the power of Istighfar

bila dirimu dalam keliru, tidak tahu arah yang perlu dituju
bila hati terasa hitam, tidak tersentuh dengan ayat2 cinta dariNYA
dan bila hati rasa serba tak kena, buku dibaca tak difahami, lagu didengar tidak menenangkan, dan dahi mula berkerut tanpa dipinta
maka beristighfarlah
hadapkanlah wajah mu menuju Yang Maha Pencipta
Yang Maha Mengetahui segala rahsia di dalam dada,
moga dengan istighfar itu, Allah bukakan pintu hati kita
diberikan jalan keluar dan diberikan ketenangan hati
kerana Dialah yang memiliki sekeping hati yang sedang dalam kesepian itu
[71:10-12]

No comments:

Post a Comment