Celik hati

Masya Allah. Ana baru jek tiba dari negeri tanah air ana.di kota bharu. Suatu hari ana dan keluarga ke.pasar ct khadijah, dan mata ana tertumpu.kepada.seorang pakcik.di.satu sudut yang bersandar di tiang, mengalunkan ayat2 suci al-quranul kareem. Suara beliau lantang kedengaran, bacaannya lancar seolah2 ayat-ayat itu sedia ada dalam memorinya. Hati ana bertambah sayu bila.mendapati empunya suara itu membelek lembaran2 kertas kosng berisi titik-titik yg xmampu difahami.insan biasa seperti kita. Hanya mereka yg istimewa mampu membaca lembaran brail itu.

Masya Allah, kita yg bermata celik.lagi sihat tubuh badan pun dipalit rasa malas mengalunkan ayat2 Allah. Tangan kita tidak perlu menelusuri laju sehelai kertas utk membaca lembaran quran. Cukup sekadar mencari waktu dan mula membacanya. Perlahan da dengan penuh tertib. Insya Allah ayat2 itu akan menjadi pengubat hati kita, menjadi pendinding dari melakukan perkara yg mmbawa kepada kemurkaanNya insya Allah



Cemburu Terbit di Ufuk Cinta

tajuk kali ini saya petik dari buku yang saya baca sekarang, Jalan Cinta Para Pejuang karangan Salim A. Fillah.

Ada ketikanya kita amat menyayangi seseorang, cemburu itu hadir bila sahabat kita lebih melayani yang lain. Tiba-tiba jek hati rasa panas, rasa kurang diperlukan (mungkin). saya pun kadang2 terfikir-fikir, kenapa aku kena rasa macam tu? Kata sayang kerana Allah, jadi bukankah setiap orang pun wajar menyayangi dia, dan wajar dia menyayangi yang lain. Cuba sedaya mungkin untuk menepis jauh perasaan tu. Macam Rasulallah pernah kata kepada Saidinitina Aisyah, "Wahai Aisy, kau kedatangan syaitanmu lagi..."

Tapi pada pendapat saya, tak perlu teruk-teruk menyalahkan diri dengan rasa itu, kerana cemburu itu sebahagian dari fitrah kita. wanita yang dijanjikan syurga seperti Saiditina Aisyah juga sering cemburu dengan Ummul Mukminin, Khadijah. Hingga beliau mengatakan, "Bukankah ia hanya seorang perempuan wanita tua belaka yang Allah sudah memberi ganti kepadamu isteri yang lebih baik". Mendengar kata-kata itu, Rasulallah menjawab, "Tidak. Demi Allah. Allah belum memberi ganti dengan isteri yang lebih baik darinya. Ia beriman padaku ketika semua manusia ingkar. Ia membenarkanku ketika seluruh manusia mendustakan. Ia membantuku dengan hartanya ketika semua manusia menahannya, dan Allah mengurniakan anak kepadaku anak dari dia, tidak dari yang lain".


Jadi wajarlah kita merasa cemburu bila kita rasa kita kurang diberi perhatian, kerana cemburu adalah hiasan hati dan pembakar jiwa, dan tak terkecuali orang2 yang hebat seperti Aisyah.

Cuba bayangkan pula cemburu Pencipta kita, ALLAH azzawajalla, jika kita punya rasa cemburu itu, bukankah ia tempias dari sifat cemburu pencipta kita. Setiap hasil ciptaan akan menjadi refleksi kepada penciptanya. Jika manusia pun pandai cemburu, jadi sifat cemburu Allah jauh lebih besar lagi.

Pernah satu ketika, Sa'ad ibn Ubadah berkata, "Kalau aku melihat seorang lelaki bersama isteriku, tentu akan kupukul dengan pedang hingga ia tak bisa mengeluarkan suara lagi!". Bila kata-kata ini disampaikan kepada Rasulallah saw, beliau bersabda, "Apakah kalian heran terhadap perkataan Sa'ad? Demi Allah aku lebih cemburu daripada dia, dan Allah lebih cemburu daripadaku...!"

mengingatkan aku kepada satu ayat di surah At-Taubah 9:24
Katakanlah (wahai Muhammad saw): “Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu perolehi, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan tempat-tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya (rasul Allah), dan (juga) berjihad pada jalan-Nya (jalan Allah), maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan ketentuan-Nya (ketentuan Allah). Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasik. [9:24]

Segala yang disebutkan di atas bapa-bapa, anak-anak, ister-isteri, keluara, harta, rumah semuanya merupakan kesayang kita. dan Allah susunkan mengikut prioritynya. Kita manusia, pasti menyayangi ahli keluarga kita, kesayangan kita, kerana kasih sayang itu terbit dari hati. dan kemudian barulah kita menyayangi material kita seperti harta dan perniagaan. Tapi Allah seolah-olah mengancam kita, sekiranya kita menyayangi semua itu lebih dariNYA, maka tunggulah hingga detik pembalasan. Terasa sifat cemburu sang kekasih kepada kesayangannya. Tidak salah menyayangi, asalkan meletakkan Allah di tempat teratas. Kemudian barulah yang lain. BUkankah hadith kemanisan iman telah menyatakan segalanya,

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)

Astaghfirullah. sedang berusaha untuk mencapai tahap itu, which is REAL hard!!

Kubaca Firman Persaudaraan

Ketika kubaca firmanNya, “sungguh tiap mukmin bersaudara”
aku tahu, ukhuwah tak perlu diperjuangkan
tak perlu, kerana ia hanyalah akibat dari iman

aku ingat pertemuan pertama kita, akhi sayang
dalam dua detik, dua detik saja
aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan
itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat
meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

ya, kubaca lagi firmanNya, “sungguh tiap mukmin bersaudara”
aku makin tahu, persaudaraan tak perlu diperjuangkan

kerana saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
saat pemberian bagai bara api, dan saat kebaikan justeru melukai
aku tahu, yang rombeng bukanlah ukhuwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau menjerit
mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
tentu terlebih sering, imankulah yang compang-camping

kubaca firman persaudaraan itu, akhi sayang
dan aku makin tahu,mengapa di kala lain diancamkan;
“para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain..kecuali orang-orang yang bertaqwa”

Zasss! Ukhwah itu buah iman

*Abu Bakr ibn Abdullah al-Muzaniyy menyatakan bahawa
“jika anda mendapati sahabat anda tidak melayan anda sebagaimana biasa, maka itu adalah disebabkan dosa yang telah anda lakukan. Maka anda hendaklah bertaubat kepada Allah.
Tetapi jika anda dapati sahabat anda memberikan kasih sayang yang lebih daripada biasa, maka itu adalah kerana ketaatan yang anda lakukan. Maka anda hendaklah bersyukur kepada Allah.”

seriusly baris ayat di atas menakutkan saya. menggetarkan seluruh urat saraf. The 1st part. Ya Allah Ya Rabb. Sungguh Engkau bersifat Maha Adil, dan segala yang berlaku adalah sebab musabab diriku sendiri, dan bukan yang lain. Bukan secara fisiknya, tapi secara internalnya. Aku akur aku banyak melupakanmu, sehingga terzahir kesannya melalui lemahnya ukhwah ku. Ya Allah, ampunkan hamba yang lemah lagi hina ini.

Bukan hakku untuk menuding jari kepada yang lain; temanku sahabatku, kesayangan ku. Kerana pada masa yang sama, empat jari yang lain terarah 'straight' kepada diriku. memanah tepat ke jantungku. Kerana hakikat yang lemah pada ketika itu adalah imanku.

Benarlah janjimu, Hablum minallah, Hablumminanas. Awasi hubunganmu dengan Allah, nescaya akan terjaga hubungan mu sesama manusia. Kali ini puisi Salim A. FIllah pula yang bermain diminda. bukan persolan dia yang menjauhi dirimu, tapi diriku yang menjauhi Allah. Kerana ukhwah itu buah iman didalam dada. Bukankah hakikat iman itu diukur melalui amal.

Duhai diri, apa khabar imanmu hari ini??