Winter sudah melabuhkan tirai dan musim bunga kini menunggu giliran. Bunga-bunga comel kini mula berkembang mekar, warna-warni di setiap sudut. Jadi apa lagi, kami mengambil peluang ke Albert Park (the nearest park to my house) Bergambar lagi, menambahkan koleksi memberatkan komputer huhu..But it is not for nothing tau! Mengingatkan diri akan indahnya ciptaan Ilahi dan remember Allah tidak menciptakan Alam ini dengan sia-sia. Segalanya untuk manusia berfikir, Insya Allah.
“ Maka apakah kamu mengira , bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main main( sesaja) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya , tidak ada Tuhan selain Dia , Tuhan ( yang mempunyai ) ‘Arasy yang mulia” ( Surah Al-Mukminun ayat 115~116)
Sunnatullahnya setiap yang hidup akan mati dan akan dihidupkan semula seperti bebunga yang dulunya mekar di kala matahari bersinar gemilang. Namun yang indah itu tidak kekal lama, tiba ketikanya, ia akan berakhir dan musim gugur akan tiba melenyapkan segala warna dan bila tiba waktunya kedinginan akan mengetuk segenap ruang dan tika itulah segala yang hidup akan mati. Bunga kini tiada lagi dan yang tinggal hanyalah dahan-dahan kering tak berdaun. Meskipun begitu, selepas waktu yang ditetapkan, bunga-bunga akan berputik kembali seolah-olah diberi peluang kedua. Dan itu tidak susah bagi Allah. Menghidupkan makhluk yang mati sebelumnya dimusim dingin lalu. Sebegitulah halnya manusia, hidup yang seketika ini hanyalah pinjaman, dan MATI itu pasti. Di alam barzakh bagaikan musim dingin, waktu penantian dihidupkan kembali ditemani soalan Mungkar dan Nankir. Moga dijaukan dari azab kubur ya Allah dan hanya amalan kita ketika itu. Al-Quran menjadi peneman, Ilmu yang ditinggalkan dinanti membuahkan hasil dan doa anak-anak yang soleh ditunggu penuh harap. Ya Allah selamatkanlah kami. Dan bila tiba waktu yang telah ditetapkan kita akan menemui Ilahi dan tika itulah segala nasib kita ditentukan. Nilai pinjamanNya ditentukan, "Berbaloikan aku meminjamkan kehidupan itu kepadamu?"Dan bagi yang menerima kitab amalannya dari arah kanan akan berbahagia, Amin. Sama-sama kita beristighfar regardless apa yang telah kita lakukan di masa lampau. Kerna Allah itu MAHA PENGAMPUN.
“ Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan kejinya atau menzalimi diri mereka sendiri, tiba-tiba mereka teringatkan Allah, mereka terus memohon ampunterhadap dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampunkan dosa-dosa mereka selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui . Balasannya ialah kemapunan Allah dari tuhan mereka .”(surah Al-Imran Ayat 135)
Semoga Musim ini akan menghasilkan bunga-bunga indah dalam diri kita semua.