All Black Fever

Rugby sudah sampai ke penghujungnya, tapi rata riti masih berbicara hal rugby, kedai souvenir yang biasanya lengang penuh sesak tiba-tiba..kadang2 tertanya2 juga, apalah yang hebat sangat dengan rugby ni sampai orang boleh 'gila-gila' and sungguh2 dengannya *think-think*
tapi begitulah bila kita minat akan sesuatu kan..semua pun rela kita gadaikan, even tiket final rugby mencecah NZD1000, and if convert mungkin menghampiri nilai RM2500, (boleh buat downpayment kereta dengan seronoknya kott), tapi untuk perlawanan 90 minit tu orang rela melabur sedemikian rupa (fuuh kesat peluh kat dahi)..

Tapi bagi saya, memang tak boleh nak salah kan mereka, sebab itu yang mereka rasakan penting, dan hal itulah yang menjadi matlamat hidup mereka..Jadi apa salahnya mengejar matlamat hidup sendiri bukan? Yang salahnya is, if kita dah tahu tentang matlamat kita, tapi masih pura-pura taktahu..Itu LAGII dan MEMANG masalah besar..

Sudah diberitahu akan hakikat diri yang telah dipilih Allah sebagai khalifah dan menjalankan hidup beribadah semata-mata kerana NYA..tapi silapnya kita adalah apabila memandang kata "Abid" itu dari konteks "worship" only, which that is why kita rasa kita dah cukup ISLAM apabila kita dah solat, puasa dan bertudung. Tapi hakikatnya erti ibadah itu lebih besar lagi, ia bukan sekadar "Worshipping 5 times daily" but also live as HIS SERVANT..and being a SERVANT does not limit to our five minutes prayer ONLY, but also include all our daily routine on every breath taken..Subhanallah besarnya tugas kita sebenarnya..

Dan jika sekiranya, kita telah mengakui hakikat penciptaan ini, tapi masih bersikap membuta tuli, dan masih lagi merasakan hal-hal macam Rugby WC ni best, hmm hati tertanya2, adakah benar2 kita sudah memahami tujuan penciptaan kita? Jika kita masih melekat dengan 16 episod cerita korea dan masih rela bersengkang mata sebab syiok sangat cerita tu, sekali lagi kita perlu tanya, adakah betul aku faham dengan tanggungjawab itu? dan jika kita masih lagi melekat dengan so called 'boyfriend' kita, adakah benar2 kita telah cuba meletakkan hati kita dan menanmkan cinta kita kepada Pencipta Yang Satu? Jika kita masih lagi mampu berkompromi dengan hal2 sedemikian, mungkin kita boleh tadabbur ayat ini..

Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaithan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.
QS. al-A’raf (7) : 175

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.
QS. al-A’raf (7) : 176

Astaghfirullah. Jika hati kita masih tidak berdetik dengan hal2 sedemiki, samalah kita dengan Anjing yang mejulurkan lidahnya.


No comments:

Post a Comment