Teringat zaman dulu-dulu. Saat balik kampung adalah saat yang dinanti-nantikan. Tiap hari tiap saat kami adik beradik akan mengitung waktu. Senyuman sepupu-sepupu bersama keleteh masing-masing mula menerpa memori. Satu demi satu mula menjengah minda, mengetuk-ngetuk hati menerbitkan senyuman dibibir. Agh Rindunya. Apabala tiba saatnya kami tiba di kampung, tangan tok ayah, mek dan sesiapa yang berada di rumah di salam mesra. Melepaskan rindu di dada. Di masa lalu, kami terus 'cabut' menuju ke rumah pakcik yang berdekatan, mencari 'gang' lama. Wagh seronoknya! Kemudian pelbagai aktiviti dirancang. Dari memanjat pokok, masuk sawah, ronda keliling kampung, main jual-jual, and the list goes on. Indahnya masa lalu kan. Seandainya ia datang kembali, mahukah anda? Hehehe jika dulu saya akan mengatakan YA! Siapa mahu menolak jika dapat kembali ke zaman riang-ria seperti itu?
Kerana masa lalu penentu masa kini, namun masa kini tidak akan menentukan siapa anda pada masa depan.
No comments:
Post a Comment