Tersebut dalam Sunan Ibn Majah RA bahawa Rasulallah SAW telah menceritakan kepada mereka; iaitu ada seorang hamba Allah mengucap kepujian dengan kata:-
(Ya rabbi lakalhamdu kama yam baghi li jala li wajhika wa 'azi min sulto nik)
"Wahai Tuhanku! Segala kepujian itu terpulang kepada-Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu"
Ucapan ini telah menyulitkan dua Malaikat pencatat amalan, kedua-duanya tidak tahu bagaimana hendak menulis pahalanya lalu kedua-dua Malaikat itu mengahadap Allah dan berkata kepada-Nya: "Ada seorang hamba mengucapkan pujian yang kami tidak mengetahui bagaimana hendak menulis balasannya?" Firman Allah: (Sedangkan Dia lebih mengetahui apa yang telah diucapkan hambaNya itu) "Apakah pujian yang telah diucapkan oleh hambaKu itu?" Jawab kedua-dua Malaikat itu dia berkata: "Wahai Tuhanku! Segala kepujian itu terpulang kepada-Mu, iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kuasa-Mu" Firman Allah kepada kedua-duanya: "Tulislah ucapan itu sebagaimana yang diucapkan oleh hambaKu sehingga ia menemui Aku dan Akulah sendiri akan membalaskannya".
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment