Istighfar dan Rezeki

The power of istighfar. Sebagaimana yang Allah telah janjikan dalam surah Nuh, dgn istighfar insya Allah DIa akan menurunkan rezeki buat kita. Mungkin kadangkala kita sering tertanya-tanya, kenapa doa kita masih tidak allah kabulkan? Atau mungkin kenapa susah benar bagi kita utk itu dan ini? Mungkin belajar, mungkin kerjaya, mungkin hubungan sesama manusia atau berbagai masalah lagi. Mungkin kita rasakan kita dah lakukan pelbagai usaha, tapi knapa kita masih belum dapat apa yang kita inginkan? Hmm mungkin kerana doa itu masih tergantung di langit.

Subhanallah. Allah itu Maha Kaya, Maha Mengabulkan doa hambaNya. Insya Allah. Yuk kita perbanyakan istighfar kita. Mungkin kita bisa rasa sebagaimana pmbuat roti ini.

Astaghfirullah
KISAH IMAM AHMAD RAHIMAHULLAH & SI PEMBUAT ROTI

Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.... Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid. Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia.

Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam. Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi:

“Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”
Imam bertanya: “Apakah doa itu?”
Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”
Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”

Diterjemahkan dari teks asal berbahasa arab

Sumber : Fattabiouni Malaysia ~ Z ~

When someone sneezes say

Be selective of words you use to describe Allah

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah tsumma alhamdulillah.hampir tamat cuti persekolahan kita. This time around sangat cepat cuti sekolah berlalu. Mana taknya ke hulu hilir kerja sepanjang cuti. Macam2 conversation meja makan dah dilalui jugak. Ada satu yang ingin saya kongsikan.
Dalam perjalanan mencari cinta Allah. Makin lama kita akan rasakan betapa sweetnya Allah. Betapa baiknya Allah kepada kita selaku hamba yang berduyun2 dosa. Maka kita akan lihat dalam fb org kata "sweetnya Allah, Baiknya Allah" etc.
Tapi dalam conversation kami, abah saya menghilightkan kita haruslah berhati-hati dalam memilih perkataan untuk meng'interpret' atau menggambarkan atau menceritakan perihal Allah. Perkataan mcm sweet & baik tu tak menggambarkan sifat kesempurnaan Allah.
Instead of saying, "Allah itu sweet"
Better say, "Allah Maha Baik"
Hmm my personal thought on thisbissue would be
1. Alhammdulillah dari orang yang kurang atau tidak tahu ttg Allah, kita jadi lebih prihhatin n merasai kebesaran Allah itu sendiri. Perkataan sperti baik, dan sweet merupakan perkataam yg dekat dengan diri kita. Jadi tidak hairanlah jika perkataan seperti itu yg tersembul keluar dari bibir kita
2. Mungkin dperingkat permulaan itulah perkataan yg akan kita gunakan. Namun lama kelamaan dengan bertambahnya ilmu, insya Allah kita juga akan menjadi lebih berhati-hati dalam perkataan yang kita gunakan.
3. Ilmu-amal. Kerana ilmu akan merubah amal.
Insya allah. Usah risau bagi ukhti2 dluar sana. Bukan kita dgn sengaja. Tapi dek kerana kurangnya ilmu kita kita kurg cakna tttg pkataan untuk menggambarkan kesempurnaan Allah yang Maha Esa.
Walahualam

Salam Terakhir

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah
tanggal 29 November 2013, dengan sekali lafaz, aku sah bergelar isteri kepada seorang 'posmen' ku suatu masa dulu. Ok kisah ni bukan akan diceritakan dalam entry kali ni yer

Tiba-tiba tempoh 24 jam 28 Nov begitu cepat berlalu, segalanya bagaikan mimpi. Dari awal pagi sehinggalah saat mentari melabuhkan tirainya. Dari menyiapkan bilik pengantin, mengambil gambar dan bertemu tuan imam juga. dan malamnya kami mula berinai. Alhamdulillah. Saat yang indah apabila dikelilingi org2 yang disayangi. Semua saya minta untuk ambil kesempatan menempekkan inai di jari ni. Padahal 10 jari ni blh disisapkan oleh seorang jek, tapi just for fun, bagi satu untuk BFF saya, adik2 saya, makcik saya, sepupu2 saya. Alhamdulillah seronok. Bukan apa, sometimes and most of the time moment2 dan detik2 hidup ini bukanlah milik kita semata. Ianya untuk dikongsi bersama, agar kita sama2 blh tersenyum mengingati setiap detik yang berlalu. Dan tak lupa juga, agar ianya menjadi penyumbang pahala untuk kita bertemu pemilik segala cinta nanti, :')

Moment yang sukar atau paling sukar sebelum mendengar lafaz yang bakal mengubah hidupku, moment yang mana ye?
Tak sukar menjawab soalan tersebut.
Moment2 berjabat tangan dengan insan2 yang tersayang. Aduuuuuuhhh sukarnya.
rasa macam perpisahan terakhir. padahal bukannnya takkan juma dah
tapi entah perasaan tu mmg datang tiba2. Perasaan halus jek.
Salam ngan BFF, ngan Nana, Eti, Mok Na, Mok Ning, Fadhil mmg syahdu
salam plak ngan bonda kesyangan. Allahu Akbar. syahdunye, perasaan yang aku bakal beralih tangan. Perasaan yang aku tak tahu apa nasib yang bakal aku lalui dihadapan. Apa bakal family yang aku akan bergaul nanti. Astaghfirullah Al-Azim

Ya Allah, kuatkanlah hatiku di atas deen ini ya Allah. di atas jalan menuju redha mu. Ya rabb, ya Rabb, ya Rabb

DapDipDup

Alhamdulillah

masa berlalu sebagaimana biasa. detik detik juga berlalu seperti hari-hari sebelumnya. Tapi ada sesuatu yang berbeza dalam hari-hari yang aku lalui. Debaran yang aku rasakan lebih dari yang biasa aku rasakan. Entah mengapa akal dan mindaku semakin berada di luar kawalanku. Hingga aku lebih senang untuk biarkan ianya berlalu tanpa arah. Semua yang datang cuba kutepis jauh kerana tiada jawapan yang bakal ku temui dalam setiap kerisauan ku. Tiada jawapan hingga aku alaminya sendiri. Buat masa kini, aku cuba mengumpul setiap tenaga dan aura positif yang berada di sekelilingku. Menikmati setiap detik senyuman yang kulihat dari wajah sekelilingku. Terutama wajah kesayangan hatiku. Alhamdulillah adanya seseorang untuk aku kongsikan rasa ini. Meskipun komplikated, namun alhamdulillah dia masih disisi, meyakinkan aku akan takdir yang bakal aku hadapi nanti. Dan setingi-tinggi tawakal aku letakkan pada penciptaku. Tuhan yang mengatur segala rencana untukku. Yang aku harapkan untuk menjaga hati-hati insan yang aku sayangi. Sedikitpun aku tak mahu mereka terluka. Biar secebis duka pun aku tida mahu mereka rasai. Apatah lagi jika ianya disebabkan aku. Moment yang bakal dilalui sungguh aku rasakan payah. dan kerna moment yang aku rasai lewat dulu menyakitkan,sangat menyakitkan, dan sungguh aku tidak mahu mereka yang lain rasainya.

Allah. Hanya Engkau yang mampu menjaga mereka. Rasa mereka. Menguatkan mereka. Bukan aku, dan sungguh bukan aku. Pada MU ya Allah aku sandarkan harapan, kerna Engkaluah sebaik-baik penjaga. Dan aku kan cuba, menja mereka, menyayangi mereka sedaya aku. Kerna sungguh aku cintakan mereka yang merupakan rezeki dan anugerah yang Engkau berikan padaku, dan sedikitpun aku tidak mahu mereka terluka ya Allah

Cukupkanlah mereka ya Allah. dan sayangilah mereka ya Allah, kerna sungguh mereka amat menyayangiku ya Allah
ps: Wherever I am, whenever it will be, I want you. Till jannah ameen. Jazakillahu Khair 4 always be there :)

Accident

Allahu Akbar.
Menerima berita ini memang membuatkn aku kaget.jantung bedegup kencang.tangan sedikit merasai getarannya.dan mat cuba menahan dari menitikkan air jernih tersebut.tahan fatihah.sabar
Messge itu aku baca perlahan.satu persatu ku baca
"ayah man di ICU.Cik Zai meninggal"
Allahu Akbar.
Nafas ku terhenti.dimensi masa juga seolah-olah tidak bermakna apa2.
Kaget.ya!sungguh aku kaget
Bgaimana mungkin aku melepaskn diri dari kursus ini. Tangan xsemena2 mendial no yg aku kenali. Air mata mul jatuh berguguran. "Apa yg harus aku lakukan" itu soalan ku..

Selepas mndapat kebenaran keluar dan packg utk cuti akhir tahun, aku selamat berada di dalam insyirah. Meluncur kereta putih milik ku. Menuju entah ke mana. Yang aku tahu, aku perlu tiba di kajang. Hospital mana dan di mana, aku pun tak tahu. Yang aku tahu, aku ingin berada di situ.

Pesan sahabatku, doa kak. Doa musafir tu mujarab. Doa dan terus berdoa kerna itu sahaja jln yg kita punya. Nasib ajal maut semuanya di tangan Allah Azzawajalla.

Allahu Akbar. Selmatknlah mereka. Kurniakanlah kesabaran buat mereka. Dan tempatkn ibu saudaraku bersama org2 yg beriman.

Dan. Terima kasih ya Allah. Kerna Engkau mengambilnya pada hari yg penuh kemuliaan ini. Penghulu segala hari. Moga dia dijauhkan dari azab kuburmu dan temukanlah kami dengan pertemuan yg lebih baik di syurga mu ya Allah. Ya Rabbal Alamin

Serene Gerik

the only thing I could do is, Praise HIM for His magnificient creation. Subhanallah

ramadhan pergi, masjid pergi

alhamdulillah tsumma alhamdulillah
kawan saya yang teringin nak ke masjid, berjemaah beramai2, tp Allah sampaikn saya dulu. alhamdulillah. jzkk mrs P sbb detikkan di hati akk yg kecil ni

ya Allah sayunya saat melangkah ke masjid. seolah-olah telah lama ditinggalkan. sedangkan syawal.baru masuk minggu ke dua, tapi inilah baru saya jejakkan kaki.ke.masjid semula. kemana azam.yg membara dengan semangat mengumpul pahala dulu? semangat mencari redha Allah itu?
Astaghfirullah ha Illallah

ya Allah,
janganlah Engkau jadikan aku hamba Ramadhan semata,
tapi pilihlah aku menjadi hambaMu yg berjiwa saleem.itu ya Allah,
Engkau pilihlah aku utk menjadi hamba yang solehya Allah,

Aku malu untuk mengadapMu ya Allah
Tiada apa yg aku mampu siapkan berbanding nikmat yang Engkau berikan ya Allah,
sungguh aku malu ya Allah, sungguh malu

Engkau terimalah kami apa adanya ya Allah,
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengasihani hambaMu yang kerdil ini

tadabur al-hadid

Penulisan muharikkah yg amat best.

Pengisian yang disampaikan oleh ukhti tersebut memang memberikan kesan yang sangat mendalam dalam jiwa saya. Saya rasa bertuah, kerana dipesan dengan nasihat sebegini pada masa ini, bukannya sebulan, setahun atau dua tahun akan datang. Ini kerana saya telah mula terdedah dengan realiti penyakit itu, dan hanya mampu mengangguk-angguk menyerah kerana semuanya benar-benar belaka.Kami bertadabbur Surah Al-Hadid ayat 12 sehingga 16. Pendek tapi padat dengan isi.

12. (Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): “Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar”.

13. (Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu”. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): “Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”, serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

14. (Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): “Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?” Orang-orang yang beriman menjawab: “Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).

15. “Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!”

16. Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka. “Ketika engkau akan melihat orang-orang beriman…”Ya Allah, apakah waktu itu aku hanya menjadi orang yang melihat orang-orang beriman dipenuhi cahaya dari kanan dan hadapan mereka dan mereka diberi pengumuman yang baik semasa di akhirat kelak?

Apakah aku hanya golongan yang melihat?

Jika begitu, akukah orang yang memanggil-manggil mereka untuk menunggu dan meminta diberikan sedikit cahaya itu?

Tatkala mereka bergerak menuju syurga, aku terkejar-kejar sambil mengungkit bahawa aku dahulu bersama-sama mereka dalam perjuangan.Aku kan bersama-sama kamu dalam jamaah?

Kita duduk-duduk di dalam halaqah bersama-sama? Kita bertilawah bersama-sama?

“Benar, tapi kamu membinasakan diri kamu sendiri. Kamu hanya menunggu-nunggu.” Jawab wajah-wajah bercahaya itu.

Mereka seolah-olah berkata:Di mana kamu saat dakwah memerlukanmu? Kamu begitu berkobar-kobar semasa di universiti dahulu. Segala tenaga, idea dan wang ringgit telah kamu curahkan tanpa rasa kesal dan jemu.

Namun sekarang, zaman pekerjaanmu menyebabkan kamu meminta hak masamu untuk diri sendiri daripada murabbimu. Kamu meminta untuk mereka faham keadaanmu. Kamu mahu mereka mengerti bahawa kamu kini sudah dewasa, kamu ada banyak perkara yang perlu difikirkan. Kamu mengeluh di sana, kamu merungut di sini. Keluhan-keluhan kamu salurkan pada manusia. Meminta mereka mengerti akan keperluanmu.

Kamu hanya menunggu tarbiyyah itu datang membelaimu. Datang sendiri mengetuk pintu rumahmu di kampung atau menjemput dengan karpet merah. Kerana kamu orang yang sibuk. Maka, kamu menunggu layanan terbaik daripada dakwah buat dirimu.

Da’i yang kecewa dan terluka

Kamu menjadi seorang da’i yang kecewa dengan dakwah dan akhirnya pergi membawa diri. Kamu beranggapan dakwah tidak menghargai kamu yang banyak tanggungan itu. Sekurang-kurang, tolonglah faham wahai dakwah, katamu.

Kamu ibarat orang yang tertusuk selumbar di dalam jarinya. Lukanya tidak kelihatan dan tidak berdarah di luar. Tapi kalau disentuh dengan kuat hatta dihembus angin pun terasa sakitnya. Kamu merasakan segala kata-kata dan teguran ditujukan untukmu. Lukamu semakin sakit dengan apa sahaja yang menyentuhnya.

Kamu mengeluh lagi di sana sini.‘Kak, saya ada banyak kerja.’ ‘Kak, saya tak larat. Penat bekerja.’ ‘Kak, company saya ada projek sekarang.’ ‘Kak, saya kena jaga mak, belajar, kerja, susah nak cari masa.’ ‘Kak, saya itu…saya ini…’Tetapi kamu tidak mendapatkan juga apa yang memuaskan hati kamu.

Dakwah mengecewakanmu.Lama kelamaan, kamu semakin ragu dengan jalan dakwah lalu mula meragui janji-janji Allah. Kamu berasa syak kepada manhaj Islam. Kamu menjadi berprasangka dengan Tuhanmu.Lalu kemudian jadilah kamu orang yang ditipu syaitan dengan angan-angan kosong.

Loh! Itukan ciri-ciri orang yang menjerit meminta untuk ditunggu dan diberikan cahaya tadi?

Maka sayakah itu?

Menunggu dan menunggu dalam jangka waktu yang panjang dengan membawa lara di dalam hati, menyebabkan hati menjadi keras seperti yang disebutkan dalam ayat ke-16 surah Al-Hadid.

Maka, pada ketika itu kamu menjadi tawar hati kepada Tuhanmu. Kamu hilang kekhusyukanmu. Derhaka.

Akhirnya, bermulalah episod da’i yang kecewa dan terluka di dunia.Betapa mencabarnya ujian di alam pekerjaan.

Saya yang berbicara ini begitu takut dengan kata-kata saya sendiri.

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang berpaling untuk melihat mereka yang meminta untuk menunggu dan diberikan cahaya, bukannya orang yang menjerit meminta-minta sedikit cahaya itu.

Ya Allah, janganlah jadikan aku seorang da’i yang merungut dan hanya duduk menunggu dibelai dakwah. Janganlah aku disibukkan dengan dunia. Janganlah jadikan aku berkira-kira dengan dakwah demi cintaku kepada keperluan duniawi. 

Ya Allah, begitu peningkatan usia itu menakutkan!

age is only number



what is more important is yiun at heart, n heart that is always moving towards HIS lord

posted from Bloggeroid

rukuklah dan sujudlah



dalam peradaban manusia, jika kita perhatikan, ada tak agama lain yang dianjurkan untuk ruku'?

sepertinya tidakkan. hanya kita, orang islam yang menundukkan pinggang 45 darjah banyaknye memandang tanah dari mana kita diciptakan.

speselnya ibadah ruku itu kerana hanya kita yang lakukan, subhanallah. jadi kerana speselnye ruku', maka Allah menyebutkannya terlebih dulu berbanding sujud. Allahu Akbar:)

posted from Bloggeroid

Jewels of the Qur'an แดดแดฐ: Inspirations from those Nearest to Allah - By: ...



kisah dari al-quran itu sungguh pengajaran yang amat bermakna buat kita. Allah memberi kita cerita2 agar dengannya kita mengambil pengajaran daripadanya.

Subhanallah walaupun cerita yang sama di dengar berulang-ulang, namun hati ini tidak jemu, dan tiap kali mendengarkannya, pengajaran berbeza yang dapat kita kutip. Mutiara yang tersimpan dalam, dan hanya mereka yang mendengarkannya menggunakan mata hati dapat mengambil iktibar daripadanya.

Beberapa kisah diperdengarkan seperti Kisah Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Adam dll.
Jom hayati dengan mata hati

bila dah sayang

saya jadi teringat,
bila dah sayang, kita akan risau sangat tentang keadaan org tukan..baru die batuk pun kita dah risau, tu tak taulah apa gaya kalau cakap xleh bangun kan.

bila dah sayang,
kalau yg sakit rasa macam nak cepat2 sampai jenguk, walaupun gosok jek pun tapi at least di depan mata, nampak untuk dilihat, bukan sekadar berita di gegendang telinga semata

bila dah sayang,
setiap yang dia rasa gembira, kita pun akan tumpang gembira, sebab hati kini bukan dua yang berbeza, tapi bersatu menjadi satu.

moga Allah redha dengan segala rasa ini,
terima kasih ya Allah kerana ajar dan beri aku rasa semua ini, biar susah, tapi ia indah..cukup indah..kerana fisik penat, asal hati gembira

penting taw merapatkan saff!!

alhamdulillah weekend kali ini berpeluang berbuka bersama keluarga di bumi kelahiran. dan alhamdulillah semalam selesai berterawikh di masjid yang menjadi tumpuan ramai di negeri ini.

bacaan imam sangat mengasyikkan, mengalunkan bait-bait indah dari kalamallah. tapi hati sedikit terganggu dengan sikap jemaah perempuan di sini.

sejadah adalah tempat sujud kita. besarnya saiz sejadah kita tak akan mengubah maksud sejadah tersebut. kekadang itulah ruginya membentangkan sejadah secara menegak, kerana mungkin kita akan merasa, "this is our territory", lantas kita pun berat sikit nak melangkah untuk merapatkan saff.
astaghfirullah.

bukankah Allah ada menyebut dalam surah as-saff bahawa Allah sukakan mukmin yang tersusun umpama bangunan yang kukuh?

sedih lagi bila mengenangkan saff terputus2 smlm.

bukankah jemaah yang dirapatkan itu salah satu hikmahnya adalah dapat menambahkan atau menyempurnakan pengaliran tenaga?

and sbb tulah, ada imam terdahulu, sebelum beliau mengimamkan solat, beliau akan memeriksa saff makmumnya. saya lupa siapa nama tokoh tersebut, Ustaz Don pernah sebut dulu. sebab pntingnya meluruskan saff. itulah untungnya jemah, bukan sekadar untuk mendapat pahala 27 kali ganda tersebut semata, tapi bagaimana pula sikap kita ingin menyempurnakan jemaah, merapatkan saff dan bukan nafsi2 lagi? kalau x, macam sama jek dengan semayang sorang kan

Astaghfirullah.
maafkan ke-emo-an yang tidak menentu

nuzul quran tahun ini

lama dah xberprogram macam ni..berdaurah bersama..walaupun just bertindak sebagai guru pengiring, tp cg pn tumpang sekaki heee alhamdulillah:)

moga Allah menaungi majlis ini dan memberkati amal kami yang seciput
kerana pada tanggal 17 ramadhan.ini, adalah jumaat yang sangat mulia..hari yang sama dengan hari al-quran diturunkan pada rasulallah 1434 tahun yang lampau. subhanallah
jatuh pada hari yang sama, moga kita juga merasai kemeriahannya dan keberkatannya.

tak kurang juga, ini menandakan tinggal kurang 2 minggu ramadhan akan tinggalkan kita.
jadi mari perkasakan ibadah kita.
qiyam kita
tadarus kita
dakwah kita
dan amalan sunnat yg lain

kasih sayang menyesakkan

bagaimana mungkin suatu kasih sayang itu boleh menyesakkan??bukan kah kasih sayang itu suatu rahmah. anugerah dari empunya segala cinta, Allah azzawajalla. suatu perasaan yang indah, hangat dan mengasyikkan.

tapi bagaimana ia kekadang boleh menyesakkan dada? menyempitkan ruang pernafadan yang sedia sempit ini??

hmm seorang guru, akan menyayangi anak muridnya. setelah spend 5 masa seminggu, bagaimana mungkin perasaan sayang itu tidak hadir. keakdang ia suatu yang melucukan untuk berada bsama mereka. ada kala tertawa, dan tak kurang juga cemberut mencuka.

tapi kali ini, dada terasa sesak. kenapa kasih sayang ini menyesakkan lalau ia sebenarnya indah?

hela nafas mula pendek
jantung berdegup laju lebih dari kadar normal phew

bila direnungkan, benarkah sepatutnya begini?

tidakkah sepatutnya, bila rasa sayang itu singgah, marah yang dirasai juga kerana cinta. *ok cinta lagi, kompiusss*

bila renung lagi, mungkin salah cintaku ni. salah niat agaknya.
jika direnung, tahun lepas takdelah marah macam ni. sayang, sayang jugak. tapi knapa tidak seperti ini.

hmm ok jujur.
bukan sayang itu salah.
tapi bila meletakkan expectation dan.tidak dipenuhi, hati mula hancur.

bukan juga meletakkan expectation itu,
salah kerana hakikatnya, adanya expectation adalah tanda sayang, tanda 'i can count on u', tanda saya yakinkan awak,
tapi seharusnya kita sedar, sebelum.meletakkan expectation pada mereka, adakah kita pada masa yang sama meletakkan tawakal.kita pada Allah? kerana semua dari kita milik Allah, punya takdir sendiri, punya kepandaian yang tersendiri, punya cara yang tersendiri.

jadi duhai diri,
berlapang dadalah
kerana sesunguhnya, kasih sayang yang kau ada tu belum 100% pure,
kerna ia pure, pastinya kau tidak kecewa, kerana engkau tahu bahawa pengatur segalanya adalah Allah swt, dan bukan dirimu.

wallahualam

durian gerik

alhamdulillah.
ramadhan ke 5 hampir melabuhkan tirai. dan dalam tempoh kurang 20 jam ni dah macam2 berlaku. emosi naik dan turun, berjumpa dengan mereka2 yg sweet mweet, tak kurang juga nakal2 manja. Alhamdulillah, pasti ada sesuatu yang Allah ingin ajarkan diri yg masih kerdil. terima kasih ya Allah

menelusuri pekan gerik ni, banyak meja dan gerai yang dibuka menjual durian. berlonggok2 banyaknya. tapi kenapa entah, hati dan nafsu ni tak tergoda dengan durian ini.

kalau.dulu, arwah mek akan kopekkan dan simpan dalam fridge. special utk cucu die yang kat nz ni. takut cucu die ni.kempunan durian, heee sweetkn alhamdulillah:) *moga Allah merahmatimu dengan kasih sayang yang jaaaauuuhh lagi banyak mek, al fatihah*

tapi skrg ni bagi free pn blom tentu nak. ok tapi kalau org bg mana blh tolak hadiahkn. rasulallah pn xtolak, so kenalah contohi taw.

sometimes mungkin jugak sbb dah lama xmakan kan, so xdelah rasa nak sangat.

haaa tu baru main point sebenar entry ni!

kebaikan pun macam tu jugak kawan2. kena selalu dilazimi, supaya hati ni biasa dan dh sebati dengan ibadah tersebut. sekiranya makin lama kita tinggalkan, mungkin lama2 yg kesukaan itu dah bertukar menjadi hambar.

kalau dulu kita rajin mathurat, tapi seban dah lama tinggal, kita jadi biasa meninggalkan.
kalau dulu, telinga biasa mendengar recording ceramah ustaz2, sekarang untuk memasukkan dalam play list pun payah.
kalau dulu, senang nak bermanja dengan akhwat, tapi sekarang kenapa jadi double standard.

sama2 kita muhasabah. adakah amal kita bermusim sebagaimana durian juga
*ok menangis ramai2*

sempena 30 hari ketiadaan syaitan ni, jom kita sama2 mujahadah kembali. memenangi nafsu malas kita. meninggalkan jauh rasa yg tiada rasa tu. tak lupa, doa, doa, doa dan terus berdoa moga Allah bantu kita dalam mujahadah, bantu kita untuk mencari nikmat seorang hamba, dan dberi kekuatan menjadi khalifahNYA.
*ameen ya Allah, ameen*

traveller's note

subhanallah
tinggi sungguh gunung menjulang. kukuh tegak memask bumi. kadang aku terpaku diam, cukup merenungnya saja bisa menggetarkan hati kecil ni

lately ni banyak sangat drive ke hulu hilir. walaupun sedikit sebanyak buat org sekeliling risau sebenarnya tapi huuu nak buat macam mana, kerja menuntut bbuat demikian. plus xpenat pn, seronok apa jalan2 heee

kadang2 stress kan driving memandang jalan hitam jek. ditambah pulak dengan kereta racing kiri kanan. tak semena2 mood racing pun timbul juugak. *adehh istighfar2*

bila mata penat dengan keadaan, mata mu la mencari pemandangan yang berbeza, ke langit tinggi. subhanallah indahnya ciptaan tuhan. terbentang luas tanpa celanya. tanpa tongkat ia masih terbentang luas, gagah dan kukuh. hati mula memanggil penciptanya, Allah, Allah..berkali-kali diulang kalimah itu, hingga terasa panas jendela kecil ku.

dari pandangan itu, dada terasa sesa dengan kasih sayang yg aku terima selama ini. walaupun hati tidak jelas dengan perasaan sendiri, akal pn tak dapat menafsirkan dengan tepat kenapa air jernih itu bertakung. tapi yang pasti aku jadi rindu. rindu dengan pencipta yg meminjamkn hidup yg cukup indah ini, rindu pad a syurga yg psti jaaaauuuhh lebih indah dari pandangan yg ku lihat ini. jadi rindu pada Rasulullah di surga firdaus, sbaik2 tmpt kembali. ya Allah, mampukah aku kembali kepdaMu dengan sebaik2 pengembalian, bersama dengan insan2 yg amat aku kasihi..

subhanallah.alhamdulillah.allahuakbar

jadi apa penatnya driving, jika mata dihidangkan dengan pandangan sebegini indah, dengan hati bertambah basah merasai kasih sayang Mu. dengan hati yg merasai kasih sayang sahabat yg amat merisaukn keadaan ku. yg setia menemani di hujung talian.

subhanallah. jd bgaimana mungkin travel.itu satu perkara yang memenatkan

Alhamdulilla

posted from Bloggeroid

tudung labuh



alhamdulillah tsumma alhamdulillah
tudung labuh, jilbab, tudung bidang 60
saya pada asalnya sangat inferior dengan orang2 pakai tudung besar. saya inferior dengan orang yang sangat baik, inferior dengan orang2 yg lemah lembut. huuu banyak betul kan inferiornya, sampai saya rasa xnak jadi org baik sangat, tapi bukan lah nk jadi orang jahat..nak jadi orang biasa2 jek

hmm tapi kalau jadi orang biasa2 jek, nak masuk syurga biasa2 jeke??sedangkan syurga tu extreme best, extreme cantik, extremely perfect. jadi orang2 biasa mcm mana?? *kena mengharap Allah yang Maha Pengasih, kasihankan kita n izinkan kita masuk*

tapi syurga kan banyak layer, n macam dunia makin tinggi rumah, makin mahal harganya. sebabtu adanya pent house kat dunia taw.so syurga pn macan tu jugak, paling tinggi firdaus, tmpt punca segala sungai itu mengalir ke bawah. WAH indahnyA!!

jadi, jangan takut nk jadi lebih baik dear self. cari kekuatan dari Allah, n cr bantuan dr manusia. malaikat kecil di dunia ini buat kita. saya pakai tudung besar pn pada asalnya bukan.kemahuan saya, tapi sbb pinjam tudung kawan. waktu tu rasa, 'xdelah teruk sgt pakai ni' :) lepas tu alhamdulillah, saya tak inferior dah. syaitan mmg suka hasut kifa nak buat baik ni. bila kita tahu itu perkara yg baik utk dbuat tapi kita ragu2, ha! time tulah kita kna buat kbaikan tu. bagi kalah syaitan tu. yosh!

bermula dengan langkah yang kecil, sbb Allah pandang usaha kita. and kita pun pengakhirannya pasti, mati. jom mulakan langkah kecil. it is not that bad. kalau itu dah hukum yg Allah tentukan, mesti ada hikmahnya, and boleh dilaksanakan. kawan2 sekeliling pun, jangan tengok saje taw. sebab org sekeliling kita pn nak jadi baik, just tgh cr kekuatan. moga Allah bantu kita utk membantu yg lain. and meluruskan niat kembali, knapa kita pakai tudung besar ni. bukan sbb ikut2an taw, tapi sbb syariat Allah, n nak jadi hamba yg sebenar-benar hamba
Wallahualam

posted from Bloggeroid

sport

ya Allah, it has been a long long time a go since I last join any sports event. I still remember my first year in NZ, I always love to join any sport like netball, handball, basketball, bowling..tak adalah banyak sngat pun, tapi saya akan ternanti2lah saat itu. jadi sebagai pelajar luar negara, sukan pelajar malaysia adalah suatu yang dinanti2kan. jadi sempatlah berlatihan sekejap..tapi selepas difikir2kan, saya rasa tidak sopan untuk seorang pelajar perempuan bermain dihadapan penonton2 yang lain. dan mungkin dengan tiba2 akan melompat kegembiraan tanpa segan dan silu. sebab biasanya semua aksi2 tersebut adalah uncontrollable. jadi, lita semdiri tau macam mana diri kita bila exited mendapat goal ataupun terlalu semangat mencari kemenangan..semua pun akan diluar kawalan..jadi alhamdulillah saya menarik diri..dan alhamdulillah, penjagaan.Allah masih bersama saya:)
jadi bila.dah tak join, gian pun dah berkurangan lah..

tapi bila.dah bekerja ni, susah plak utk say no..sebab xada pilihan ke ek??hmmm
tapi ufk hari ni, saya berdoa moga Allah menjaga akhlak saya, tingkah laku saya, niat saya..
ya Allah bantulah hamba yang terleka ini
:(
moga menjadi individu yang sihat tubuh badannya..yang dengan itu boleh memacu hamba untuk beribadah kepadaMu ya Allah

posted from Bloggeroid

Isra' dan Mikraj: perjalanan menemui tuhan

salam isra' dan mikraj
saya sendiri hampir terlupa dgn tarikh bersejarah ini. tapi alhamdulillah, Allah masih mengingatkan saya melalui slot assalamualaikum tv alhijrah siang tadik.
mungkin kisah isra dan mikraj telah kita dengar sejk kecil lagi. tentang pensyariatan solat. menghargai nilai solat gg menjadi penghubung antara kita dgn Allah.

Alhamdulillah, kali ini saya melihat peristiwa ini dari sudut pandang yang berbeza. Isra Mikraj is a spiritual journey in searching for Allah.

Jika ditanyakan, bagaimanakah anda ingin kembali ketika bertemu dengan Allah. Adakah dengan wajah yg hensem?adakah dengan pahala yg menggunung tinggi?ataupun dengan sifat rendah diri menerima salam dari Allah, Tuhan sekalian alam.
Semoga Allah redha akan setiap amalan kita, dan kita juga redha dengan kehidupan yang kita lalui.

posted from Bloggeroid

cinta...



cinta itu bukan untuk memiliki,
kerana pemilik mutlaqnya adalah Allah SWT

posted from Bloggeroid

kempen tutup aurat



yang penting tutup aurat, bukan tutup kepala..

posted from Bloggeroid

Ulang kaji Peristiwa Israk dan Mikraj

Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran Yang Perlu di Hayati | iluvislam.com discover the beauty of islam

she's graduating:)



GOoD moRnInG teacher:)
she replied her students' greeting with a smile on her cheek. her smile is one of the gorgeous smile in the world. a smile that makes our heart eager to learn, a smile that lift our spirit to listen wats she is about to teach us today. just with a costless smile, she captured our heart. just like that:)

there she goes my dear Miss P. n now she is about to graduate, alhamdulillah. congratulation sayang, for all your hardwork had paid with today's graduation. tahniah sayang *hugs*

moga kejayaan hari ini diiringi tasbih dan tahmid pada Yang Esa. Tanda syukur atas nikmat graduasi, nikmat rasa gembira yang Allah kurniakan, nikmat kegembiraan hang turut dikongsi, oleh ibu-bapa dan ahli kluarga tersayang, juga nikmat graduasi bersama teman2..tanpa itu semua, tak sempurna graduasi, senyum dibibir ke pipi cuma panjangnya:)

jangan dlupakan beristighfar supYa rasa sombong itu terkikus jauh..kerna kejayaan ini adalah pemberiaan dariNYA, dan kita sbg hamba hanyalah berusaha.moga dilempar jauh segala rasa takbur dan sombong.. bukankah iblis dikeluarkan dr syurga kerna sombong; merasa diri besar. nauzubillah~

moga kejayaan ini memberikan kebahagiaan buat mu sayg, tanda rahmat dan kasih Allah buatmu:)

XOXO
sayang kamu sampai syurga
*jgn tinggal taw heee*

posted from Bloggeroid

Guru

baru selesai berkursus..kursus ala-ala sastera dan philosophy..terfikir-fikir untuk mundur dari profession perguruan. terfikir-fikir sampai kapan aku mampu bertahan.
OK dengar ayat tu pun macam 50-50 kan.*shame on me*
alhamd kami dipertemukan dengan dr. dr. dan prof yang hebat..sedikit sebanyak saya ter'inspirasi' dengan apa yang mereka katakan..ada jugak.rasa macam.ke daurah ^_^

kata mereka, benar profession perguruan bukanlah satu profesn yang glamor..bukan satu kerjaya yang menjanjikan pendapatan yang lumayan..benar, dunia.tidaklah mengiktiraf profesn.ini, tapi walaupun dunia tidak melihat kita, namun yakinlah, ada dikalangan anak2 didik kita yang mengingati kita..yang mana kata-kata ini menembusi hati kecil.mereka..namun jika tiada seorang murid pun menghargai kita, ketahuilah bahawa Allah Knows:)
you might not be seen by the world, or by the pupil, but Allah counts every single.effort you put.

Mungkin semangat kita luntur kerna tidak lurus niatnya. mungkin kita mundur kerana kita mencari-cari perkara lain, bukan rahmat Allah. Kerana sebagai hamba kita hanya mampu berusaha, dan hasil itu bukan dalam control kita. Hasil itu ketentuan Allah, murid itu milik Allah, dan hanya kepada Allah kita memohon.

Wahai guru, tugas mu adalah satu tugas yang mulia. bukan sekadar mengajar, tapi mendidik, mengganti tugas ibu bapa kita. pastinya tidak mudah, tapi gosok dada, lapangkannya. moga Allah mengurniakan sebaik2 kesabaran buat dirimua. secebis hikmah mndidik anak bangsa, saham akhiray kita

posted from Bloggeroid

Girlfriend dan cinta:)



alhamd tsumma alhamd
masih dberi juwa yang tenang pada hari ini..hati masih ringan mengagungkan nama pencipta..alhamd juga, telinga, mata dan deria masih lagi dilinjamkan.oleh PenciptaNya..tubuh ini masih boleh digagahkan untuk merasai nikmatnya air yang mengalir dalam.rahmat Nya..tanpa kuasa 'la haula wa la, quwwata illa billah' nescaya molukul air itu tidak dapat dirasai dan tubuh ini masih kaku dipembaringan..alhamdulillah alhamdulillah
moga masih ada zikir dalam.setiap kalimah, dalam.setiap.perbuatan yang kita lakukan, bukankah hati itu menjadi tenang dengan mengingati Allah:)

sahabat yang baik merupakan rezeki dari yang Maha Esa. tanda DIA cinta akan kita..supaya kita merasakan nikmatnya kasih sayang melalui mereka yang kita sayangi..bukan mudah mengembang rasa, dan bukan mudah juga menjaga rasa..setelah kasih itu mekar, kita janganlah pula lupa, bahawa mereka bukan milik kita sepenuhnya, tapi milik Allah dengan takdir mereka yang tersendiri..beberapa pertemuan yang Allah temukan kita dan dirinya,mungkin tersingkap hikmah membaiki diri kita yang serba cacatnya..membawa kita selangkah lebih dekat kepada Allah Yang Maha Esa..

Teman yang baik itu bukan hanya utk sedetik, tapi untuk.selamanya..saling menyokong untuk satu sama lain, merasai setiap.kesedihan dan gembiranya dia, membawa die untuk sama2 mengingati Allah, memupuk takwa dalam setiap langkah dan pertemuan, dan pasti semua itu akan disertai dengan ujian..namun berkat rahmat pemilik segala cinta, insya Allah kita pasti melaluinya bersama-sama..bukankah azam kita syurga dan bukan dunia sementara ini..jadi kenapa mundur??bertahanlah, kerana syurga itu masih tujuan kita, rahmat Allah itu pasti ada utk kita, maka berlapanglah dan berusahalah,
kerana cinta ku buatmu sahabat ada 'class', kerana cinta ku ingin bersamamu ke syurga
Ameen ameen

posted from Bloggeroid

Detik akhir

Berakhirnya hidup kita di dunia, adakah kita akan dikenang penduduknya??
Adakah manusia akan menyebut2kn kbaikan kita??
Kata orang harimau mati meninggalkan belang, dan manusia mati meninggalkan nama

Bukan nama dikenang yang di cari,
Namun adakah mati kita bakal meninggalkan manfaat buat yang masih hidup,
Akan adakah ilmu yg ditinggalkan yg akan mnjadi inspirasi org lain yang akan menjadi penyambung amal,
bakal adakah doa2 yg dikirimkan.meskipun jasad sedang dimamah bumi,

Kal ho na ho
Selagi nyawa dikandung jasad
Dot dot dot
Apa yg kita sediakn utk hari akhir kita
-_-

posted from Bloggeroid

ujian itu tarbiyah dari Allah

lama xpost di sini, and tibe2 nak buat post yg agak emosional

penangan marah mmg besar!! *ini sungguh serius* walaupun telah melempiaskan kemarahan itu bebarapa jam yang lalu (more than 12hours), malah dah tidur pun utk hilangkan rasa tu, tapi DOMINO EFFECTnya mmg terasa sampai ke hari ini. Wajah cemberut, nafas pn dihele pendek, tidak panjang seperti biasa. Sampai student bg salam n hai2 pn, kita mampu beri senyum tawar jek.

Mungkin ni penangan baru balik dari seminar menghilangkan stress. Terus stress aku dibuatnya. !@#$%

Kalau ditanya, kenapa kita diuji dengan sesuatu yg baru kita dengar, or yg br kita pelajari. Agak2 kenapa yer? sebab selalu sangat kita dengar perkara tu, tapi saya sendiri tak jumpa jawapan yang memuaskan.sobs.

Alhamdulillah, Allah izinkan saya mendapat pencerahan. untuk saya, jawapan ini cukup memuaskan, tapi lain orang lain rasa kan. Moga sedikit sebanyak anda dapat memahaminya lebih lagi, kenapa kita akan diuji dengan perkara yg kita baru dengar/baru pelajari.

Ujian memang dihantar untuk mendidik kita bukan. Bukanlah mendidik jasmani agar lebih gagah perkasa, tapi mendidik jiwa agar lebih berlapang dada dan menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumya.

Contohnya, sebagai seorang boss, kita akan menyusun kerja anak buah kita, menyiapkan scheme of work segala agar kerja lebih tersusun. Sebagai guru kita akan mengajar orang lain, dari pagi sampai ke petang and utk org yg baru belajar sesuatu perkara, mula lah nak apply and ajar org lain kan.

Lalu siapa pulak nak ajar kita?
siapa pulak yg nak tarbiyahkan kita??

Haaaa, lalu ALLAH berikan kita ujian, sebab sebelum kita mengajar orang lain, kita yang seharusnya belajar terlebih dahulu. maka Allah pun hadirkan pelbagai rasa dalam diri kita, rasa nak marah agar kita sabar, rasa sedih agar kita tahu Allah Pemilik Kegembiraan, rasa tension agar kita tarik nafas dan merasai ada orang yang lebih susah dari kita. Allah sedang membentuk jiwa kita agar lebih besar dan bersedia untuk mengajar orang lain.

Subhanallah, tanpa perlu meminta pun Allah dah memberikan pendidikan terbaik buat kita kan, tanpa kita sedari *nangis*

ps: buat diri, jangan kalah dalam mujahadah!yosh!
"Aslih Nafsak, Wad'u Ghairak".