Apa lagi yer yang saya pernah try. Then during college years, produk Malaysia mula banyak di paasaran. harga yang ditawarkan pun agak murah berbanding produk-produk farmasi. I remembered trying a few brands of them. The first one was Natasha. Yang botol dan kotak oren tu. Yang tulah leading produk masa tu kalau tak silap. Not to mention than my face initially tereuk ke apa, tapi umi kata, "biar napok basoh sikit" in other words, biar nampak bersiap sikit. Gitulah my mom. Risau sangat anak dara dia tak kisah pasal kecantikan ni. Ayoyo.
So most of the time saya buat memang untuk happykan umi. At the same time, saya juga benefit from it kan. So why not. I believe, itulah education :)
Then disitulah episod jerawat saya bermula. Saya ingat lagi, jerawat pertama saya keluar semasa di KMS, semasa tengah sibuk dengan Extended Essay Assignent. Itulah time peak dalam IB dan pada masa itulah juga jerawat muncul. Oh not to mention, bila menulis ni baru saya teringat satu peristiwa. Im writing it here so I remember it. Sungguh, Allah itu Maha Mendengar, baik yang kita nyatakan di bibir ataupun bisikan hati kita yang paling dalam. Walau ia cuma terdetik, tapi yakin dna percayalah Allah itu Maha Mendengar. Aku mohon ampun ya Allah dan terima kasih kerana mengingatkan ku :')
Pada suatu ketika tu, saya terpandang seseorang yang berjerawat, dan ada bisikan yang lalu sekejap dalam hati jahat ni tentang jerawat. Dan sungguh Allah tu Maha Mendengar. Tak lama lepas tu, which mmg tak lama dalam seminggu, dapatlah saya jerawat. Ditambah dengan sebab produk + stress belajar + hati mengata = Jerawat naik
Dan bukan naik sekali dan tak naik lagi. Jerawat naik lagi hingga tak selesai masalah ni bertahun lamanya. Ingat lagi teacher BI saya tegur, "Eh since when you have pimple? Stress?"
Then saya meninggalkan tanah air, tapi jerawat tidak meninggalkan saya. Tapi saya berdoa, biarlah di sana ni kulit saya makin OK sebab tgk kawan2 jadi kulit makin putih dan makin fair bila dok negara sejuk ni. Biarlah aku pun berjangkit.
Tapi nampaknya, iklim sana tak mampu mengubah keadaan jerawat saya. Malah makin teruk jadinya. kulit tak makin putih tapi makin merah dengan jerawat yang makin serius. Dulu naik sebiji dua, ni naik sampai merah-merah pipi. Tangan pula memang gatal, tak leh nak dok diam, memang tak sengaja dok memicit jerawat tu. Jadi seronok bila dapat picit sampai habis nanah keluar and sampai keluar air jek. Abah and umi sokmo pesan, lepas picit tu letak dettol untuk matikan kuman jari yang memicit and supaya tak merebak temat lain. hurm tapi sambil buat assignment picit jerawat jadi malas pula nak amik-amik ubat sapu. Hihihi
Then tahun ke 2 saya rasa tak boleh jadi ni. Then dapat tahu kalau dapatkan rawatan di Klinik boleh claim bawah insuran pelajar. Maka saya pun gagahkan diri ke Uni Health Centre untuk jumpa doktor. Saya sangat terpegun dengan sistem di sana. Sebelum dapatkan rawatan, pesakit akan disaring oleh nurse, ambil BP berat tinggi simptom dan sebagainya. Semua akan dimasukkan dalam sistem komputer. Selepas semua data dah diambil, barulah kita akan masuk jumpa doktor. doktor akan tengok dan beri rawatan. semua maklumat akan di key in dalam komputer.
Mula-mula doktor bagi ubat untuk dicuba. Lama juga saya consume ubat tersebut tapi tak de kesan. Selepas hampir 6 bulan, doktor suggest saya untuk ambil ubat yang lebih kuat. Doktor beri pamplet kesan sampingan ubat dan saya kena jalani ujian darah beberapa kali sebelum di prescribe dengan ubat ni. dan untuk ubat ni saya tak perlu bayar cuma pemeriksaan darah semua kena tanggung sendiri. sebagai pelajar rasa terbeban juga, tapi sebab nak baik, maka saya gagahkan juga. saya berazam untuk selesaikan masalah jerawat ni sebelum saya Back For Good.
Selepas lalu semua ujian tu, baru lah saya di prescribe dengan ISOTRETINOIN.
Memang kuat kesan ubat ni. Tangan saya, bibir semua kering teruk. Tangan saya menggerutu kering sampai tak nampak rupa tangan. Bibir pun sangat kering hingga sangat mudah luka. Allah rasa azab sangat waktu tu kalau ingat semula. DOktor dah ingatkan ubat ni kalau plan nak mengandung jangan pakai sebab boleh sebabkan keguguran atau rosakkan janin. Ubat sapu pun diberi, DIFFERIN.
Pair ubat makan dan sapu ni alhamdulillah menjadi, nampak jerawat mengecut dan tak naik lagi. Cuma parut jerawat yang lama yang masih nampak merah-merah. Alhamdulillah. Maka saya pun memang minta stok ubat makan dan sapu untuk beberapa bulan lamanya. So that saya boleh continue bila balik Malaysia. On top of that, harga ubat-ubat tu sangat mahal di Malaysia, so better ask for free while I can. :)
Then bila Back for Good (BFG) muka nampak dah OK
tapi bila dah sampai Malaysia, kulit pula terkejut dengan perubahan cuaca
maka masalah kembali lagi hewhew
No comments:
Post a Comment