Ada ketikanya kita amat menyayangi seseorang, cemburu itu hadir bila sahabat kita lebih melayani yang lain. Tiba-tiba jek hati rasa panas, rasa kurang diperlukan (mungkin). saya pun kadang2 terfikir-fikir, kenapa aku kena rasa macam tu? Kata sayang kerana Allah, jadi bukankah setiap orang pun wajar menyayangi dia, dan wajar dia menyayangi yang lain. Cuba sedaya mungkin untuk menepis jauh perasaan tu. Macam Rasulallah pernah kata kepada Saidinitina Aisyah, "Wahai Aisy, kau kedatangan syaitanmu lagi..."
Tapi pada pendapat saya, tak perlu teruk-teruk menyalahkan diri dengan rasa itu, kerana cemburu itu sebahagian dari fitrah kita. wanita yang dijanjikan syurga seperti Saiditina Aisyah juga sering cemburu dengan Ummul Mukminin, Khadijah. Hingga beliau mengatakan, "Bukankah ia hanya seorang perempuan wanita tua belaka yang Allah sudah memberi ganti kepadamu isteri yang lebih baik". Mendengar kata-kata itu, Rasulallah menjawab, "Tidak. Demi Allah. Allah belum memberi ganti dengan isteri yang lebih baik darinya. Ia beriman padaku ketika semua manusia ingkar. Ia membenarkanku ketika seluruh manusia mendustakan. Ia membantuku dengan hartanya ketika semua manusia menahannya, dan Allah mengurniakan anak kepadaku anak dari dia, tidak dari yang lain".
Jadi wajarlah kita merasa cemburu bila kita rasa kita kurang diberi perhatian, kerana cemburu adalah hiasan hati dan pembakar jiwa, dan tak terkecuali orang2 yang hebat seperti Aisyah.
Cuba bayangkan pula cemburu Pencipta kita, ALLAH azzawajalla, jika kita punya rasa cemburu itu, bukankah ia tempias dari sifat cemburu pencipta kita. Setiap hasil ciptaan akan menjadi refleksi kepada penciptanya. Jika manusia pun pandai cemburu, jadi sifat cemburu Allah jauh lebih besar lagi.
Pernah satu ketika, Sa'ad ibn Ubadah berkata, "Kalau aku melihat seorang lelaki bersama isteriku, tentu akan kupukul dengan pedang hingga ia tak bisa mengeluarkan suara lagi!". Bila kata-kata ini disampaikan kepada Rasulallah saw, beliau bersabda, "Apakah kalian heran terhadap perkataan Sa'ad? Demi Allah aku lebih cemburu daripada dia, dan Allah lebih cemburu daripadaku...!"
mengingatkan aku kepada satu ayat di surah At-Taubah 9:24
Katakanlah (wahai Muhammad saw): “Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu perolehi, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya dan tempat-tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan rasul-Nya (rasul Allah), dan (juga) berjihad pada jalan-Nya (jalan Allah), maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan ketentuan-Nya (ketentuan Allah). Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasik. [9:24]
Segala yang disebutkan di atas bapa-bapa, anak-anak, ister-isteri, keluara, harta, rumah semuanya merupakan kesayang kita. dan Allah susunkan mengikut prioritynya. Kita manusia, pasti menyayangi ahli keluarga kita, kesayangan kita, kerana kasih sayang itu terbit dari hati. dan kemudian barulah kita menyayangi material kita seperti harta dan perniagaan. Tapi Allah seolah-olah mengancam kita, sekiranya kita menyayangi semua itu lebih dariNYA, maka tunggulah hingga detik pembalasan. Terasa sifat cemburu sang kekasih kepada kesayangannya. Tidak salah menyayangi, asalkan meletakkan Allah di tempat teratas. Kemudian barulah yang lain. BUkankah hadith kemanisan iman telah menyatakan segalanya,
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
Astaghfirullah. sedang berusaha untuk mencapai tahap itu, which is REAL hard!!
No comments:
Post a Comment