MaafkN diriku yang tak sempurna

Maafkan diriku yang tidak sempurna
Bukanniatku melebihkAn dia dari dirimu
jika itulah yang kau lihat

Nak jerit kuat2 rasanya dan clearkan dengannya yang aku tak lebihkn ssiapa dlm bkasih sAyang. Dua2pn aku sayang..sungguh!!:') jika dulu,menzahirkn kasih sayang tu sunggugh Maha Susah aku rasakan dan itulah mujahadah tahun ni (harapnyelah)
Tapi bila dah mencuba ni, ada pulak yang rasa terlebih dan terkurang walaupun aku rasa aku dah buat sebaik mungkin..niat aku adalah untuk memberi dan terus memberi..moga hanya Allah yang menilai segala jerit perihnya

perihal menyayangi dan disayangi, deep inside aku yakin, perihal ini hanya berlaku kerana adanya kasih sayang antara kita (biarlah orang nak cakap masuk bakul angkat sendiri pun kan) tapi, tak mungkin untuk kita rasa jelous, sekiranya kita tak menyayangi seseorang, kan? jadi alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas ujian yang kurniakan ini, atas rasa sayang, dan ukhwah ini, KAU kurniakan ujian, untuk pastikan aku sucikan kembali niat ukhwah tersebut (insya Allah)

tapi sahabat, sungguh aku sayangi dirimu, mungkin silap diri kerana tak pandai menzahirkannya..setelah apa yang kau lakukan, aku masih begini, tidak pandai menghargai apa yang telah kau lakukan...maka sekali lagi maaf, dan maaf..segala kesukaan ku, dia dahulukan, baik dari segi masakan mahupun cara ku sendiri..jika aku tak suka pedas, maka yang tak pedaslah yang dia akan masak, bila adikku demam, maka dialah yang terlebih dahulu akan masakkan bubur kerna aku lemah part tu, dan sekali lagi, itulah tarbiyah Allah untukku yang tak pandai nak berkasih sayang ni..maaf sekali lagi atas segala kekurangan ku duhai sahabat..

sungguh sekali lagi aku sayang padamu, padaku kau seorang yang matang disebalik usia yang muda..jadi banyak perihal diriku yang tidak kuceritakan kepada orang lain, mudah sahaja aku buka kepadamu, bercerita denganmu amat mudah..kadang2 hal tu dah lama aku rahsiakan, atau ku pendam jauh di sudut hati dari orang lain, terutamanya perihal keluarga yang sangat dear to my heart, tapi berada disampingmu, semuanya mudah aku ceritakan, meluncur laju jek setiap kata2..kerana kau sahabatku yang istimewa, kerana itu jualah segalanya aku mudah ceritakan:'( dan maaf sekali lagi atas kekurangan ku, kerana tidak pandai berkasih sayang, menunjukkan rasa 'care' sebagaimana yang kau telah ajarkan kepadaku, dan sekali lagi, disitulah khilafnya seorang insan bernama aku..maaf dan maaff

jauh dari sudut hati, aku pohon ampun..kerana semuanya diluar keterbatasan aku sebagai aku yang lemah..masih mencari jalan mencontohi Rasulallah dalam berkasih sayang, menebarkan seluas-luasnya hingga setiap sahabat merasa istimewa di sisinya, masih cuba untuk belajar memaknai ukhwah yang dikatakan mudah dibibir Lillahi Taala, tapi untuk dimaknakan, astaghfirullah, susahnya..tapi aku akan bertatih, dan terus cuba melangkah..untuk belajar dari setiap tarbiyah yang Allah kurniakan di setiap detik yang berlalu dan di setiap hakikat kehidupan yang DIA telah rencanakan dengan cintaNYA:')

p/s: kerna setiap apa yang berlaku hari ini adalah persiapan untuk hari esok

No comments:

Post a Comment