Throwback : Penjagaan Muka - Current state

Sambung cerita from two previous entry

Alhamdulillah things are getting better. After years, my skin re-adapted to Malaysia climate. When I first teach, I sometimes wonder what do students called me at the hostel? Will it be teacher berjerawat? "ouch it surely hurts" but I don't care much as it happens behind our back, so why do we have to care so much about it, right?

Produk muka yang lain saya masih lagi tukar-tukar, tapi tidak pencuci muka. Saya rasa amat selesa dengan Cetaphil oil control yang saya gunakan sejak Auckland. Sebelum pulang saya sempat beli beberapa botol sebab agak murah (well sebenarnya murah tu sebab guna beli guna currency sana, in fact kalau beli convert sama sahaja harganya, but it matters kan sebab di Malaysia kita gaji dalam RM bukan NZD lagi hehe)

Selepas mencuba tester Simply Siti Dermagic yang set botol purple, saya rasa sangat selesa dengan moisturizer nya. Krimnya water based dan amat selesa bila dpakai di kulit muka. Macamana saya boleh beli SimplySiti ni sebab umi jugalah, risau benar dia saya tak kisah pasal muka. Lagipun bak kata promoter, produknya di buat di Korea dan lebih sesuai dengan kulit orang Asia berbanding produk lain yang diasaskan di Eropah. Jadi, yer, I buy that statement hehe

Saya mula dengan moisturizer sahaja sebab selalu rasa toner ni tak penting. Yelah macam sapu air jekan, apa kesannya (naif kan). Kulit saya OK sahaja dengan krim tu, then slow2 saya full setkan, cukup ada toner pencuci dan krim. Alhamdulillah kulit saya adjust well.

Then after sometimes saya rasa macam nak tukarlah sebab macam maintain and tak nampak perubahan pon. As in pori macam sama jek, tak mengecil. Parut jerawat pun masih jelas. Kedut halus tu tak nampak lagi, tapi macam tak seri, gitu ke. Then saya pun mulalah usha2 apa yang menarik di Watson. Memang fevret place saya untuk jamu mata. Masuk, round and keluar.

Then saya pun terbelilah set Safi Rania Gold. Ni pulak alkisah teringat seorang kawan yang dekat UIA dia baru tukar produk and alahan, so dia buat statement nak back to Rania. So I think its worth to try. Lagipun nampak Nora Danish dalam iklan dengan statement kena mula sebelum 30, lagi terpengaruh. OK nampak sangat saya mudah terpengaruh dengan iklan kan. lol

Then saya pun cuba, alhamdulillah, set Rania pun saya suka dan serasi dengan kulit. saya pakai full set, termasuk serum. cumanya krim malam belum jadi kebiasaan lagi. after sometimes, Umi pn kata kulit saya nampak makin Ok, saya pun tak tau apa yang OK. Tapi Oklah tu, sebab apa2 pun umilah yang selalu jadi benchmark saya. Kalau umi approve maka benarlah, alhamdulillah.

Sekarang ni saya pakai pencuci muka Mary Kay dan brush tu, krim dan toner lain masih lagi Safi Rania Gold.  Serum pula sekarang saya guna Bio Essence Snail. Serum harga dalam RM80+ tapi saya rasa berbaloi sebab nampak macam parut jerawat makin samar, alhamdulillah =)

So far saya suka combination ni dan harga pun affordable
Simpan juga angan-angan nak pakai full set Mary Kay, tapi harga ratusan ringgit buat diri rasa tak perlu. sebab dengan kesan sekarang pun saya rasa OK dah. Takut spend banyak and tak de hasil.

Walau apa pun, moga Allah redha, moga hati ini dijauhkan dari sifat riya. Dihindarkan dari takabur dan sentiasa dipanggil Allah untuk bersyukur dan ingat kepada Nya

Kerana apa yang kita miliki hari ini adalah pinjaman dan tanda kasih sayang Nya pada kita
Allahuakbar Allahuakbar Allauakbar

1 comment: