What matters you will be important matters to you. So think! Is it the food, clothing, dissertation? Or your ummah?
What matters you will be important matters to you. So think! Is it the food, clothing, dissertation? Or your ummah?Tersentap jugak dengar statement ni hari tuh? tambah-tambah pulak di saat bz dengan dissertation, urusan akademik, sampai ada yang tegur, 'lama x nampak akak2 ni', hakikatnya bila dengar kenyataan macam tu dari adik2, rasa sangatlah teruk!!sebab mereka boleh perasan ke'bz'ian kita, yang saya rasa sepatutnya disembunyikan dalam diri, jauh dalam2, sebab kita hidup untuk memberi, bukan centered aroun our own world, our own busyness, *dush dush tampar diri sendiri, ekh ekh tapi xboleh menzalimi diri sendiri, istighfar-istighfar**

back to that statement, apa yang menjadi priority kita, itulahyang sentiasa kita fikirkan, jika dissertation itu priority kita, maka sambil mandi dan makan pun, dissertation lah dalam kepalakita, fikir dan fikir tentang idea yang baru
tapi jika islam, dakwah dan tarbiyah adalah priority kita, maka hal2 itulah yang akan sentiasa on top of our head, dan urusan2 akademik itu terjatuh ke tempat yang bukan pertama, tapi bukan yang keduan juga, mungkin bukan priority yang sampai tahap bukak hingga tutup mata kita fikir tentang hal itu..

so what is you priority in life?
is it your degree that will give you a better life in the future?
is it people around who supported you all this while?
or is it your material that give you self satisfaction?
you know yourself better than I do,
not to mention that everything I mention above cannot be part of your pr iority in life, but when it is EVERYTHING to you, then it is false!!
put Allah first, end everything will fall into their place,
your degree will be part of your ticket to 'tarik' orang
your people around will your friends whom you will give advice and together improve to be a better person,
and your material will be your modal untuk menuju cintaNYA
it is like a domino effect,
so first and for most, define your priority,
kerna orang mukmin itu melihat dunia dari dimensi akhirat,like a sister of mine mentioned, ask ur self, "WHAT'S NEXT??"
Dan sungguh dengan mengingat Allah hati kan tenang:)

Menilai dan Dinilai

Hmm, term ni sangat complicated (for me)
I never mereflect diri sbg org yg judgmental, or simply buat assumption about people
sbb saya sendiri mmg tidak pandai menilai, dan disitulah kelemahan saya sebagai seorang Daie',
seorang Daie' itu perlu pandai membuat penilaian, bijak dalam menilai mad'unya dan sentiasa bersifat proaktif dalm memikirkan alternative untuk meningkatkan lagi daya mad'u kita,
memikirkan titik yang masih kita boleh baiki, dari masa ke semasa
dan sungguh, di situlah titik kelemahan saya
sebab saya akan menerima orang seadanya, cuba menerima segala baik buruk orang, kerana yakin saya juga manusia yang tidak sempurna, astaghfirullah~

tapi bila difikir-fikirkan, hakikatnya, kita tidak akan mengenali diri kita sendiri selagi kita tidak merelakan diri untuk di judge,
dan disitulah salah satu titik utama dalam tarbiyah,
kerana kita yakin dengan penilaian murabbi kita yang cuba mengenali diri kita, mengetahui sejarah tarbuyah kita dan yang bersangkut paut dengannya
kerana kita yakin murabbi kita, cuba memikirkan jalan yang terbaik untuk memperbaiki diri kita, memperbaiki tarbiyah kita, dan meningkatkan lagi potensi kita,

melapangkan hati untuk dijudge juga satu perkara lagi,
mungkin disinilah terletaknya nilai sensitiviti kita sesama akhwat, dalam menjaga hati sesama mad'u dan sesama kita sendiri, dan biarlah hal itu menjadi sir (rahsia), terutamanya bagi mereka yang menilai, kerana kita tahu nilai sekeping hati yang perlu dijaga itu
dan yang paling utama adalah mentajdid niat, kenapa kita melakukan penilaian iti?
bukan suka-suka, tapi kerana kita ingin membaiki diri kita dan mad'u kita, dalam rangka kita untuk mendekatkan lagi diri kita kepada Allah yang Satu, tumpuan kecintaan kita, Insya Allah

Ana masih cuba dalam hal itu, mmg benar kita kena bersifat menerima, tapi pada masa yang sama kita kena bersifat kritikal,
memang tarbiyah seseorang itu terletak di tangan Allah, dan baik buruk seseorang itu telah tertulis di Luh Mahfuz, tapi sekali lagi, islam itu hanya akan tertegak dengan adanya insan2 yang bekerja untuk Islam, memerah keringatnya untuk dakwah, dan memikirkan kelangsungan dakwah dan tarbiyah ini, sebagaimana dalam surah Al-Kauthar, sejak di zaman Mekah lagi Rasulallah dah mula memikirka kelangsungan dakwah dan tarbiyah, apabila anak2 lelakinya wafat, dan sungguh bagindalah sebaik2 suri teladan, (aaaaaaaaa hati berdebar tika menulis)
menyeru antunna dan diri sendiri yang terutamanya menyahut seruan bekerja untuk Islam itu, berfikir untuk islam, teringat satu kata-kata, "daie itu bila, segala yang terjadi dalam hidupnya adalah untuk dakwah, tidurnya untuk dakwah, derap langkahnya untuk dakwah, dan segala yang difikirkan tak lain adalah dakwah"
Masya Allah hebatnya seseorang yang boleh sampai ketahap itu, dan ana masih cuba merangkak dalam jalan ini, Insya Allah akan cuba untuk terus menapak lagi, bertatih sedikit demi sedikit, mohon doa antunna semua:)
memang bukan Allah memerlukan kita dalam menegakkan risalah ini, tapi hakikatnya kita yang memerlukan kerja dakwah ini, bukti sayang dan cinta kita kepada Allah
kerana tiada lain yan kita harapkan dari cintaNYA, dan diberi izin untuk bertemu denganNYA
wallahua'lam

Tanya Sama Pokok

I've been listening to this song for few times, errr banyak sangat sebenarnya
"tersentuh hati bagai luruh"
Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
jawab anin yang goncang,
terbang burung terbang
patah sayap diduga
seandainya rebah KAU masih ada

seorang aku yang menulis ini, mungkin sama dengan kamu yang sedang membaca,
hakikatnya the way we potray the lyric, or understand the lyric would depend on our current situation, our current mood, and etc
di saat diri sibuk bekerja, diri sangat tersentuh dengan kalimat, "seandainya rebah KAU masih ada'
kerna yakin, walau di mana kita, jatuh bangun mahupun tergolek, Allah pasti ada di sisi,

tapi apabila diri dirundung masalah, yang tidak tahu dari mana puncanya,
bahagian atas lirik itu lebih terkesan di hati,
tersentuh hati bagai luruh, dan kenalah tanya si pokok kenapa bergoyang
kerana tiada perkara yang akan berlaku secara tiba-tiba,
semuanya pasti punya alasan, pasti punya sebab yang tersendiri, biarpun orang kata perempuan adalah satu creature yang pelik dan aneh dan predictable, tapi sunnatullah nya, sesuatu yang berlaku pasti punya sebab yang tersendiri,
tapi bila sebab itu tak dapat diketemui, hati bingung sendiri, minda berpusing ditempat yang sama, dan akhirnya, jadilah diri yang keliru,

tak mudah namun tak susah, terserah pada pilihan
benar sekali lagi, kita yang memilih untuk menilai sesuatu, baik buruknya, dan hakikatnya kita memang kena sentiasa dan sentiasa bersangka baik, biarlah dimana jua kita berada, sebagai pokok yang beroyang mahupun angin yang menggoyangkan, tapi the core business is kita yang kena terlebih-lebih dahulu melapangkan dada dan bersifat memaafkan, dan jika wujud kemarahan dalam diri itu, wajarlah di tahan dulu
bukankan kita semua ingin mendapat gelaran insan yang MUTTAQIN,
dan itulah sifat2 yang Allah telah gariskan [3:133-136]
kerana kita ingin meletak nama dalam syurga yang luasnya seluas langit dan bumi
dan sungguh, ianya memerlukan jihad yang besar, menolak segala rasa ketepi kerana semata-mata mencari redha Allah yang satu itu, insya Allah
moga dipermudahkan segala urusan insya Allah
kerana jihad itu bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri kita sendiri [29:6]Despite of everything you feel, All you have to do is smile,
and Allah will smile to you as well, and heal you from deep inside:)

TickTock

Time is the biggest constraint now
tapi lambat atau cepat, ia akan tiba juga..
tangguhkan atau bertindak terus, dateline itu akan sampai juga
berjaga malam ataupun kepenatan terus-terusan bekerja
masih, dateline nya tetap sama
tapi lumrahnya
dalam hati pasti kerisauan itu tiba
dalam helaan nafas itu akan ada terselit keluhannya
dan graf hamasah itu bukan sentiasa di atas,
ada naik dan turunnya
fuuh fuuh fuuh
tapi duhai diri,
Masa itu milikNYA Yang Agung
Hati di dalam dada pun milik Allah juga
ketenangan itu dari DIA,
keyakinan itu pun dari DIA,
jadi usah ragu, usah mengeluh dan usah bertangguh lagi

~dalam diam aku berdoa~