Subhanallah, begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar usia kandungan ku sudah mencapai minggu ke 36. Dan orang sekeliling masih tak percaya aku sedang sarat sebab aku masih boleh mengenakan baju harian biasa :)
Alhamdulillah sepanjang tempoh mengandung ni aku tak mengalami banyak masalah. Tiada alahan dan tidak cramp. Sakit pinggang pun biasa2 sahaja.
Mungkin aku ni senseless, tu pn salah satu faktor. Sampai kalau orang tanya baby aktif tak?, aku slumber menjawab, "entahlah ek, sbb kat tempat kerja tak rasa sangat" (walhal kt rumah pn lebih kurg juga huhu)
Kadang2 rasa bersalah dengan baby sbb dapat mak yang tak sensitif macam ni.hew.mommy cuba lagi taw sayang.
Moga Allah memudahkan urusan ku hingga melahirkan dan membesarkan. Mengajarkan aku dan menghantarkan aku insan2 yang akan membantu ku kerna sungguh aku lemah dan tak mampu. Moga Allah menganugerahkan dan melimpahkan kasih sayang dari segenap penjuru dan penghuni di langit dan di bumi buat anakku ini. Moga dikau membesar dilimpahi kasih sayang dan menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Yang soleh dan menyolehkan yang lain.
Ameen, ameen ya Rabb
No comments:
Post a Comment