Tempat Makan Best di Kota Bharu : Breakfast

Kelantan, negeri kelahiran dan negeri yang sentiasa dirindui walau dimana sahaja saya berada. Sampai jek kelantan memang terus nampak kedai-kedai yang perlu diziarahi hehe

saya kongsikannya disini. Manalah tau ada yang sedang mencari makanan best di Kota Bharu, Kelantan.

Meh saya mulakan dengan port makan pagi.
Menurut abah, orang kelantan memang sejak tradisi makan nasi sebagai sarapan, kerana mereka semua kerja berat; 'cedung' or bersawah. Tapi walau kita tak ke sawah, tak salah untuk kita makan juga, cuma pandai-pandailah bakar nanti k

1. Kopitiam Kita


This place is surely a must. It is a one stop centre. Nak makan apa semua ada dibawah satu bumbung. Nasi Air dingin, Nasi tumpang, nasi impit semua adalah. tempat ini sememangnya menjadi tumpuan dan nak mencari parking pun susah. Kadang-kadang kalau sampai time peak hour, kena beratur tunggu meja.

Di Kopitiam Kita, tarikan utama mereka adalah Roti Titab; a toast on top with kaya and half boiled egg. Roti Bakar nya tebal dan dibakar garing. Gabungan yang sangat win! A must try.
Oh! dan dinding mereka pun menarik. Gambar-gambar orang kenamaan dan selebriti yang pernah berkunjung ditampal penuh dinding.

2. Nasi Kak Wook

Sejenis nasi berlauk yang dah berjaya berdiri sendiri, I mean menjadi sejenis nasi sendiri (stand alone). Nasi Kakwook, makan panas-panas dengan kuah gulai ayam dan ayam goreng kecik-kecik digoreng garing, digaul bersama sambal belacan. sedap sungguh i tell u. Lokasi original adalah berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Zainab.
Pun kena beratur panjang, tapi sebab sedap memang kami sanggup hehe

3. Nasi Dagang @ Jalan PCB

Satu lagi port kegemaran keluarga kami adalah Nasi Dagang, Nasi Berlauk di jalan otw ke PCB> Ayam goreng kampungnya memang garing dan sedap sangat. Nasi dagang pula kena cepat sebab cepat sangat sold out. Benchmark nasi dagang yang sedap adalah boleh dimakan begitu sahaja tanpa kuah, and it does here :)

4. Sup dan Teh Beng Madu Pok Mat

Di jalan yang sama, anda teruskan lagi perjalanan menghala ke PCB. Then anda akan nampak satu simpang ke kiri, ke Pulau Pisang tak silap namanya. Jangan risau, insya ALlah tak sesat sebab ada papan tanda dan banner muka Pok Mat tersenyum manis. Then belok kiri sampai lah nampak ada medan selera on left.
abah enjoying Teh Beng Madu
Apa yang perlu try sini adalah Sup Ikan nya. Sedap sangat, cukup masam masinnya. Ikan tu besar-besar dan harga nya pun besar jugalah, tapi puas hati. Orang-orang yang dah biasa sometimes akan call booking, maka mungkin kalau lambat ikan dah tak de. tapi jangan risau sebab daging and gulai-gulai masih ada.

Kedai pok mat ni asalnya dalam kampun and payah nak dapat lagi di cari. Tapi itu pun berduyun--duyun orang pergi. Maka lepas tu agaknya pokmat tukar tempat. Satu lagi tarikan utama di sini adalah Teh Beng Madu. Buihnya banyak dan undestrutible. Sedaaaapppp sangat. Tapi yang tak tahan manis maybe akan kurang suka sikit.

5. Nasi Air Dingin

Nasi Dingin ni memang dah popular dan tak perlu diterangkan lagi. Nasi Berlauk ni nasi putih dengan gulai lemak ikan. Nasi ni tahap popularnya boleh didapati di KL dan diterbangkan khas ke sana. Dasyat kan. Nasi pun boleh pos hehe

6. White House

White house ni nama glemer lah. Located close to Masjid Muhammadi Kota Bharu. Kat sini ala-ala kopitiam, kami selalu makan Roti Bakar, Telur separuh masak dan Kopi O. Dalam banyak-banyak Kopi O, kat sinilah Kopi O paling sedap yang saya pernah minum hehe. Roti bakarnya pun menarik sangat, roti akan dipotong tengah macam ada poket untuk disapukan butter dan kaya. Butter yang diberi pun jenama Anchor dan home-made kaya mereka pun teramat sedap.

No comments:

Post a Comment