DDU : Ukhwah Fillah

"Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, keccuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang diantara keduanya" 
[HR BUkhari dan Ahmad]

I came accross the hadith when I was reading 'Dalam Dakapan Ukhwah' by Salim A.Fillah Salim mengukirkan nukilan yang indah berdasarkan hadith di atas. Katanya, pernahkah kita merasa tidak selesa apabila berdekatan dengan seseorang, sama ada sahabat, keluarga atau siapa sahaja? Dan mengapa kita merasa tidak selesa? Adakah kerana diri kita sendiri ataupun kerana sikap satu pihak lagi? Adakalanya kita merasa tidak selesa mungkin kerana pakaian kita yang tidak bergosok ataupun kita bangun lambat pada pagi itu dan menyebabkan kita tidak siap mental mahupun fizikal . Namun ada ketikanya, kita merasa tidak selesa kerana pihak satu lagi. Sebagai contoh, mugkin kawan kita itu tangannya tidak henti2 bergerak bermain pen, atau mungkin kata2nya ada saja yang tidak menyedapkan hati.

Namun, sedarkah kita, ketidakselesaan ini mungkin disebabkan hati kita yang kurang sihat. Kerana kemaksiatan yang kita lakukan hingga menyebabkan Allah murka, lalu ditanamkan rasa benci kepada kita, di dalam hati hamba-hamba yang dicintaiNya. Naudzubillahi min dzalik.

Ya, fizikal itu penting; penampilan yang mempesonakan, namun bukan utama. Lihat sahaja baginda nabi, pakaiannya sentiasa bersih dan rambut baginda sentiasa tersisir rapi. Mulutnya harum dan matanya juga bercelak indah. Subhanallah. Sahabat-sahabat baginda juga sentiasa merasa nyaman disamping baginda. Setiap satu dari mereka merasakan merekalah sahabat baik Baginda nabi. Bagindalah yang akan terlebih dahulu memberi salam kepada sahabat yang lain. Masya Allah, indahnya persahabatan bersama baginda Nabi saw.

Maka, berdamailah dengan kesalahan. Singkapi setiap kesalahan dengan penuh penyesalan dan mohon keampunan-Nya, dan iringi dengan kebajikan agar tertebus dan muhasabahkan agar tak terulang.

Mari kita semak firman-Nya dalam surah Maryam,
"Sesungguhnya, orang-orang yang mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka)" 
[Maryam, 19:96]

Segalanya saling berkait bukan?

Kasih sayang itu adalah hak milik mutlak Yang Maha Esa. dan DIAlah yang akan menanamkan rasa cinta dalam hati nurani ini, dan syaratnya adalah diantara orang yang mengerjakan kebajikan. Subhanallah, indah kasih sayang itu kan. Allah akan tanamkan dalam diri mereka yang meneyemai kebaikan. dan menariknya kembali apabila kita melakukan kemaksiatan. Naudzubillahi min dzalik.

Moga Allah menjadikan kita dikalangan orang-orang yang sentiasa melakukan kebaikan dan cenderung untuk melakukan kebaikan. 

No comments:

Post a Comment