Dan memaafkan itu datang dari hati, dan hanya hati. Bibir mudah mengatakan maaf, namun adakah kita memaknakan maaf itu?
Sebagai guru, kita tidak punya hak untuk membenci pelajar. kerana mereka masih belajar. dan memang fitrah seorang pelajar untuk melakukan kesilapan. Maka mana mungkin seseorang itu akan belajar tanpa melakukan kesilapan?
Ada seorang murid dalam kelas ku. Tidaklah dia berbuat hal denganku secara langsung di dalam kelas. Namun kerna aku guru yang menjaga hal ehwal disiplin, maka aku tidak boleh lari dari menegur, menegaskan beberapa peraturan maktab. dan sebagaimana biasa pastilah ada pelajar yang akan menarik muka, membalas mulut. And that kid, this year, was fated to be in my class. Subhanallah,betapa berat untuk aku melangkah ke dalam kelas itu setiap kali. Aku perlu memujuk diri setiap kali ingin menapak kedalam kelas itu. dalam pertemuan pertama tahun ini, tanpa tidak sedar, aku melarikan mataku, mengelakkan diri dari memanggil namanya. "Ya Allah, teruknya cikgu!" seharusnya sikap dan perasaanku tidak diketahui olehnya. Maka kupujuk hati ini untuk memanggil namanya, untuk melihat kerjanya di dalam kelas. Kerna bukan dia pelajarku.
Dan benarlah, maaf itu adalah kata kerja. Bukan sekadar tutur kata dibibir, namun perlu dimaknakan melalui perbuatan. Makin hati ini membenci sesuatu perbuatan yang baik, maka makin perlu kita memaksa diri untuk melakukannya. Kerna disitulah mujahadah untuk menegakkan akhlak islamiyah. Ayuh biarkan syaitan itu menangis kekalahan kerana mujahadah kita. Meski tak seberapa, namun, Allah Maha Tahu betapa kita mencoba.
No comments:
Post a Comment