padahal jika diukur secara fisik, tidaklah banyak tenaga yang dikeluarkan. tapi hakikat bila menyampaikan meman mengerahkan segala tenaga dalam diri, tambhan pula selepas ditampar dan ditampar oleh ayat2 Allah.
Semalam saya bawakan surah An-Naba'..mungkin inilah kai pertama saya bawakan terjemahan surah dalam halaqah kecil saya..astaghfirullah al-azim..berat sungguh rasanya..bagai dihempap-hempap..lidah terbelit2 dalam menyampaikan, kerana tahu beratnya isi surah dan ceteknya ilmu dalam diri..tapi refresh balik niat kita, bukanlah kita ingin menyampaikan ilmu itu sebenarnya, sebab secara hakikatnya memang kita tandus dengan ilmu mengenai ayat2 Allah, tapi sekadar ingin berkongsi rasa dan refleksi terhadap ayat2 Allah ini, sebab sesungguhnya ayat-ayat Allah itu adalah peringatan buat kita, buat menghidupkan hati yang gersang dan kering apabila ditinggalkan dalam beberapa tempoh
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
(QS. 7:179)
(QS. 7:179)
tapi alhamdulillah, kadang2 apa yang kita cakapkn dalam liqa kecil kita bukanlah perkara yang dirancang oleh kita..mungkin kita dah melakukan preparation kita; bedah buku sayed qutub, mendengarkan recording, google internet dan cuba kaitakn surah itu dengan kisah sahabat mahupun apa2 ayat dalam kitab Allah.ada juga kadang2 sampai prepare dialogue, apa nak cakap dengan mad'u2 ni (berdebar punya pasal kan huhu) .tapi apabila surah fatihah dibacakan sebagai pembuka majlis, mungkin sahaja apa yang kita cakapkan bukanlah apa yang kita rancangkan..tapi sekali lagi sebagai seorang Daie, yakinlah segala apa yang terkeluar dari lidah kita itu adalah yang terbaik, moga2 Allah menjadikan nasihat yang kita berikan itu terkena pada mad'u kita dan tersentuh hatinya, (ameen ameen) kerana tak lain yang diharapkan selain dari ayat2 Allah yang menjadi tazkiyatun nafs, insya Allah...tawakalan pada Allah dan yakinlah yang apa yang terkeluar dari lidah antunna itu yang terbaik dari Yang Maha Pengasih Yang Maha Mengetahui apa yang diperlukan oleh hamba2NYA, insya Allahps:bulatan gembira saya tinggal beberapa kali jek lagi, dah cukup ke apa yang saya buat??*dushdush* pasti merindui mereka semua (SANGAT) bila saya pulang nanti, sobs
moga terus istiqamah!!
moga terus istiqamah!!
No comments:
Post a Comment