Kenapa aku di sini?


Semalam ada yang melontarkan satu persoalan menarik yang kerap kali diajukan, kenapa aku masih di sini? Bila saatnya kita mula iltizam dengan dakwah?
*OK blurr kejap, bila ek?*

Pelbagai jawapan yang di-share-kan. Ada yang kata, bergerak dengan kefahaman; selepas mendapat suapan makanan yang enak2 dari mak usrah maka terdetik di hati ini untuk membuat kerja dakwah, then ada jugak yang cakap selepas mendapat amanah; so lama2 dah menjadi satu habit or something than stay within ourselves and jatuh centa dengannya. Then saya suka dengan jawapan ukhti ni, sebab rasa syukur. WOW, Masya Allah.

Syukur dengan segala nikmat yang kita peroleh memang mampu memberi impak yang besar. Bahkan Rasulallah saw ketika ditanya oleh isteri kesayangan baginda, Saidatina Aisyah ra, kenapa baginda masih mengerjakan solat sunat sehingga bengkak2 kakinya, meskipun baginda telah Allah janjikan syurga, malah telah Allah janjikan maksum (suci dari dosa). Tapi dek kerana rasa syukur, baginda masih juga melakukan solat-solat sunat. malah melakukannya hingga tahap yang luar biasa dasyatnya.

Itulah kuasa syukur. Syukur mampu mendorong manusia untuk membuat sesuatu yang besar. Malah perbuatan itu sendiri tidak akan melahirkan rasa berat di hati si pembuat, kerana segalanya dilakukan dengan rasa syukur yang mendalam. Rasa syukur dengan segala nikmat yang Alla kurniakan selama ini, hingga malu untu kembali dihadapannya dalam keadaan tangan kosong, hingga malu dengan Allah yang telah memberi dengan terlampau banyak.

Masya-Allah hebatnya power syukur. Dakwah yang rata-rata katakan berat ini akan dirasakanringan. Dakwah yang dikatakan dipenuhi dengan mehnah, akan dirasakan hanyalah seperti hujan gerimis yang hadir membasahkan bumi yang kepanasan, sementara cuma. Malah jalan yang di mana tidak ramai mengikutinya, akan dirasakan masih cukup untuk terus meredahnya sendirian, kerana yakin Allah masih bersamanya. Masya-Allah. Dengan ikhlas dan syukur insya Allah segalanya akan menjadi mudah.

Jika dulu saya tanyakan kepada ibu usrah, apa definisi syukur?Katanya, kita melakukan segala perbuatan untuk mendekatkan diri kepada Allah. jadi bukan sekadar ucapan Alhamdulillah, malah diterjemahkan melalui perbuatan selepas hati merasakan manisnya segala nikmat yang dipeoleh.

p/s: Ok, ni nak kena basahkan hati kan, sebab if not, macam mana kita nak rasa bestnyanikmat tu, if hati sendiri tidak dekat kepada Allah.

Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al-Kitab dan Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. (QS. 2:151)
Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku. (QS. 2:152)
Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)

Kerana aku benar-benar inginkannya

Jika saya tanyakan kepada anda, siapakah nama sahabat yang menyebabkan Rasulallah ditegur dan turunnya surah Abasa? Maka dengan pantas anda semua dapat menjawab, Abdullah ibn Maktum. Ok pandai semua:)

Tapi jika saya tanyakan kepada anda, siapakah yang menggantikan baginda Rasulallah untuk menjaga kota Madinah ketika peristiwa Fathul Makkah? *Ok siapa ek? garu-garu kepala*
Next, siapa pula yang menyebabkan turunnya ayat yang termaktub di dalam Surah An-Nisa?:-
"Tidaklah sama antara mukmin yang duduk ( yang tidak turut berperang ) yang tidak mempunyai uzur dengan orang- orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang- orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang- orang yang duduk satu derajat. Kepada masing- masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik ( surga ) dan Allah melebihkan orang- orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar.(95)"

OK, ni macam tau kan;) Ye benar! Beliau adalah Abdullah ibn Maktum, si buta yang sama yang menyebabkan turunnya surah Abasa, peristiwa di mana beliau datang menuju Rasulallah dan meminta dengan bersungguh-sunggguh, "Ya Rasulallah, ajarkanlah kepadaku apa yang diajarkan Allah kepadamu" Dek kerana kesungguhannya dalam menuntut ilmu, terkadang dia sampai mengambil hakorang lain. BIsa saja, dia menunggu usai Rasulallah selesai urusannya dengan pembesar Quraish, yang dirasakan sekiranya mereka memluk islam, nescaya islam bakap tersebar ke seluruh jazirah Arab, lantaran mereka merupakan orang yang berpengaruh. Tapi kerana die benar-benar menginginkannya, benar-benar ingin membersihkan hatinya, dan dia tidak sanggup menunggu lama, dan mendesak Rasulallah untuk mengajarkannya sesuatu. Kerana hanya matanya sahaja yang buta, bukan hatinya.

Kadang-kadang, aku pun bertanya pada diri, adakah aku benar-benar menginginkan hidayah itu? Sedangkan ia hadir di depan pintu cuma, kerana kasihnya Allahkepada hamba2NYA. Tapi sekiranya aku perlu keluar dan berusaha keras, untuk memperolehnya, adakah aku akan bersungguh-sungguh ingin membersihkan hatiku, sebagaimana Abdullah ibn Maktum? Mungkin tindakannya seakan-akan keterlaluan, menobrok segala jemaah yang ada di situ. Ok itu secara mannersnya sahaja, tapi hakikatnya, kesungguhan kita yang dituntut. Kesungguhan kitalah nilanya. Dan bukankah mujahadah itu untuk diri kita sendiri?
29-6: Dan sesiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah adalah al-Ghaniy (Maha Kaya) daripada sekalian alam.

kerna DIA tahu


Tika diri mengeluh itu ini,
Meletakkan satu per satu perkara yang berlaku,
menimbal dan terus menimbal
sedarkah kita,
bahawa segala yang kita sebutkan itu adalah suatu nikmat sebenarnya,
biarpun perit,
tapi ada sesuatu yang ingin DIA ajarkan
ada aspek yang DIA ingin kita perbetulkan lagi,
ada perkara yang kita perlu perjuangkan lagi,
kerana hakikatnya bukan DIA tidak tahu mujahadah kita,
bukan DIA tak tahu titik lemah kita,
bahkan DIA ingin kita tahu bahawa itulah perkara yang pantas kita mujahadahkan,
perkaya yang pantas kita perbaiki,
kerana DIA Maha Mengetahui

http://www.youtube.com/watch?v=fpeZhYsiDYk&feature=mr_meh&list=PL81C133C2CA2C4CE4&lf=mh_lolz&playnext=0&shuffle=456609
Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu,
yang Engkau kurniakan kepadaku, juga kepada ibu-bapaku

Berlapang Dada

.::Tahapan Ukhwah yang Terendah adalah berlapang dada::.

Satu kisah di zaman tabi'in. Seorang tokoh ulama yang terkenal Fudhail bin Iyadh bercerita, saat berada di Masjidil Haram, ia didatangi seseorang yang menangis. Fudhail bertanya, "kenapa engkau menangis?" Orang itu menjawab, "Aku kehilangan beberapa dinar dan aku tahu ternyata wangku dicuri." Fudhail menyatakan, "Apakah engkau menangis hanya kerana dinar?" Sungguh mengejutkan jawaban orang itu." Ia menjawab, "Tidak, aku menangis kerana tahu bahawa kelak aku akan berada dihadapan Allah, dengan pencuri itu. Aku kasihan dengan pencuri, itulah yang menyebabkan aku menangis..."

*mode: tergamam*