Kini kematian boleh menimpa sesiapa sahaja. Tidak lagi seperti mana bisanya yang kita dengar, orang2 yang lanjut usianya yang akan pergi dulu mengadap Ilahi. TIDAK sama sekali.
Hidup jauh di perantauan ini memang banyak cabaran dan dugaan. oleh itulah, sudah ada yang memesan; "jika ingin hidup jauh, bersedialah dengan pemergian insan2 yang tersayang yang mungkin tidak sempat kita tatap buat kali terakhir". Dan kenyataan itu benar sekali. Berita kematian demi kematian kami dengar, namun hanya mampu diiringi dengan air mata dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Sedih di hati, terbayang di mata, berlegar-legar difikiran. Namun tiada apa yang mampu dikata. Inilah suatu pengorbanan.
Semalam sekali lagi kami dikejutkan dengan pemergian sepupu seorang sahabat kami yang menghidap penyakit kulit yang jarang ditemui, satu dalam seribu. Dan pada kebiasaannya 9 daripada 10 pesakit tidak dapat diubati. Innalillah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Pasti sedih seorang ibu melihat pemergian seorang anak, pasti hampa seorang bapa merelakan harapan keluarganya pergi dan pasti sedih adik beradik melepaskan sahabat sejati. Namun itu semuanya ujian ALlah kepada hambanya.
Sakit yang hanya dapat dikenalpasti dalam masa 2 minggu kini dapat membawa maut. Dalam masa dua minggu sahaja kami bercerita, dia sudah pergi mengadap Yang Esa. Betapa Allah menyayangi dia. Dan betapa beruntungnya dia mati di usia muda. Bak kata ayah long, "pergi melalui kastam membawa beg yang kecil". Apatah lagi di bulan mulia ini, di bulan ramadhan.
Kita yang hidup ini, entah bagaimana kisahnya? Entah bagaimana caranya kita akan dijemput menghadap Ilahi? Entahkan elok entahkan tidak? Sekurang-kurangnya sakit yang mereka alami sebelum kematian itu boleh menjadi kafarah dosa dan mereka telah bersedia. Mungkin sakit bagi kita yang melihat, apatah lagi bahu yang menanggung. Namun ganjarannya yang kita nantikan. Kita?Entah bagaimana pula kisahnya? Semoga kita juga mati dalam keadaan yang elok dan dikembalikan kepada pencipta dalam keadaan yang terbaik, Amin
p/s:Sama-sama kita sedekah kan al-fatihah kepada arwah Miji, nenek, sepupu dyane, adik chikorn, nenek tikah dan saudara-saudara seagama kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. AMin
No comments:
Post a Comment