salam alaik diri ini dan buat yang membaca
sungguh di pagi hari ni, banyak yg buat aku berfikir
menjadi orang yang berkata-kata memang sukar sebab setiap yg dikata akan dipersoalkan. kalau kita buat suatu keburukan, atau satu jhiliyah kerana kita tak tahu, insya Allah DIA Yang Maha Pengasih akan mengampunkan, tapi kalau kita buat sesuatu yg kita dah tahu, percayalah HISAB itu pasti.apatah lagi orang yang berkata itu.surah As-Saff, 61 benar-benar menggoncang hati ku
"Sunguh ayat Allah di permulaan Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. " [61:1-3]
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. " [61:1-3]
Pernah terfikir untuk melarikan diri? Aaaaaaa!! sungguh tindakan itu lebih buruk lagi
Hmm hakikatnya, apabila kita menyampaikan, ianya menjadi satu motivasi untuk kita buat lebih lagi..bukanlah menjadi sebab kita mundur ke belakan..kerana kita tahu apabila kita berkata, kita wajib buat, jika tidak hal itu amatlah dibenci ALLAH..
pernah tak terlintas, agh aku dah tercakap, kenalah buat??
HA! beruntunglah diri kerana telah berkata, paling kurang pun anda telah menyampaikan risalah ini, biarlah sedikit pun, tapi mudah2an menjadi hujah dihadapan Allah
Kalau difikirkan Rasulallah pun, baginda tidak menduga untuk mendapat risalah ini..bertahun-tahun baginda berkhalwat di Gua Hira' hinggalah ke detik Jibril hadir membawa risalah agung ini. Rasulallah seorang ummi (yang tidak tahu membaca) dipaksa untuk menyebut sesuatu yang tidak pernah baginda tahu.Meskipun Rasulallah tidak tahu, Jibril memeluk baginda dengan erat sehingga baginda fikir baginda akan mati, hinggalah kali ketiga baginda terpaksa menyebut IQRA (hingga ayat 5) kerana baginda takut jika baginda tidak menurut apa yang Jibril mahukan, nescaya Baginda akan dipeluk dengan sangat kuat lagi. Baginda pun membaca ayat itu hingga habis dan apabila baginda bangun dan merasa hatinya telah ditulis satu tulisan. [rujukan HR at-Tabari]
Bahkan baginda bermula dengan paksaan. kerana Allah ingin melihat usaha kita. Allah pasti bisa menulis ayat2 itu dihati baginda tanpa perlu menghantar Jibril sebagai pengantaranya, tapi Allah itu Maha Kaya. DIA mahu kita berusaha, dan bermujahadah dahulu sebelum menghantar hasilnya. Kerana hasilnya, takdirnya telah sedia tertulis, dan DIA mahu ganjarkan kita dengan pahala melalui usaha kita.
Jadi jangan takut untuk berkata dan menyampaikan kerana hakikatnya segalanya bermula dengan paksaan. dan lama kelamaan inysa Allah perbaharui lagi niat kita dan insya Allah kita akan temui ikhlas Lillahi Ta'ala tersebut.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment