Burung Kenek-Kenek


Burung Kenek-Kenek,
Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek,
Sujudlah pada tuhan.

Burung kenek-kenek,
Hinggap di atas pagar,
Pesan datuk nenek,
Rajin-rajinlah belajar.

Burung kenek-kenek,
Hinggap tepi perigi,
Pesan datuk nenek,
Bangnlah pagi-pagi.

Burung kenek-kenek,
Higgap di pohon kelapa,
Pesan datuk nenek,
Patuh ibu bapa.


Pantun2 Melayu lama di atas saya temui sewaktu sesi bercerita dengan adik, kalau tak silap 365 cerita dot dot..heheh lupa sebenarnya, tapi yang pasti 365 tu ada..kononya untuk anak2 before mereka tidur, kiranya satu cerita satu hari..not too much to instill their interest in reading i guest.

Wagh! hebat sungguh orang tua2 kita, mereka menggunakan segala method yang ada termasuklah pantun untuk menasihati kita; generasi yang masih muda ini..Apa yang lebih menarik perhatian saya adalah unsur2 pantun yang diterapkan seperti ketuhanan, dan good attitude. Seperti yang terdapat dalam rangkap pertama, atuk nenek dah berpesan lama dah, bahawa kita sebagai insan ini kena patuh kepada Allah dalam apa sahaja yang kita ketahui. maksudnya, agama Islam ini telah tersebar lama di Tanah Melayu ini.


Pelbagai teori yang menyatakan asal usul agama Islam di Malaysia seperti dari pedagang China dan India, Perkahwinan campur dan l
ain2. Mungkin ramai diantara kita yang dah belajar dari mata pelajaran sejarah di sekolah. Rata-rata mengatakan bahawa mereka datang berdagang ke Melaka dan sementara menunggu angin monsun reda, mereka akan tinggal di Melaka dan pada masa yang sama ada yang tertarik dengan anak gadis melayu dan melangsungkan perkahwinan. Namun saya percaya, bahawa tujuan mereka datang ke sini dengan tujuan yang lebih besar lagi, membawa mesej suci agama Islam. Bukanlah semata-mata berdagang.

Jadi tujuan mereka sebenarnya adalah menyebarkan agama Islam menggunakan perdagangan sebagai alat. Hal ini diperakui oleh fakta2 namun tidak kita pelajari di sekolah.
Oleh sebab itulah kita dapat lihat terapan bahasa Arab dalam bahasa Melayu kita hari ini. Bahasa Melayu pada asalnya tidaklah kaya dengan vocabulary, namun setelah menerima terapan bahasa Arab, BM menjadi kaya dengan pelbagai istilah seperti nasihat, sabar, kitab, dan ilmu. Tanpa perkataan2 ini bagaimana mungkin kita menjelaskan sesetengah hal dengan terperinci. Begitu juga dengan huruf jawi yang kita pelajari di sekolah. Orang2 Arab yang datang ke tanah air, telah menmbahkan beberapa huruf tambahan walaupun huruf2 tersebut tidak digunakan di dalam al-Quran untuk membantu orang melayu mengeja beberapa perkataan. Jadi mereka tambahkan huruf 'cha', 'nga', 'pa', dan 'ga' agar perkataan seperti pagar dan cawan dapat dieja dalam bahasa jawi. Subhanallah. Jadi bagaimana mungkin mereka datang untuk berdagang semata-mata. Masa yang ada juga mereka gunakan untuk berdakwah kepada rakyat setempat. Oleh sebab itulah kita dapat lihat dari sejarah Melaka akan kisah sultan Alauddin Riayat Shah menyamar sebagai rakyat biasa di malam hari untuk menjaga keamanan rakyat seperti mana yang telah dilakukan oleh Khalifah agung Umar r.a Masya Allah.

Alhamdulillah alhamdulillah saya amat berbangga untuk menjadi sebahagian dari warisan agama ini. Terpilih olehNYA menjadi sebahagian dari penganut agama suci ini. Tanpa mereka, tidak mungkin saya dapat 'menyaksikan' agama luhur ini. Mereka telah menunaikan tanggungjawab SH mereka, sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 143
"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia." [2:143]

dan mendengarkan ayat ke 140 membuatkan saya tertanya-tanya adakah saya sebahagian dari mereka? "......Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan. [2:140]

Semoga kita mencontohi mereka yang terdahulu, mereka yang bersusah payah menyebarkan islam hingga kita menjadi saksi akan kewujudan mereka, bagaimana pula dengan kita? Siapa yang akan menjadi saksi bahawa kita telah menyebarkan agama ini? Wallahua'lam

Sweetnya DIA

Rasul bersabda,
" Allah lebih gembira menerima taubat hambaNYA daripada hamba yang berjalan di padang pasir, lalu kehilangan kenderaannya yang memuat makanan dan minumannya, lalu ia kehilangan kenderaannya yang memuat makanan dan minumannya. Ia menyangka akan mati, lalu ia menggali lubang, dan tidur di dalamnya sambil berkata, "aku akan tidur di lubang ini sampai kematian datang menjemput'.
Tiba-tiba kenderaan dan makanan yang ia bawa berada diatasnya - Adakah kebahagiaan yang lebih besar dari peristiwa itu? Kebahagiaan orang yang akan mati, lalu selamat? - sampai2 ia berkata, "Ya Allah Kau hambaku, dan aku tuhan-Mu" (Ia sampai salah bicara kerana bahagia) Maka Allah lebih gembira menerima taubat hambaNYA daripada kegembiraan hambanya tadi" (HR Bukhari dan Muslim)

-hati sebening mata air, Amru Khalid-

Kucing Bernalurikah?

Benar kata orang, kucing pun ada naluri juga. Tahu untuk rasa sedih, tersinggung...emm tapi gembira saya tak tahu pula.Tak perasan.
Baru-baru ini ada salah seorang dari kami memarahi kucing peliharaan, gara-gara terlihatnya membuat kotor dalam rumah. Walaupun tak tengking secara direct, tapi adalah ternaikkan suara sikit. Terus si kucing tidak masuk rumah sepanjang hari. Barangkali terkejut dengan suara tinggi yang tak pernah didengarinya. Selepas digosok2 dan dipujuk2, barulah dia berani masuk semula. Tapi dia tak lagi seperti dulu. Menjauhkan diri, dan tubuh seolah2 'keras' dan tidak mudah mesra. Jika dulu dia sering

Tak sangka tragedi seminggu yang lepas akan menjadi salah satu peristiwa terakhir dalam hidupnya. Pagi tadi terjumpa jasadnya terbujur kaku. Dah keras dah pun. Maybe dah 5-8 jam dan dia mati. mata mula berkaca. Benarlah manusia dan kucing dapat menjalinkan hubungan emosi yang istimewa.

Dengan adanya si comel itu, rumah ceria dengan keletehnya, segala tindak tanduknya menjadi perhatian kami. Umi kata, kehadiran kucing menceriakan rumah. Sama dengan hadirnya seorang baby, senang nak 'gege' oghe kelate kato.

Indahnya menjadi hambaNYA

Hamba? Indahkan menjadi hamba? Bagaimana dengan status ini kita harus berasa indah? Emm pelik benar bukan? Namun itulah hakikat hidup kita yang pendek ini, untuk menjadi hambaNYA.
Hal ini termaktub di dalam Al-Quran 51:56

ÙˆَÙ…َا Ø®َÙ„َÙ‚ْتُ الْجِÙ†َّ ÙˆَالْØ¥ِنسَ Ø¥ِÙ„َّا Ù„ِÙŠَعْبُدُونِ
I have only created Jinns and men, that they may serve Me.

Jika dilihat dari perkataan 'ibadah' itu sendiri berasal dari perkataan عْبُدُyang bermaksud 'hamba'. Oleh itu perkataan ibadah pula bermaksud, menjadi hamba atau dalam kamus indonesi menjadi budak kepada Allah.

Apa ertinya menjadi budak @ hamba sebenarnya? Jika kita lihat dari konteks manusia, seorang hamba itu menyerahkan segala tenaganya, usahanya, malah cintanya kepada si pemilik. Seorang hamba juga pasti takut melakukan kesilapan kerana sedar bakal dimarahi oleh si tuan. Malah dia juga pasti berhati-hati dalam segala tindak tanduk kerana tahu dirinya milik orang lain. Sedemikian juga halnya kita sebagai manusia. Segenap tindak tanduk kita akan berpusatkan kepada ALLAH Maha Pencipta.

Jika saya renungkan, ya Allah sukarnya menjadi hamba. Sebab segala milik kita sebenarnya bukan milik kita secara hakiki. Malah kita tak bebas melakukan apa sahaja yang kita suka. Woooo sukar tu. Nak pakai baju ketat pun tak boleh sebab Allah suruh jaga aurat, nak 'skodeng' laki hensem pun tak boleh sebab Allah suruh tundukkan pandangan. Nak shopping ikut suka pun tak boleh sebab orang yang tamak adalah rakan syaitan. Nak tengok movie pun tak boleh sebab akan dipersoalkan masa yang ada. Susahnya jadik hamba!! Apa yang bestnya??

Tapi kan......apa sangatlah nilai dunia yang dipinjamkan ini. Jom kita buat sikit kira-kira.
jika 2/10=0.2 kan, jom bahagi dengan nilai yang lebih besar 2/1000=0.002, makin kecilkan nilainya, jom kita bahagi dengan yang lebih besar lagi 2/ (10^1000)=nilainya akan mencecah angka kosong. Bayangkan pula usia kita di dunia, mari kita ambil anggaran umur 63tahun (umur rasulallah) dan dibahagi pula dengan tempoh di akhirat nanti which is never ending @ infinity. Therefore 63/(infinity)=0.

Jadi apa sangatlah nilai hidup kita di dunia ini. Hanyalah singkat dan amat kecil jika dibandingkan dengan keberadaaan kita di akhirat nanti. So kita kena sering ingatkan diri kita, 'tak apa, tak apa, hidup dunia ni sikit jek nanti akhirat baru dapat yang lebih best". dan ada pepatah yang mengatakan, "dunia ini adalah penjara bagi orang muslim".

Dan apa yang lebih best lagi adalah, tuan kita sangat dan amatlah baik sebab setiap apa yang kita buat akan di beri ganjaran. Malah sikit yang kita buat, berlipat ganda yang DIA akan bagi. Dengan syarat kita lakukan semata-mata keranaNYA. On top of that, tuan empunya diri kita ini akan mendengar setiap luahan kita, menjadi tempat pengaduan kita. Bukan garang macam majikan2 yang sering kita baca di koran/ akhbar tempatan. DIA akan sentiasa ada di situ untuk mendengar dan membantu kita.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah, 2: 186)



Wallahua'lam.

Rama rama indah

Sedang asyik memerhatikan seekor rama-rama yang indah berterbangan di udara. Warnanya yang putih bersih sangat mempesonakan dan mengasyikkan siapa saja yang memandangnya. Terlintas di hati kecil ini, jika ciptaan ini cantik, pasti si Penciptanya lebih indah lagi.

Refleksi demikian seharusnya dimiliki oleh setiap hamba pada setiap masa dan ketika. Setiap apa yang kita lihat, seharusnya menghubungkan kita terus kepada sang Pencipta. Macam orang yang sedang bercinta lah katakan. Bila dah sayang, setiap apa yang kita lihat, kita akan terkenang padanya. Setiap kata-kata yang kita dengar akan menjerumuskan ingatan kita padanya.

Kadang-kadang melihatkan kelakuan orang bercinta juga agak pelik. Ada yang sanggup menukar personaliti semata-mata inin kelihatan cantik dihadapan si dia. Jika si kekasih hati 'fanatic' kepada warna pink, se hero pula akan menolak kebencian kepada warna yang cukup feminin itu semata-mata untuk meraih perhatian si dia. Ada juga yang sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk rawatan kecantikan agar dapat menambat hati kekasih hati.

Jika kita fikirkan sekali lagi, pengorbanan ini hanya akan terlahir jika kita benar-benar sayang kepadanya. Mari kita aplikasikan teori ini kepada skop yang lebih luas lagi. Kepada yang Maha Pencipta. Yang Telah menciptakan kita dari tiada apa-apa. Yang telah mengangkat martabat kita ke tempat yang tinggi sebagai insan.

Jika kita benar-benar menyayanginya, pasti kita sanggup mengorbankan apa yang kita suka untuk meraih cintaNYA. Jika kita seorang yang fanatic dengan korean drama, pasti kita sanggup mengorbankan masa menonton kita dengan hal yang lebih berfaedah lagi. Bukanlah saya bermaksud untuk mengatakan menonton drama ini 100% tidak O.K. Tapi mengingatkan hadith nabi s.a.w "diantara tanda kebaikan seorang muslim, adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya"

Hadith 12 Arabic text

"diantara tanda kebaikan seorang muslim, adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya" [HR Tarmidzi]

jadi sebaiknya jika kita meninggalkan hal-hal yang tidak menambahkan iman, kerana kelak kita akan dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Jadi, sejauh mana kita rela mengorbankan apa yang kita suka untuk meraih kasih sayang NYA dan berkat dalam hidup yang singkat ini. Sejauh mana pula tahap kecintaan kita hingga mampu melihatnya dalam setiap apa yang kita buat. Adakah kita benar-benar telah mabuk cinta denganNYA?