Bersalin hospital kerajaan vs swasta

Isu ini merupakan isu hangat dan akan sering difikirkan, terutamanya buat ibu2 beragama islam. Mencari doktor perempuan merupakan suatu keutamaan dalam penilaian ini dan begitu juga dengan risiko yang bakal ditanggung oleh ibu. Saya turut berhadapan dengan konflik ini. Hampir beberapa bulan jugalah dok mempertimbangkan pilihan yang ada. Berikut saya sertakan apa yang saya fikirkan, mungkin hal yang sama anda turut pikirkan.

1. Priority : berusaha untuk mendapatkan dr perempuan

Dalam salah satu rancangan tv, saya terdengar dr ustazah hafizah musa. Beliau merakamkan, memang benar tidaklah wajib bagi kita untuk ke hosp swasta. Sekiranya kita berkemampuan apa salahnya jika kita meletakkan usaha lebih bagi mendapatkan dr perempuan muslim. Saya ulang, SEKIRANYA MAMPU. menurut hirarki keutamaan, lebih utama bagi kita untuk bersalin dengan
A. Doktor perempuan muslim
B. Doktor perempuan, non muslim
C. Doktor lelaki, muslim
D. Doktor lelaki, non muslim

Jika kita amati hirarki itu, yang lebih utama adalah mencari doktor perempuan, dan bukan doktor muslim
Ada yang berpendapat, apabila sakit, malu pun tak sempat rasa. Hurmm yer saya faham akan hal itu. Namun pada pendapat saya, ini bukan soal rasa, dan ini soal memelihara aurat dan syariat, iaitu sesuatu yang jauh lebih besar dari perasaan individu itu sendiri. 
Teringat kata kawan saya, kita kena doa sungguh-sungguh sbb apa2 boleh jadi waktu bersalin. dan itu semua rezeki dari Allah. Maka kita kena minta sungguh-sungguh!
Jadi, sekiranya kita ada rezeki lebih atau jika kita boleh mula menabung dari awal, bukankah lebih baik? Sekurang kurangnya, jika kita mati sewaktu bersalin, kita mati dalam niat memelihara kesucian agama kita. Wallahualam

2. Risiko dan keselamatan
Faktor kedua yang perlu dititik beratkan adalah risiko dan keselamatan. Islam menuntut dan amat mementingkan nyawa. Jika kita terlibat dalam suatu kemalangan sekalipun, yang lebih utama adalah menyelamatkan nyawa dan bukan harta benda kita. Maka begitu juga halnya dalam proses melahirkan anak. Proses ini merupakan suatu pertarungan antara hidup dan mati bagi seorang ibu. Sekiranya ibu tersebut berhadapan dengan komplikasi dan risiko yang memerlukan pemerhatian doktor pakar, maka itulah yang menjadi priority pada situasi tersebut. Dan sekiranya doktor pakar yang menguruskan hal tersebut hanya available di hosp tersebut, maka disitulah tempat yang lebih baik bagi ibu melahirkan anak tersebut. Moga ibu2 sihat dan selamat hendaknya, dan anak yang dilahirkan akan menjadi kebanggan buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

3. Masa menunggu
Ini yang dikongsi oleh rakan saya. Dia berpengalaman bersalin di kedua-dua jenis hospital, kerajaan dan swasta. Dan masing-masing mempunyai pros-and-cons. Jika ibu-ibu memilih swasta untuk membolehkan suami menemani saat melahirkan, di kedua-dua hospital pun suami dibenarkan masuk dan menyambut bayi.

Menurut beliau, sewaktu melahirkan anak pertama di hospital government, beliau masih tidak berpengalaman dan untuk menguruskan diri selepas melahirkan itu amat sukar. Terutamanya sewaktu malam. Mungkin badan masih penat dan untuk mencapai dan memakai stokin pun adalah satu hal yang sukar buat beliau. 

Jadi, beliau tekad untuk menyimpan sejak awal kehamilan yang kedua, dan berazam untuk melahirkan di hospital swasta. dan Alhamdulillah, niatnya tercapai. Beliau amat bersyukur dengan pengalaman tersebut. Dan menurutnya, suami bukan sahaja menghargai peritnya sakit bersalin yang dialami si isteri, namun yang lebih penting adalah membantu dan menyaksikan sendiri sakit isteri selepas sakit melahirkan. 

Wallahualam, masih tak berpengalaman sendiri, hanya mampu quote apa orang cakap.

No comments:

Post a Comment