Kadang-kadang ak tertanya-tanya, perlukah wujud perasaan marah itu dalam diri ini? Kenapa kita perlu menyempitkan lagi ruang hati yang sedia ada sempit ini dengan perasaan yang tidak bermanfaat itu? Buat sesak nyawa sendiri? Aku sendiri tidak mengerti. Kenapa manusia perlu ade perasaan marah itu?
Tapi jika difikirkan kembali, mungkin perlu sifat amarah itu ada dalam diri. Dengan sifat itulah ia menunjukkan sejauhmana 'concern' kita terhadap insan sekeliling. Seorang kawan akan marah akan kawannya, to show how concern she is toward her friend. Tapi bukankah perasaan itu hanya menyesakkan dada. Mesti rasa tak sedap duduk, tak salah. Apabila pandangan mata ini jatuh ke wajah tersebut, pasti hati terasa panas. That must be the feeling, kind of. Dont you think it kind of disturbing?
"dan taatilah Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah bersama orang-orang sabar" [Al-Anfal, 8:46]
Why dont we salurkan perasaan marah itu dan sirami dengan air agar ia sejuk. Cuba fikirkan apa baiknya perasaan marah itu kepada kita? Siapa kita untuk membenci makhluk Allah yang lain sedangkan kita sendiri tidak sempurna? Apa hak kita untuk marah kerna semua manusia tidak sempurna, seperti kta juga? Emm that kind of reflection will mkae us realise that it is not worth to be angry at.
Masih tidak berhasil? Cuba kita fikirkan kesan perasaan marah kita itu terhadap orang lain. Adakah orang lain merasa selesa dengan perasaan kita itu? Contohnya, adakah ibu bapa kita akan merasa sedih dengan perasaan marah yang ada dalam diri kita itu? Jika Ya, dan jika anda benar-banar sayangkan orang terdekat anda itu, cuba untuk memaafkan individu tersebut itu. Kerna kita hidup bermasyarakat dan hidup is nothing like "it is between you and me only"! Setiap apa yang kita alami akan meninggalkan kesan terhadap orang sekeliling, dan itu menunjukkan manusia ini saling memerlukan
Masih tidak berhasil? Cuba renungkan hadis dibawah:-
Dari Abu Hurairah r.a, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w, "Berilah aku wasiat," Rasulallah s.a.w bersabda, "La Taghdhab (JANGAN MARAH)!" Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, "Jangan marah!" (HR Bukhari) Hadis ke 16 dalam hadis ke 40
Why dont kita sahut sabda nabi ini dan buktikan bahawa kita adalah umat Nabi Muhammad s.a.w. Rasulallah telah tinggalkan 2 perkara selepas kewafatan beliau iaitu Al-Quran dan Sunnah yang mana jika kita ikut keduanya, Insya Allah we are on the right path. Jadi Sahutlah sabda nabi, La Taghdhab.
Kalau tidak berhasil juga, saya serahkan kepada yang Esa. Moga Allah melembutkan hati anda kerana hati ini milik Allah dan hanya DIA yang dapat melembutkannya. AKu berdoa, "Ya Allah, Engkau lembutkanlah kedua hati insan ini kerana hati mereka hanya milik Mu dan hanya Engkaulah yang dapat menyejukkan hati mereka, amin"