Hmm, term ni sangat complicated (for me)
I never mereflect diri sbg org yg judgmental, or simply buat assumption about people
sbb saya sendiri mmg tidak pandai menilai, dan disitulah kelemahan saya sebagai seorang Daie',
seorang Daie' itu perlu pandai membuat penilaian, bijak dalam menilai mad'unya dan sentiasa bersifat proaktif dalm memikirkan alternative untuk meningkatkan lagi daya mad'u kita,
memikirkan titik yang masih kita boleh baiki, dari masa ke semasa
dan sungguh, di situlah titik kelemahan saya
sebab saya akan menerima orang seadanya, cuba menerima segala baik buruk orang, kerana yakin saya juga manusia yang tidak sempurna, astaghfirullah~
tapi bila difikir-fikirkan, hakikatnya, kita tidak akan mengenali diri kita sendiri selagi kita tidak merelakan diri untuk di judge,
dan disitulah salah satu titik utama dalam tarbiyah,
kerana kita yakin dengan penilaian murabbi kita yang cuba mengenali diri kita, mengetahui sejarah tarbuyah kita dan yang bersangkut paut dengannya
kerana kita yakin murabbi kita, cuba memikirkan jalan yang terbaik untuk memperbaiki diri kita, memperbaiki tarbiyah kita, dan meningkatkan lagi potensi kita,
melapangkan hati untuk dijudge juga satu perkara lagi,
mungkin disinilah terletaknya nilai sensitiviti kita sesama akhwat, dalam menjaga hati sesama mad'u dan sesama kita sendiri, dan biarlah hal itu menjadi sir (rahsia), terutamanya bagi mereka yang menilai, kerana kita tahu nilai sekeping hati yang perlu dijaga itu
dan yang paling utama adalah mentajdid niat, kenapa kita melakukan penilaian iti?
bukan suka-suka, tapi kerana kita ingin membaiki diri kita dan mad'u kita, dalam rangka kita untuk mendekatkan lagi diri kita kepada Allah yang Satu, tumpuan kecintaan kita, Insya Allah
Ana masih cuba dalam hal itu, mmg benar kita kena bersifat menerima, tapi pada masa yang sama kita kena bersifat kritikal,
memang tarbiyah seseorang itu terletak di tangan Allah, dan baik buruk seseorang itu telah tertulis di Luh Mahfuz, tapi sekali lagi, islam itu hanya akan tertegak dengan adanya insan2 yang bekerja untuk Islam, memerah keringatnya untuk dakwah, dan memikirkan kelangsungan dakwah dan tarbiyah ini, sebagaimana dalam surah Al-Kauthar, sejak di zaman Mekah lagi Rasulallah dah mula memikirka kelangsungan dakwah dan tarbiyah, apabila anak2 lelakinya wafat, dan sungguh bagindalah sebaik2 suri teladan, (aaaaaaaaa hati berdebar tika menulis)
menyeru antunna dan diri sendiri yang terutamanya menyahut seruan bekerja untuk Islam itu, berfikir untuk islam, teringat satu kata-kata, "daie itu bila, segala yang terjadi dalam hidupnya adalah untuk dakwah, tidurnya untuk dakwah, derap langkahnya untuk dakwah, dan segala yang difikirkan tak lain adalah dakwah"
Masya Allah hebatnya seseorang yang boleh sampai ketahap itu, dan ana masih cuba merangkak dalam jalan ini, Insya Allah akan cuba untuk terus menapak lagi, bertatih sedikit demi sedikit, mohon doa antunna semua:)
memang bukan Allah memerlukan kita dalam menegakkan risalah ini, tapi hakikatnya kita yang memerlukan kerja dakwah ini, bukti sayang dan cinta kita kepada Allah
kerana tiada lain yan kita harapkan dari cintaNYA, dan diberi izin untuk bertemu denganNYA
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment