Video ini amat menarik perhatian saya. Kalau tak salah, kali pertama menonton, dalam program ISK 4 tahun yang lalu. Tapi setiap kali lihat, refleksinya pasti berbeza. Mungkin dengan meningkatnya kefahaman dan ilmu kita. Mungkin.
Sekarang saya sedang membaca buku karangan penulis fevret saya, Salim A. Fillah bertajuk Jalan Cinta Para Pejuang. Agh lambat jugak nak dapatkan tempo buku ini, dah baca bulan lepas, tapi akhirnya give up and stop sekejap. Tapi baru sahaja menghabiskan buku BBMD nukilan penulis yang sama, cuma versi Bahasa, agh terkulat-kulat jugak saya membacanya. Rasa nya seolah2 setelah hilang apabila telah dialih bahasa. Mungkin perasaan saya sahaja. Tapi kini bila membaca JCPP versi indonesia, gagh rasanya lebih bagus hehhehe:)
Ok itu bukan motif utama saya menulis, kali ini saya ingin kongsikan sesuatu dari buku tersebut. Berkenaan dengan mimpi. Beliau menggunakan video yang sebijik sama seperti yang saya paste di atas. Tak sangka video jepun ini yang menjadi ulasan penulis Indonesia, but why bother kita sekarang kan di zaman dunia yang tiada sempadan, no borders~
kadang-kadang sukar menjadi luar biasa. Bilamana kita katakan, Islam itu pasti akan mencapai Ustaziyatul Alam, bilamana seluruh isi dunia ini akan tunduk kepada Islam. Ramai yang akan berkata, "Ekh betul ke? x tengok ke kelaparan sana sini, Islam dipanggil terrorist, negara yang miskin itu negara islam, malah jika tengok politik tanah arab pun kan sedang bergolak. manakan mungkin islam itu akan menjadi World Order. Tak cukup dengan itu, tak perlu tengok negara orang, tengoklah gejala sosial hari ini, yang menjadi mamat motornya dan kes buang anak semua, bukankah orang-orang 'kita' semuanya. Heeiii, mana boleh islam boleh take over America yang bapak hebat tuh" etc etc
Ya begitulah rata riti orang katakan, apatah lagi bila kita join dakwah, sibuk berusrah tiap-tiap minggu, berprogram sana-sini, meeting sampai lewat malam. Orang akan hairan dengan kita, apa yang cuba kita dapat ni? Bekerja siang malam ingin mengejar title UA yang seolah-olah masih jauh. Tanpa mereka sedari, kita sedang menghidupkan hati rijal-rijal islam, memberi kesadarn akan keindahan islam yang sebenar, Insya Allah. Memang sukar menjadi pelik, bagaikan adik comel dalam video ini, hinggakan psikiatrist dipanggil untuk mengenal pasti apa masalahnya. Ibu ayah pun runsing melihat anak mereka tidak seperti orang lain. Pakaiannya, bahan bacaannya, sensitivitinya juga telah berbeza. Diajak movie tidak mahu, untuk membeli Mc Donald yang super best itu pun ditolaknya. Sibuk bertudung litup sedangkan fesyen shawl Yuna dan Najwa Latif makin hangat diperkatakan. Ya, begitulah kita hari ini. Menjadi lain dari yang lain.
Insya Allah, kejayaan Islam itu pasti. Lihat sahaja kebangkitan negara Arab yang telah lama memendam rasa. Kini mereka bangkit menegakkan politik Islam. Dengan 'musibah' 9/11 juga, makin ramai yang aware akan agama Islam ini. Dan jika lihat tanah air kita sendiri, 'sindrom' usrah ini bukans sahaja melanda IPT, malah dunia hiburan tanah air. Semuanya sedang bekerja dalam bidang kepakaran masing-masing. Dan bila masanya telah tiba, Insya Allah kita semua akan bersatu memperjuangkan al-Haq yang satu ini. Insya Allah, Insya Allah. Sama-sama kita doakan. Bak kata Imam Shahid Hassan al-Banna, mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok:)
Mungkin itulah risiko berpikiran besar. Dikata orang dan dipandang serong. disalahfahami. Tapi lama kelamaan, akan dikagumi, Insya Allah~
No comments:
Post a Comment