Rasulallah pernah menyatakan bahawa sembahyang adalah cahaya, dan sedeqah adalah keterangan dan sabar itu sinaran dan al-quran itu hujjah bagi engkau atas engkau.
Al-Sabr kata Rasulallah adalah dhiya' ertinya sinaran yang menyuluh jalan yang akan ditempuh. Bagaimanapun jua sulit jalan itu akan dapat dilalui dengan sabar.
Sabar dapat dibincangkan dari pelbagai sudut. Termasuklah, sabar menahan kesakitan, sabar melalui ujian dan sabar menjauhi segala laranganNYA. Namun sabar yang paling utama adalah sabar mengerjakan ketaatan dan meninggalkan maksiat; lebih utama dari sabar atas segala taqdir yang amat susah dan menggelisahkan perasaan.
Ada satu ibadah yang menghimpunkan 3 macam sifat sabar iatu PUASA. Padanya didapati:-
1. Sabar mengerjakan ketaatan kepada Allah
2. Sabar dari malakukan maksia kepadaNYA. Kerana seserang berpuasa meninggalkan syahwatnya kerana Allah, sesuai dengan maksud hadith yang menegaskan, "Bahawa tiap-taiap amal anak Adam adalah baginya, kecuali puasa. Kerana sesungguhnya puasa adalah bagiKU dan Akulah pula yang akan membalasnya. Sebabnya ia meninggalkan syahwatnya, makanannya, minumannya kerana Aku.
3. Sabar atas segala taqdir kesusahan kelaparan dan dahaga selama puasa. Dan kerana ii Rasulallah menamakan bulan puasa 'bulan sabar'.
Kita juga tahu bahawa, dalam keadaan manusia mudah sekali melempiaskan perasaan marahnya. Dan jua dek kerana lapar, manusia bisa melakukan hal diluar batasan akal. Sebagai contoh, negar-negara mundur pada kebiasaanya mempunyai kadar jenayah tinggi kerana desakan perut yang berkeroncong akal mereka tidak mampu menghalang mereka dari mencuri danlebih parah lagi membunuh, semata-mata untuk memuaskan kehendak nafsu lapar. Tanpa sifat sabar dalam diri, kita mudah sekali mengikut hawa nafsu itu.
Semoga bulan kesabaran ini mampu mebentuk kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Dan semoga ramadhan ini mengajar erti bersyukur kepada kita semua diatas nikmat makanan, kesihatan, dan yang paling utama nikmat iman dan islam yang kita peroleh selama ini.
Wallaua'lam
No comments:
Post a Comment