cheaper than usual. Bila kita dah tahu ada sale tuh, baru lah kita beria-ia nak pergi foodtown beli coklat sebanyak mungkin, sebab kita tahu sale tu for limited period sahaja. Jika sale berlangsung, dan kita tak tahu mengenainya, coklat lalu depan hidung pun kita tak akan beli coklat tu.
Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
Begitulah juga halnya dengan sale ramadhan ni. Ada 2 minggu jek lagi, dan adakah kita rebut sebaik mungkin? Mungkin kita kurang jelas akan kelebihan ramadhan sebab tuh kita tak bersungguh, ataupun mungkin kita rasa tahun depan ada lagi, dan sale masih datang lagi. Tapi kita lupa, mungkin kita accident, atau mungkin kita sakit dan masa kita makin sempit di tahun akan datang hingga kita sendiri tak sempat nak berbelanja sakan di bulan ramadhan akan datang. Semuanya masih tak pasti.
Namunyang pasti, alhamdulillah kita masih diberi kesempatn menghirup udara hari ini dan masih mampu berdiri di bulan yang penuh berkah ini. Jadi kita masih punya peluang untuk berkhalwat dengan Allah di malam hari, masih mampu berbicara dengannya menerusi kalam-kalamNya, dan kita masih mampu menagih kasihnya dengan sedekah jariah yang kita hulurkan.
Sekadar renungan bersama, adakah kita akan menangisi peninggalan ramadhan?? Adakah kita termasuk wali-wali Allah yang Allah nyatakan dalam hadith 38 dlm hadith 40 Imam Nawawi??
Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.