Demam Khinzir yang telah melanda Malaysia baru-baru ini telah mendapat perhatian pelbagai pihak. Dalam masa beberapa hari, jumlah kematioan meningkat mendadak tanpa sebarang logical answer. Sedangkan saya di New Zealand, alhamdulillah masih diperingkat selamat. Tidak sangka Malaysia yang pada mulanya tenang kini dilanda masalah runcing ini. Ekoran itu, rata-rata Institut Pengajian Tinggi ditutup dan pelajar-pelajar dibenarkan pulang. Namun adakah ini penyelesaiannya?
sedikit perkongsian dari saya. New Zealand juga pada mulanaya hangat dengan isu ini beberapa bulan lepas. Namun alhamdulillah dapat ditangani dengan bijak.
- Selepas berita ini, kebanyakan atau mungkin boleh saya katakan semua farmasi/doktor membekalkan vitamin C atau beberapa jenis vitamin yang dapat digunakan untuk meningkat sistem imunisasi badan.
- Farmasi juga menyediakan set penjagaan diri khusus untuk H1N1 yang terdiri daripada sanitizer, mask, sarung tangan plastik, dan tisu.
- Sanitizer digunakan sepanjang masa untuk membunuh kuman. Ia adalah sejenis jel yang boleh dipakai pada bila-bila masa seperti menggantikan air untuk membasuh tangan. Namu pastikan tangan anda benar-benar kering sebelum makan.
- Penggunaan mask kurang ditekankan disini. Apa yang penting adalah menutup mulut anda dengan sebarang material. Mungkin menggunakan tudung atau sapu tangan sendiri.
- Elakkan dari menghampiri 'crowded places' kerana anda tidak mengetahui kondusi kesihatan orang disebelah anda. Dan beradalah pada jarak selamat iaitu 1 meter jauh; kerana ini adalah jarak kuman sukar merebak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kerana penyakit ini hanya akan berjangkit apabila berlakunya 'fluid transfer', jadi berhati-hati
- sehelai tisu hanya digunakan sekali!
No comments:
Post a Comment