"tersentuh hati bagai luruh"
Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
jawab anin yang goncang,
terbang burung terbang
patah sayap diduga
seandainya rebah KAU masih ada
Tanya sama pokok, apa sebab goyang,
jawab anin yang goncang,
terbang burung terbang
patah sayap diduga
seandainya rebah KAU masih ada
seorang aku yang menulis ini, mungkin sama dengan kamu yang sedang membaca,
hakikatnya the way we potray the lyric, or understand the lyric would depend on our current situation, our current mood, and etc
di saat diri sibuk bekerja, diri sangat tersentuh dengan kalimat, "seandainya rebah KAU masih ada'
kerna yakin, walau di mana kita, jatuh bangun mahupun tergolek, Allah pasti ada di sisi,
tapi apabila diri dirundung masalah, yang tidak tahu dari mana puncanya,
bahagian atas lirik itu lebih terkesan di hati,
tersentuh hati bagai luruh, dan kenalah tanya si pokok kenapa bergoyang
kerana tiada perkara yang akan berlaku secara tiba-tiba,
semuanya pasti punya alasan, pasti punya sebab yang tersendiri, biarpun orang kata perempuan adalah satu creature yang pelik dan aneh dan predictable, tapi sunnatullah nya, sesuatu yang berlaku pasti punya sebab yang tersendiri,
tapi bila sebab itu tak dapat diketemui, hati bingung sendiri, minda berpusing ditempat yang sama, dan akhirnya, jadilah diri yang keliru,
tak mudah namun tak susah, terserah pada pilihan
benar sekali lagi, kita yang memilih untuk menilai sesuatu, baik buruknya, dan hakikatnya kita memang kena sentiasa dan sentiasa bersangka baik, biarlah dimana jua kita berada, sebagai pokok yang beroyang mahupun angin yang menggoyangkan, tapi the core business is kita yang kena terlebih-lebih dahulu melapangkan dada dan bersifat memaafkan, dan jika wujud kemarahan dalam diri itu, wajarlah di tahan dulu
bukankan kita semua ingin mendapat gelaran insan yang MUTTAQIN,
dan itulah sifat2 yang Allah telah gariskan [3:133-136]
kerana kita ingin meletak nama dalam syurga yang luasnya seluas langit dan bumi
dan sungguh, ianya memerlukan jihad yang besar, menolak segala rasa ketepi kerana semata-mata mencari redha Allah yang satu itu, insya Allah
moga dipermudahkan segala urusan insya Allah
No comments:
Post a Comment