On Trauma - First time driving in NZ

Mungkin ramai yang pernah mengalami perasaan trauma ini. Ada yang gerun dengan cicak dek kerna pernah di'serang' cicak suatu masa sulu. Ada yang trauma dengan durian, kerna pernah makan durian sampai demam muntah-muntah, dan ada juga trauma dengan study group, sebab pernah dapat markah yang teruk dalam peperiksaan kerana study beramai-ramai sebelum peperiksaan.

Namun, trauma ini tidak bakal berlarutan sekiranya diatasi. pernah suatu ketika saya membawa kereta di New Zealand. Itu kali pertama saya membawa kereta di sana. So adalah terbawa-bawa cara pembawaan Malaysia lagi. Waktu tu, saya di suatu kawasan pekan, dan saya adalah kereta pertama di traffic light tersebut. So bila nampak jek hijau, maka memang dah terbiasa tekan minyak kuat sikit and adalah meter saya 80km/h (jek pon), maka saya tak adalah rasa bersalah sangat sebab memang tak laju (kalau compare dengan Msian speed kan). Tanpa saya sedari ada sebuah kereta polis dari arah bertentangan. Hati asalnya cool jek, tapi bila tiba-tiba kereta pak polisi tu bukak siren kereta, hati saya terus berdegup kencang. "oh kenapa plak ni". Imagine, pak polisi tu dari arah bertentangan asalnya tiba2 buat U-turn dan follow saya dari belakang. "Allahu rabbi, selamatkanlah aku". Apa yang menambah ketakutan saya is, saya bawa kereta housemate saya, dan pada waktu tu dia ada disebelah saya sebagai Co-D. Tambah lah satu lagi perasaan bersalah.

Pak polisi meminta saya memberhentikan kereta dan meminta lesen memandu saya. Dia mula menulis sesuatu di atas kertas. Saya lihat dia 'tick' bahawa saya melebihi had laju. Saya dalam ketakutan cuba mempertahankan diri saya, saya berkata padanya, "Sir, this is my first time driving in New Zealand. I didnt know that this area is condsidered as 50km/h area". His answer stroke my heart, "If I were to drive in your country, I will make sure that I know the rules and regulation before I hold the steering and attempt to drive". **gulp**

dengan pasrah, surat saman itu saya ambil, dan kami memandu pulang. Ya Allah alangkah terkejutnya aku melihat nilai yang perlu di bayar akibat melebihi had laju itu. Sebagai pelajar wang adalah suatu yang amaaaaaaaatttttt bernilai. Berada di negara orang, kena saving untuk tiket balik cuti summer, duit sewa rumah pulak mahal. Di Malaysia, kita bayar sewa rumah by month kan, tapi di New Zealand, sewa rumah dibayar weekly dan sewa seminggu untuk rumah all furnished 2 bilik dilengkapi 1 bathroom adalah NZD600. Jadi sebulan kena spend NZD2400 untuk rumah dan kalau kongsi berdua memang azab lah kan, jadi kami kongsi ber 4. Dan untuk bulan tersebut expenses saya lebih NZD400 untuk bayar saman :(

Duit boleh dicari, rasa tak kan boleh dibeli. Itulah yang saya selalu kata pada diri saya. Isu saman itu bukanlah tentang duit sebenarnya sebab itu memang denda yang harus dibayar akibat kesalahan yang dibuat. itulah pujukan terhadap diri sendiri. Namun saya rasa bersalah dengan housemate saya yang kerana saya dia telah di dimerit (oh di NZ, setiap orang akan di dimerit jika melakukan kesalahan. Jadi jika mereka di dimerit hingga 0 merit maka lesen akan di gantung).

Semenjak hari itu saya memilih untuk tidak memandu lagi. Saya mengelak dari memegang steering, terutamanya kereta milik orang lain, lebih utama milik insan yang saya kenal, risau terjadi apa-apa lagi. Hal itu berlarutan hingga beberapa bulan juga. Hinggalah suatu hari rakan saya memaksa saya memandu. Saya berdegil dan menolak ajakannnya, namun kata2nya cukup melegakan,
"Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [Al-Anfal:17]

Meaning to say, tho we are the one who actually who hold the steering and drive the car, it is not us who make the car move. We are just there as the mediator and everything happen is because of Him and upon His will, not us. Hence why we need to restrict ourselves from doing any good? We just need to try and do as much as possible good deeds along the way. If something happen and it fails, believe that it also happen upon His will. ad at least may Allah reward our efforts on trying to do it :)

Alhamdulillah, those words has been my motivation till now. But something that I couldn't help myself is that to feel nervous whenever I saw a police car. One day, I was on a trip to Rotorua and at the passenger seats are my juniors.Suddenly a police car happen to drive on the opposite road and as I was talking happily, suddenly my mouth shutted and I could feel my heart is suddenly pumping so fast. I couldn't speak a word for at least five minutes.

The same thing would happen whenever I hear the siren from police car. Am I experiencing trauma? Sampailah saya balik Malaysia, saya akan terkedu setiap kali saya mendengar bunyi itu. Mujurlah kalau saya sedang memandu, kaki saya masih menekan pedal minyak dan mampu mengawal steering, cuma jantung jek jadi tak keruan.

That was back in 2009. And alhamdulillah, now I am all fine. Selepas memaksa diri lagi dan lagi untuk terus memandu walau siren itu berbunyi, lama kelamaan diri akan immune dengan bunyi itu. Seolah-olah badan kita telah membina antibodinya yang tersendiri untuk melawan rasa itu:)

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Itulah pengalamankan. Selepas itu, memang selepas nampak signboard 50km/h, saya akan terus perlahankan kereta. Memang berdisiplin di bumi tuhan NZ itu, tapi balik Malaysia akhirnya semua disiplin pemanduan itu hilang entah ke mana. hewhew

Sekiranya anda memandu di NZ, anda diingatkan untuk
1. sentiasa mematuhi had laju (di pekan 50km/h, di highway 100km/h)
2. sentiasa memakai seat belt. sekiranya anda gagal berbuat demikian, bukan driver yang akan di saman, tapi penumpang yang berkenaan
3. sentiasa parkir kereta dikawasan yang dibenarkan sahaja. Jangan suka-suki parkir macam di Malaysia, nanti anda nak g amek kereta, kereta anda telah di tow (pernah rasa jugak yang ni)

No comments:

Post a Comment