Ayat-Ayat CINTA

Just watched a great love story of Aishah and Fahri, Ayat-Ayat Cinta; an Indonesian movie adopted from a novel written by Habiburrahman. Ia berkisar tentang seorang pemuda Indonesia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Boleh saya katakana bahawa lelaki ini cukup sifatnya yang menjadikan dirinya buruan para wanita di sana tanpa mengira bangsa dan agama. Dia kerap kali menerima surat-surat cinta dari wanita-wanita yang menyatakan hasrat mereka untuk menjadi wanita yang halal disisinya. Namun, Fahri masih mencari-cari jodohnya.

“Kita punya jodoh masing-masing yang dikurniakan Tuhan dari Hati.”

“Sungai Nil dan Mesir adalah jodoh”

Telah ditakdirkan tuhan bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Jadi atas izinNya, Fahri telah dipertemukan dengan Aishah; seorang gadis Jerman yang kecantikan wajahnya dan senyum manisnya tersembunyi di balik purdahnya dan Fahri memilih unutk menikahinya. Bukan hanya kerna cinta, namun dia juga melakukannya demi mengelakkan fitnah dan memenuhi tuntutan agama. Disebalik kegembiraan yang mereka rasai, Maria seorang warga Spain yang sering menolong Fahri dalam suka dan duka, Nurul seorang gadis Indonesia yang telah lama menyimpan cinta dan Norra seorang warga Arab yang dibantu Fahri untuk bertemu keluarga kandungnya merasa terluka. Ketiga-tiga mereka mengalami depressi yang mendalam hingga rela menimbulkan fitnah hinga menyebabkan Fahri dipenjara sebagaimana kisah Yusuf a.s

“Jika kehidupan penjara lebih baik untukku, maka aku rela Ya Allah” (Nabi Yusuf)

manakala Maria dan Nurul kini hilang motivasi unutk hidup.

“Sungai Nil kini tandu kerna kehilangan mesirnya”

Namun sebagai seorang isteri, Aishah masih mempercayai suaminya dan menolong suami mencari bukti-bukti untuk mempertahankan maruah suaminya. Namun hati perempuan mana yang tidak terluka mengetahui bahawa suaminya digilai ramai. Dan demi memberi kehidupan kepada Maria yang kini terbaring lesu dan tidak henti mengucap nama suaminya, dia merelakan dirinya dimadukan. Fahri menolak keras kerna dia yakin Aishah adalah jodohnya, namun Aishah bertegas mengatakan bahawa jodoh adalah rahsia tuhan dan Fahri perlu menyelamatkan Maria. Kelembutan dan sifat keadilan Fahri kini menambat hati Maria dan dia mula merasai kekesalan. Kini dia tahu apa bezanya antara cinta dan keinginan untuk memiliki. Aishah sanggup berkongsi kasih untuk memberi kehidupan baru kepada suaminya meskipun hatinya sendiri terluka, sering mengigatkan suaminya akan Maria. Sunggguh Aishah adalah isteri mithali dan sekiranya kita ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan, kita pasti dapat menyentuh hati seseorang itu.

No comments:

Post a Comment