Bagaimana ingin merasakan Al-Quran itu sedang berbicara dengan kita? Bagaimana ingin menghidupkan al-Quran dalam hati kita?
Saya suka menjawab soalan ini dengan suatu analogi surat cinta. Bayangkan kita mempunyai seorang teman yang sedang syiok dilamun cinta. Dia dan pasanganya ni sering berutus surat. OK anggaplah ini masih zaman tradisional k:) Jadi pada suatu hari, kita pun teringin lah nak tahu apa yang si kekasih ni tulis kepada kawan kita dan kita pun curi-curi baca surat yang baru jek sampai di peti surat tersebut. Namun, ajaibnya tiada satu perkara pun yang kita rasa sweet, apatah lagi akan menyebabkan kita mengukirkan senyuman. Fed up dengan hal tersebut, kita pun terus bagi surat itu kepada si teman tadi. Hairannya baru jek pegang dah start senyum dan selang beberapa saat dia dah tbergolek-golek atas katil membaca warkah cinta diutus kekasih hati.
Begitu jualah halnya kita dengan Al-Quran. Jika kita rasakan Al-Quran itu hanyalah dibaca untuk mendapat pahala, satu huruf=10 ganjaran, jadi logiklah kiranya kita tidak merasakan apa-apa tika membacanya. Begitu jua halnya jika kita rasakan al-quran itu hanya diturunkan buat Rasulallah , jadi halnya sama seperti kita yang cuba membaca surat cinta teman kita tadi. Kita tidak akan dapat mendalami perasaan dan mesej dalam warkah cinta tersebut. Kita tidak akan faham apa yang cuba disampaikan oleh si penulis tersebut, jadi apa yang kita baca tinggal adalah lembaran kertas bersama kata-kata kosong.
Al-Quran itu akan dipelihara isi kandungannya hingga ke Hari Akhir, bukan untul sesiapa tapi untuk kita mengambil pelajaran darinya. Kata-kata Allah itu amat indah dan yang terindah hingga tak mampu dicabar oleh sesiapa pun,
"...Buatlah sebuah surah yang semisal dengan surah (Al-Quran), dan ajaklah siapa di antara kamu orang yang mampu (membuatnya) selain Allah, jika kamu orang yang benar"[Yunus,10:38]
Jadi,nota-nota cinta Allah itu teristimewa buat kita shaja hingga tiada seorang pun yang mampu menirunya. Ayat-ayatnya adalah permanant dan tiada galang gantinya, tidak mungkin berubah, Jika kekasih hati hari ini mampu mengatakan kata sayang, memujuk hati yang duka, namun belum tentu esok, lusa, minggu hadapan, dan apatah lagi tahun hadapan kata-katanya masih manis seperti dulu, masih mampu melegakan hati yang resah gelisah. Namun Allah memberi jaminan bahawa kata-kataNYA akan kekal sama, dan masih mampu memberi nasihah tanpa jemu meninggalkan pesan buat sepanjang zaman. DIAlah kekasih yang terulung dan tiada tandingannya.
Jadi, bacalah kata-katanya seolah DIA sedang berkata-kata dengan kita. Bacalah Al-Quran seolah-olah kita sedan menanti untuk mendengar kata-kata nasihat dari Allah. Bacalah Al-Quran seolah-olah kita sedang berbicara denganNya. Kerana Al-Quran itu adalah kalam-kalam cinta dariNYA buat kita. Kerana Al-Quran itu adalah manual kita. Segala-galanya ada disitu.
No comments:
Post a Comment