Rasulallah berukhwah

Bagaimana agaknya Rasulallah buat to each sahabah hingga seluruh sahabat bisa merasakan bahawa merekalah yang paling istimewa dan disayangi Baginda Rasulallah s.a.w..Baginda mengetahui baik buruknya setiap sahabat, kesukaan setiap sahabat, hingga Baginda saw mampu memberikan nasihah tepat dengan apa yang diperlukan oleh setiap sahabat baginda:) Masya Allah

saya cukup kagum dengan insan yang mampu menebarkan kasih sayang dengan seluas2nya. Mengukir senyum dikala hati sendiri menangis sepi, dan melayan segala kerenah manusia disekeliling, di kala diri sendiri memili preferance tersendiri..Betapa besarnya pengorbanan hati, untuk menjaga sekeping hati seorang akhwat yang lain..

Tapi disebalik segala kepayahan itu, Allah ingin mengajar kita erti pengorbanan, kerana erti hidup pada memberi..kerana ganjaran Allah itu untuk mereka yang sabar, dan ukhwah itu berpaksikan takaful dan tafahum..jadi bagaimana sempurna ukhwah jika tafahum itu pun belum ada..

jika dia suka 'bunga', maka cubalah memberi bunga meski diri 'alergik' dengan bunga..jika dia sukakan perhatian, maka layanlah dia semampu mungkin meski diri tidak reti melayan..kerana disebalik segala dosa yang telah kita lakukan pun, Allah masih melayan kita..disebalik segala kerenah kita dengan Allah (naik turunnya iman kita), Allah masih merelakan kita meminjam bumi ini ntuk kita huni..mungkin kalau sabar Allah itu seperti kita, nescaya dah kurang sedetik kita dibiarkan hidup..tapi DIAlah Ar-Rahman, Ar-Rahim, yang belas kasih dan sayangNYA tak pernah berkurang, maka kita diberi peluang dan peluang untuk terus memperbaiki diri danberlaku baik..

Jadi bersabarlah kamu sebagaimana Allah bersabar denganmu
Berbuat baiklah, sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu
kerana apa sangatlah salah orang disekeliling kita hingga kita ingin meletakkan hukuman
berbanding salah kita kepada Allah yang DIA masih beri kita nikmat hingga ke detik ini

~Alhamdulillah~
p/s: berusaha!!kerana hati itu milikNYA dan kepadaNYA kita bermohon,
smile and move on!!:) May He grant us His Strength and Rahmah

2 comments:

  1. 'smile and move on!' itu susah.
    T_T

    ReplyDelete
  2. benar:') hati menangis sendiri bila buat kan, tapi the word mujahadah describe itself..moga Allah menerimanya, ameen:') [29:6]

    ReplyDelete