pernah tak terfikir kenapa besar sangat raya haji ni??if raya puasa sunat takbir sehari jek
tapi bila raya haji Allah sunatkan sampai 3 hari, banyak bezanya tuh:)
apa rahsia disebalik kisah pengorbanan nabi ismail dan nabi ibrahim?
apa besarnya rahsia penukaran kibas disaat nabi ibrahim hampir mengambil nyawa anaknya sendiri?
Nabi Ibrahim merupakan salah seorang Rasul Ulul Azmi yang dikurniakan banyak ujian,
dan sungguh hebat ujian yang baginda terima apabila terpaksa mengorbankan anaknya sendiri, Nabi Ismail
anak yang ditunggu2 kelahirannya, selepas bertahun2 perkahwinan dengan Siti Sarah tidak memberi zuriat, tapi lahirnya NIsmail melalui perkongsian hidupnya dengan Siti Hajar mengembirakan hatinya,
penantian bertahun lama itu terbalas dan hatinya kini berbunga gembira,
segala kasih sayangnya tertumpu kepada buah hatinya Nabi Ismail,
bayangkan selepas bertahun lamanya memelihara N.Ismail, hanya selepas sepotong mimpi baginda terpaksa me'nyembelih' anaknya sendiri, Masya Allah tak terbayang bagaimana rasa baginda..
tak terlintas walau sekelumit bagaimana rasa ibunya sendiri bila mengetahui anak kesayangan bakal dikorbankan
dan tak tergambar rasa bila mengetahui hakikat diri yang bakal disembelih ditangan ayah sendiri
Masya Allah
hebatnya iman mereka, hanya dengan mengetahui bahawa itu adalah perintah Allah
hati tunduk, akur mengakuinya, menurut perintahnya
serta merta rasa takut, bimbang, resah dan gelisah hilang
kerna yakin Allah tidak akan menyia2kan hambanya
'if He brings you there, He will definitely will guide you through'
berkat keyakinan mereka, keimanan mereka,
Allah ganjarkan hadiah yang tidak bernilai,
sebuah nyawa yang hampir digadaikan Allah gantikan dengan seekor Kibash
Subhanallah
Segala kebesaran hanyalah MilikNYA yang satu.
Kerana Allah hanya ingin menguji setiap dari jiwa kita,
benarkah kita benar2 telah beriman dengan janji2NYA, yakin dengan syurgaNYA
dan meletakkan DIA sebagai di pusat dan seluruh tumpuan kecintaan kita
hingga bila disuruh mengorbankan harta yang paling bernilai pun, kita sanggup melakukannya
kita pula, jauh panggang dari apinya
untuk meninggalkan jahiliyah yang sekulimt itu pun, segala keluh kesah kita hambur keluar
hati berkira-kira nak buat ke tak, sebenarnya sedar tak sedar kita sedang memilih islam menurut kehendak kita, keperluan kita,
islam bukan lagi satu cara hidup, tapi kita yang memilih islam bersesuaian dengan hidup kita,
waiyazubillah
jauh benar bezanya dengan Nabi kita, Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as
oleh sebab besarnya pengorbanan mereka, Allah mengangkat darjat mereka, hingga kita ke hari ini, Allah sarankan supaya mengingati dan merenung pengorbanan mereka, kerana Allah redha dengan pengorbanan itu,
Masya Allah
begitu sekali Allah memuji dan mengangkat mereka yang DIA sayangi.
bayangkan bagaimana pula mereka yang mendapat naungan di syurga kelak??
pasti lebih lagikan, sebab itu adalah syurga, sebaik-baik tempat kembali,
tempat yang Allah janjikan bagi mereka yang takutkan Allah dan bermujahadah melawan nafsu2nya [An-Naziat 79:40-41],
Bayangkan Kasih Sayang Allah yang melimpah ruah yang bakal dimiliki oleh penduduk syurga pada waktu itu,
jika di dunia pun Allah sudah memuji2 dan mengangkat sebuah pengorbanan agung N.Ibrahim dan N.Ismail,
bagaimanalah agaknya Allah akan ganjarkan mereka yang disyurga kelak..
Subhanallah AllahuAkbar,
pasti tak terjangkau dibenak fikiran kita, pasti dan pasti
tapi janjinya pasti, syurganya pasti bagi mereka yang bermujahadah
dan sungguh mujahadah itu adalah untuk diri kita sendiri, [29:6]
dan kitalah jua yang akan memperoleh imbalannya
dan mujahadah itu untuk tak lain dan tak bukan untuk mengorbankan apa yang paling kita sayangi,
dan itulah sebesar2 mujahadah yang tinggi nilaiannya di sisi Allah
tanda DIAlah yang utama, DIAlah yang teratas dalam carta hati kita
~wallahua'lam~
No comments:
Post a Comment