Zasss! Ukhwah itu buah iman

*Abu Bakr ibn Abdullah al-Muzaniyy menyatakan bahawa
“jika anda mendapati sahabat anda tidak melayan anda sebagaimana biasa, maka itu adalah disebabkan dosa yang telah anda lakukan. Maka anda hendaklah bertaubat kepada Allah.
Tetapi jika anda dapati sahabat anda memberikan kasih sayang yang lebih daripada biasa, maka itu adalah kerana ketaatan yang anda lakukan. Maka anda hendaklah bersyukur kepada Allah.”

seriusly baris ayat di atas menakutkan saya. menggetarkan seluruh urat saraf. The 1st part. Ya Allah Ya Rabb. Sungguh Engkau bersifat Maha Adil, dan segala yang berlaku adalah sebab musabab diriku sendiri, dan bukan yang lain. Bukan secara fisiknya, tapi secara internalnya. Aku akur aku banyak melupakanmu, sehingga terzahir kesannya melalui lemahnya ukhwah ku. Ya Allah, ampunkan hamba yang lemah lagi hina ini.

Bukan hakku untuk menuding jari kepada yang lain; temanku sahabatku, kesayangan ku. Kerana pada masa yang sama, empat jari yang lain terarah 'straight' kepada diriku. memanah tepat ke jantungku. Kerana hakikat yang lemah pada ketika itu adalah imanku.

Benarlah janjimu, Hablum minallah, Hablumminanas. Awasi hubunganmu dengan Allah, nescaya akan terjaga hubungan mu sesama manusia. Kali ini puisi Salim A. FIllah pula yang bermain diminda. bukan persolan dia yang menjauhi dirimu, tapi diriku yang menjauhi Allah. Kerana ukhwah itu buah iman didalam dada. Bukankah hakikat iman itu diukur melalui amal.

Duhai diri, apa khabar imanmu hari ini??

No comments:

Post a Comment