Usrah itu...Ukhwah??

Usrah itu fungsinya ukhuwah. Semaikan ia dengan taaruf , tafahum dan takaful. Bila usrah tu nak dirojakkan semua, kita lupa yang paling utama untuk dihidupkan adalah ukhuwah. [muharikah]

gulp telan air liur sendiri bila baca status FB di atas..diri tertanya-tanya sejauh manakah usrah ku telah membentuk ukhwah itu sendiri? Sejauh mana bila usrah ditangguhkan dengan bacaan Al-Asr dan tasbih kafarah, hati ini terasa rindu untuk kembali duduk bersama ahli bulatan gembira? Emm dah capai ke belum yerr? If 100% sewajibnya dan absolute no then..tapi paling kurang pun secebis, ada tak dalam hati perasaan itu?

Manisnya ukhwah itu adalah apabila tidak bertemu terasa rindu yang amat..hingga kita panjatkan nama ukhti itu dalam bait-bait doa kita. Ya Benar! Dulu aku kurang mengerti, macam mana menyebut nama seorang sahabat dalam sepotong doa kita. Mendoakan kesejahteraan dia, dan dipermudahkan segala urusan kebaikan dia. Lama juga aku berfikir, menyelami erti kata Imam Ghazali

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pula pada manisnya ucapan di bibir. Ukhuwah itu terletak pd ingatan seseorang terhadap saudaranya, di dalam doanya.

Alhamdulillah, Tsumma alhamdulillah. Tahun ini Allah beri keizinian, merasai manisnya sebuah ukhwah itu. Alhamdulillah tahun ini aku rasakan kehangatan ukhwah itu. Meski jauh dalam diri, aku masih tertanya-tanya, benarkah ini yang dimaksudkan dengan ukhwah. Bila rasa sayang membuak dalam diri, panjatkan doa pada Ilahi agar Allah menjaganya, kerana Dialah sebaik-baik penjaga. Mungkin ada benarnya kata Imam Ghazali itu, ukhwah itu terletak pada ingatan dalam doa, kerana kita sandarkan rasa sayang itu kembali kepada sang Pencipta. Yakin bahawa Dialah yang menjaga tali persahabatan kita, bukanlah pada mahalnya hadiah yang kita berikan mahupun indahnya saat yang kita pernah lalui bersama. Wallahua'lam

Jadi sejauh mana usrah yang kita bawa atau usrah yang kita berada di dalamnya mampu menyemaikan perasaan itu? Adakah usrah kita hanyalah sebahagian dari urusan mingguan kita, bertemu dan mulakan dengan bacaan fatihah, then teruskan dengan pengisian..Jika begitu sahaja usrahnya, bagaimana mungkin manisnya ukhwah itu dapat dirasai? Kerana usrah itu kan maksudnya keluarga, dan keluarga bukanlah sekadar bertemu sekali seminggu dan berbincang tentang hal-hal yang formal semata. Tapi ianya lebih lagi dari tiu. Kerna element usrah itu memerluakan element ziarah, agar hubungan yang terbina lebih utuh lagi. Kerna itulah adanya MABIT, agar kita tinggal dan bermalam bersama, kerana hanya bila kita tinggal bersama barulah kita mengetahui selok belok atau ciri seorang mad'u itu dengan lebih mendalam lagi..Then barulah wajar kita katakan usrah itu dapat memberikan rasa rindu itu..

Tapi iyeke macam tu??Hmm mari fikir sikit lagik..jika kita ertikan sedemikian, maksudnya kita katakan erti pertemuan itu terletak pada "kuantiti" berapa lama masa yang kita spend bersama..Hmm, tapi rata riti org mengatakan, sebuah pertemuan itu bukanlah terletak pada berapa lama kita bertemu, tapi lebih kepada memberi erti kepada sebuah pertemuan. Ya! Erti, itulah perkataan yang lebih tepat. How it means to You. The Quality time is more important or maybe crucial in this sense. *telan air liur sendiri, sebab t ak tahu brapa banyak yang telah saya perbuat untuk tempoh yang Allah telah pinjamkan ini*
p/s: Kerana usrah itu bukan lah berakhir disini, bukan berakhir dengan kembalinya kita kembali ke bumi asal kita..kerna bagaimana mungkin sebuah keluarga hanya boleh terpisah dengan faktor jarak sedangkan orang tua2 dah berpesan yang air dicincang tak akan putus

All Black Fever

Rugby sudah sampai ke penghujungnya, tapi rata riti masih berbicara hal rugby, kedai souvenir yang biasanya lengang penuh sesak tiba-tiba..kadang2 tertanya2 juga, apalah yang hebat sangat dengan rugby ni sampai orang boleh 'gila-gila' and sungguh2 dengannya *think-think*
tapi begitulah bila kita minat akan sesuatu kan..semua pun rela kita gadaikan, even tiket final rugby mencecah NZD1000, and if convert mungkin menghampiri nilai RM2500, (boleh buat downpayment kereta dengan seronoknya kott), tapi untuk perlawanan 90 minit tu orang rela melabur sedemikian rupa (fuuh kesat peluh kat dahi)..

Tapi bagi saya, memang tak boleh nak salah kan mereka, sebab itu yang mereka rasakan penting, dan hal itulah yang menjadi matlamat hidup mereka..Jadi apa salahnya mengejar matlamat hidup sendiri bukan? Yang salahnya is, if kita dah tahu tentang matlamat kita, tapi masih pura-pura taktahu..Itu LAGII dan MEMANG masalah besar..

Sudah diberitahu akan hakikat diri yang telah dipilih Allah sebagai khalifah dan menjalankan hidup beribadah semata-mata kerana NYA..tapi silapnya kita adalah apabila memandang kata "Abid" itu dari konteks "worship" only, which that is why kita rasa kita dah cukup ISLAM apabila kita dah solat, puasa dan bertudung. Tapi hakikatnya erti ibadah itu lebih besar lagi, ia bukan sekadar "Worshipping 5 times daily" but also live as HIS SERVANT..and being a SERVANT does not limit to our five minutes prayer ONLY, but also include all our daily routine on every breath taken..Subhanallah besarnya tugas kita sebenarnya..

Dan jika sekiranya, kita telah mengakui hakikat penciptaan ini, tapi masih bersikap membuta tuli, dan masih lagi merasakan hal-hal macam Rugby WC ni best, hmm hati tertanya2, adakah benar2 kita sudah memahami tujuan penciptaan kita? Jika kita masih melekat dengan 16 episod cerita korea dan masih rela bersengkang mata sebab syiok sangat cerita tu, sekali lagi kita perlu tanya, adakah betul aku faham dengan tanggungjawab itu? dan jika kita masih lagi melekat dengan so called 'boyfriend' kita, adakah benar2 kita telah cuba meletakkan hati kita dan menanmkan cinta kita kepada Pencipta Yang Satu? Jika kita masih lagi mampu berkompromi dengan hal2 sedemikian, mungkin kita boleh tadabbur ayat ini..

Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri daripada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaithan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.
QS. al-A’raf (7) : 175

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derjat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.
QS. al-A’raf (7) : 176

Astaghfirullah. Jika hati kita masih tidak berdetik dengan hal2 sedemiki, samalah kita dengan Anjing yang mejulurkan lidahnya.



A056
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu[51:56]

the power of Istighfar

bila dirimu dalam keliru, tidak tahu arah yang perlu dituju
bila hati terasa hitam, tidak tersentuh dengan ayat2 cinta dariNYA
dan bila hati rasa serba tak kena, buku dibaca tak difahami, lagu didengar tidak menenangkan, dan dahi mula berkerut tanpa dipinta
maka beristighfarlah
hadapkanlah wajah mu menuju Yang Maha Pencipta
Yang Maha Mengetahui segala rahsia di dalam dada,
moga dengan istighfar itu, Allah bukakan pintu hati kita
diberikan jalan keluar dan diberikan ketenangan hati
kerana Dialah yang memiliki sekeping hati yang sedang dalam kesepian itu
[71:10-12]