Buat calon pt3 2014

Banyak keluhan yang saya dengar dan baca dari calon-calon pt3 tahun ini. Rata-rata dari mereka sedih dan kesal dengan perubahan yang terpaksa mereka alami. Perubahan demi perubahan bermula sejak mereka tingkatan satu hinggalah ke detik akhir mereka ingin menduduki peperiksaan sebenar. Format peperiksaan hanyalah diketahui beberapa bulan sebelum menduduki peperiksaan. Kasihan. Sungguh kasihan.

Manakan tidak, jika dulu pelajar2 akan di drill dengan pelbagai bentuk soalan terutamanya dari past years paper. Malah guru2 juga telah arif tentang format soalan hingga perancangan dapat disusun dengan sesempurna mungkin. Tapi tahun ini semua jadi kacau bilau . guru juga terpaksa menyediakan pelbagai bentuk soalan, kalau2 soalan demikiam akan ditanya dalam peperiksaan kelak.

Namun begitu, mari kita semak kembali senario2 di atas
- drill
- format biasa
- drill lagi
Untuk apa? Untuk sebuah A dlm peperiksaan sebenar.

Bukankah salah penilaian seperti itu?? Peperiksaan tidak lagi mengukur kefahaman pelajar dalam sesebuah topik tetapi kebolehupayaan pelajar utk menghafal dan membiasakan diri dengan bentuk2 soalan tertentu. Dan selepas itu kita bersorak gembira dengan A

Duhai calon pt3,
Bersabarlah dengan perubahan ini. Kerana bukan sahaja kita yg sedang berubah. Sistem pendidikan di seluruh dunia sedang berubah seiring dengan arus globalisasi.

Bersabarlah,
Mungkin ramai dari mereka bertanya tanya. Knapa mereka? Kenapa bukan tahun hadapan? Kenapa bukan tahun berikutnya? Semua takut utk menjadi korban arus perubahan. Tapi beruntunglah kamu, kerna bila kita terkorban kita tahu kita memberi manfaat kepada bangsa dan negara. Pahala yang kita peroleh hari ini kerna lelah penatnya perubahan bakal bersambung terus hinggalah sistem ini terhenti. Alangkah indahnya menjadi sebab kepada sesuatu perubahan.

Bersabarlah,
Untuk masa depan negara yang lebih baik
Untuk kualiti pendidikan yang akan ditingkatkan
Untuk melahirkan generasi yang bukan hanya tahu untuk melakukan sesuatu rutin, tetapi yang akan mencetuskan transformasi

Maka bersabarlah

Life is a test

Life is a test
For not everything you love is allowed to be done

Life is a test
For something you want it soooo much is delay to be in your hand

Life is a test
For something you hate is the thing that will give you reward for the life in the hereafter

Life is a test
For you need to bare things that you deteste

Life is a test
For not everything happen the way you want it to be

But believe
Cause life is indeed a test
For dunya is temporary
N jannah is everlasting

N there is no more rule to be follow
N everything n everything
N i repeat
EVERYTHING
is allowable
N for that
Please be patient my dearself

#jannah is my motivation
#redhaAllah

Nasihat

Hadith Rasulullah saw
"Sesungguhnya tiga golongan pertama yang akan masuk syurga adalah syahid, orang yang menjaga diri dari hal yang buruk2, orang yang memperbagus ibadahnya dan menasihati manusia"

Subhanallah. Dunia ini tidak akan bertambah baik tanpa insan yang sudi memberi dan menerima nasihat. Suatu perbaikan hanya akan tjadi dengan adanya dua pihak ini.

Tatacara memberi nasihat
1) lemah lembut
2) tersembunyi
3) niat yang tulus
4) memperhitung kondisi kemanusiaan
5) meyakini bahawa berbuat salah merupakan hal yang manusiawi

Kertas cadangan

kertas cadangan mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan tertentu

Sifat kertas cadangan
● formal
○ objektif
● ditulis dalam gaya yang jelas dan padat
○ berdasarkan sesuatu kajian, pemerhatian

[EDP 5701]

Biasa biasa sahaja tak cukup. Kata nak syurga

Dakwah itu mudah

Itu tagline majalah yang menjadi kewajiban untuk saya membelinya saban mudah. Dakwah. Dulu perkataan itu amat menakutkan aku. Hampir sahaja aku melarikan diri bila bertemu mereka yang ku rasa extreme. Astaghfirullah:(

Aku masih teringat suatu masa dahulu, seorang kakak yang sangat aku hormati dalam kultum (kuliah tujuh minit) beliau mengatakan sesuatu yang sangat menarik minatku, "pelik sungguh insan bergelar manusia ini, menginginkan syurga, namun tidak mahu menjadi baik sangat. Nak jadi baik biasa-biasa sahaja. Sedangkan tidakkah kita tahu bahawa syurga itu serba sempurna, dan hanya dihuni oleh orang yang hampir sempurna. Memang benar tiada manusia yang sempurna, tapi kita kan boleh mengejar kesempurnaan"

Allahu Akbar. Haah. Tak pernah terpikir pula aku hal itu. Menjadi baik biasa biasa itu tidak mencukupi. Kan nak Syurga.
Setakat menjadi baik untuk diri sendiri, tidak pernah mencukupi. Kerna pahala itu tidak pernah berkembang. Bahkan ingin kaya pun, banyak bisnes yang menggunakan konsep MLM. Apa yang mereka dapat mereka kongsi. Kemudian mereka pula mencari klien dan mengedar produk. Dari satu menjadi dua, dari 2 menjadi 4, dari dari 4 menjadi 8. Sedar tak sedar bisnes itu telah berkembang dan dikenali ramai. Hurm begitu jugalah dengan pahala. Sekiranya kita ingin pahala kita berkembang, maka kita harus menyebarkannya. Ilmu yang ada kita amalkan dan kita sampaikan kepada yang lain. Bukankah nabi juga berpesan, sampaikanlah walau seayat??

Subhanallah.

Indahnya syurga Allah. Yang tidak pernah terlihat dimata, tidak pernah didengari oleh telinga.

ALLAHU AKBAR

rinduuuu nye pada haruman syurga. Rindunya ingin bersenang lenang didalam syurga. Rindunyaa ingin bertemu dengan sang Pencipta diri dan Pencinta diri ini.

Allahu Akbar

Dan Engkau Maha Tahu kelemahan hambaMu dalam menutur kata. Dalam menyampaikan walau mudah. Allahu Akbar. Dan aku mohon kekuatan dariMu agar sentiasa sedar dengan nikmat syurga itu. Agar sentiasa bersama dan dipilih untuk bersama orang2 yang menyeru ke Jalan Mu. Dan menyeru bsama2 menujuMu.
Ameen ameen ya rabbal alamin

Bermain ombak

Kecil kecil menjadi kawan,
Besar menjadi lawan

Itulah ombak. Di tepian pantai indahnya bila diri diapung imbak. Melihat anak kecil melompat lompat mengikut gerakan ombak. Masing2 tersenyum bila kegirangan.

Aku lebih asyik membiarkan diri diapung ombak. Membiarkan diri terapung seketika. Merasai naik turun bersama ombak. Telinga sepi seolah2 masa turut terhenti. Tiada apa didengar tiada apa yg dilihat, hanya merasai ombak datang dan pergi. Kala hidung tersedut masin air laut,  baru aku kalut mencari lantai bumi untuk berpijak. Subhanallah indahnya, sendiri sepi dalam ombak itu

Kala itu aku terfikir. Ya manusia atau mungkin aku suka lari dari masalah. Mencari ruang atau dimensi masa untuk lari dari segala hiruk pikuk dunia. Kembali dekat kepada alam yg tidak pernah bermaksiat kepada Allah. Mungkin kerna itu Allah pinjamkan sedikit ketenangan buat kita :')

Namun ada masanya, walau kita lari dadi masalah ia tetap tidak mengubah apa2. Masalah masih disitu sebagaimana ombak. Kala kau membuka mata tiada apa yg berubah, ombak masih disitu dan kau masih bergelumang sendirian. Berlarilah, berenanglah ketepian. Kerna usaha itu walau sikit akan membawa penyelesaian.

Ps:
Wuuuu sedih seposen sbb lebih enak dilambung ombak kecil itu dan ingin terus disitu.

Merdeka

Merdeka??
Apa lagi yang tertinggal dalam diri kita mendengar kalimah keramat merdeka ini?
Sekadar satu hari cuti? Ataupun adakah kita benar2 merasai nikmat sebuah kemerdekaan itu?

Bukan mudah bagi kita memahami hakikat satu kebebasan itu bilamana bukan kita yang berjuang untuk mendapatkannya. Seorang manusia lebih mudah terkesan dengan usaha mereka sendiri berbanding merasai nikmatnya perjuangan insan lain. Adakah itu dikira sebagai pentingkan diri?? Hurmmm

Saya kira tulisan ini bukanlah suatu perkongsian, cuma suatu pertanyaan yang telah ramai utarakan. Bagaimana memberi erti kemerdekaan? Adakah sekadar menyanyikan lagu tema? Sambutan perbarisan? Atau sekadar pertandingan mereka logo?

Saya kira semua kaedah ini hampir tidak memberi impak yang besar sekadar memeriahkan suasana cuma. Lihat sahaja di sekolah, pelajar2 ini saban hari menyanyikan lagu negaraku, namun adakah mereka makin cinta pada negara? Tempoh hari saya sewaktu jalur gemilang dinaikkan sewaktu kita merangkul pingan  emas di sukan komenwel, atlet kita juga tidaklah menyanyikan lagu itu dengan banggan. Ok tapi tak elok berburuk sangka, mungkin hati mereka lebih merasai nikmatnya sewaktu jalur gemilang dikibarkan.

Jadi apakah langkah yang sewajarnya dalam memupuk jati diri anak muda masa kini? Saya kira, pendidikan itu harus bersesuaian dengan zaman. Jadi mungkin kita harus fikirkan suatu kerna ia tentang rasa di hati, bukanlah sekadar ilmu di minda.

Wallahualam

#random

Pelajar dan masa.nikmat yg tidak dapat dipisahkan

Masa itu emas
Masa itu pedang
Mada itu nyawa

Pelbagai ungkapan dan pbandingan yg telah dbuat dgn masa. Namun hanya diri kita yang tahu sejauh mana kita menghargai masa.

Ada ketikanya, hari berlalu dirasakan pantas
Ada kalanya, mata mengerling ke jam bkali kali dan seolah2 masa tidak berputar
Walhal masa sentiasa bsifat sama.statik.
Masih lagi 24 jam sehari, masih lagi 60 detik sesaat
Namun knapa kita bisa melihat hakikat yg berbeza tentang masa??

Disinilah letaknya erti masa.
Bila kita asyik berehat masa seolah2 cepat benar berlalu.2 jam berteleku dihadapan tv atau di dalam cinema dirasakan bgitu pendek
Walhal tanpa kita sedari kita telah merugikan 1/12 dr masa sehari kita
Merugikn diri utk beramal dan bmanfaat utk org lain dlm tempoh 2 jam
Satu tempoh yg sgt panjang!

Jika difikirkn satu huruf Allah ganjarkn 10  kebaikan. Bayangkan brapa pahala kbaikan yg bisa kita peroleh dlm tempoh 2 jam berikut??
Astaghfirullah kitalah makluk yg rugi itu

Pelajar sering mengabaikn masa2 kecil spt 5min sblum habis prep, bjalan belenggang kangkung, seolah2 tiada apa2 agenda penting dlm kehidupan. Seolah2 5 min itu tiada harganya

Ya Allah alangkah ruginya die
Kalaulah die sedar betapa banyak fakta yg blh dihafal dlm tempoh itu. Sambil menunggu siren bbunyi, masih sempat kiranya menyiapkn satu latihan matematik.

Masa dan masa
Semua org sedar waktu itu tak akan kembali
Namun xsemua org act seperti yg die tahu
Mungkin tahu itu belum cukup tahu
Atau hati itu masih blum merasai nikmat masa
Benarlah firman Allah,
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali ....."

Program Prihatin Ramadhan IKRAM Hulu Perak

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah
Allah has allow me to participate in this program organized by IKRAM Hulu Perak.
Alhamdulillah we have gathered some omount of money within Ramadhan and with that money we bought some daily needs like cooking oil, milk, sugar, rice, glutinous rice for Raya and kurma. we packed them in small packets where each pack would cost RM50. 
For us, who 'makan gaji' and receive monthly alllowance, we wont feel that money is that much!! but subhanallah, do you know that it is so meaningful to some others?

Allahu Akbar
I thank you for choosing me in participating this wonderful program. deep inside my heart, I am Touched, sad, happy and all those mixed feeling.
My group and I visited 5 houses.

I almost shed a tear even at the very beginning.
I always thought that nobody have problems with water and everyone have access to electricity. However, not this family. There are 4 persons living in that small little house. They don't have water supply so they fill their water tank by 'angkut-ing' water from the nearest river. And what shocked me is that, there is a small room beside it; made out of 'layers of zinc' i supposed. i thought maybe it is a store. but suddenly, a voice coming out from there and i saw a figure of a man, saying something that i myself couldn't understand. when we asked, that lady told us that he is her son. She couldn't afford to let him out as he will act aggressively and wonder around. Couldn't sit still. So they decided to keep him in his won 'room'. Sad? Yes I know, but having my own auntie as OKU I understood how she felt.

Then move to the second house, live a wonderful strong old lady. She is about 80+ years old, but still able to walk around, and fasting healthyly this month. Not only this month, but since the last 4 months ago. She had been fasting since March, continue to April and later with Rejab and Syaaban. SUbhanallah. Allah has given her strength to perform all the ibadah. looking at her, remind me of my grandma. she is talkative, gentle and kind. Now, she lives with her grandsons and grand-daughter as 4 of them had lost their moms and dad. So here come this lady, with all her strength, try to shower her 'cucus' with love. all words coming from her mouth is the word of syukur :') Hopefully I will always remember her and improve myself even more!!

Another 3 houses, i shall continue it later.
Till then

Kerjaya guru MULIA

kerjaya guru is sooo demanding.especially in world nowadays. Somehow becomin teacher in 21st century, i wonder where do i bring these students to? N with all these challenges how do we keep motivated and put on a fake smile.

Allahu Akbar
Dear teachers, your profession is an honorable job. Tugas yg mulia yg hanya dpikul oleh mereka yang terpilih. Biarpun payah, yakinlah bahawa Allah Maha Tahu bahawa kita mampu memikulnya. Kita mampu menggalas tanggungjawab ini. Bukankah Dia Pencipta kita?

Ye benar, keluhan kita sama saja. Anak2 kini tidak seperti kita dulu, mereka tidak seberuntung kita, terpelihara dari ancaman dunia tanpa sempadan. Bagaimana kita harus, wajib, perlu menackle mereka?? Dengan KBAT? Dengan kurikulum canggih??

Mungkin blh namun tidak. Saya percaya hatilah raja kepada tubuh manusia. Hatilah yang akan menentukan baik buruk seseorang. Dengan hati yang ikhlas dan menyedari akan hakikat kehambaan, insya Allah, kita berada di landasan yang betul.

Sejauh mana moden pun kita, akar kita masih tetap sama. Asal kita masih dari Allah. Pemberi rezeki kita masih Allah. Dan hanya kepada DIA kita mengadu dan kembali.

Allahu Akbar. Mungkin kita semakin jauh dari Dia. Mungkin kita lupakan DIA, maka kita sedikit di uji. Bukan di hukum. Tapi untuk membawa kita lebih rapat kepadaNYA. Kepada punca segala dan asal segala kejadian

ALLAHU ALLAHU
Bukan mudah mengikhlaskan niat kerana Allah. Tapi percayalah. Usaha itu yang kita perlu lakukan. Usaha dan terus usaha. LILLAHI Taala.
Insya Allah.

Ya Rabbi.bantulah hamba Mu yang lemah ya Allah
BIIDZNILLA
@Summit KL

Besarnya tanggungjawab lidah

Subhanalah.Alhamdulillah.Allahuakbar
Atas segala nikmat yg kit peroleh hari ini Alhamdulillah
Atas rasa cinta di hati ini, Alhamdulillah
Atas nikmat tubuh badan kurniaanMu, Alhamdulillah

Benar kata imam Al-Ghazali, yang tajam itu lidah, bukan pisau dan bukan juga diamond yang mampu memotong apa saja di dunia ini. Tapi masih, yang tajam itu adalah lidah.

Allah tanpa berselindung mengingatkan kita bahawa Dia tidak suka malah benci pada mereka yang mengatakan apa yang tidak dikerjakan tubuh. Allah bahkan bertanya secara retorik pada kita, "Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? " Tidaklah Allah menginginkan jawapan dari soalan tersebut, bahkan Allah terus menyatakan bahawa Allah benci akan mereka yg bersifat demikian.

Astaghfirullah. Wahai diri, dengarlah. Allah bukan tidak suka, tapi BENCI!! Bukankah berat ungkapan itu??
Allahu Akbar. Allahu Akbar.

Ya Allah ampunkanlah kami yang berdosa ini. Lidah cepat benar menasihati yang lain tanpa mencermin diri terlebih dahulu.  Lidah ngomongnya hal yang benar tapi tidak dibenarkan tubuh. Ampunkanlah kami ya Allah :(

......

Tapi rakan-rakan jangan putus asa dulu, kerna tanggungjawab dakwah itu masih wajib dipukul di atas pundak kita. Tanggungjawab itu tidak lepas dengan kita mengambil jalan pintas untuk mengunci bibir tidak menasihati sesiapa pun.
Bukan begitu sahabat.

Allah menegur kita agar kita menjadi qudwah. Agar mereka tidak berkata pendokong dakwa itu hebat dipentas perdebatan, tapi langsung tidak berbuat seperti omongannya.

Justeru kita haruslah dan wajiblah membenarkan setiap kata melalui perbuatan. bukankah action speaks louder than words? :)

Sahabat, Allah mahukan yang terbaik dari kita. Tidak mahu fitnah atas diri kita. Maka DIA mengingatkan kita agar menjaga amalan kita dan bukan sekadar manis di bibir sahaja.

Kerna Allah lah yang menjaga dakwah ini.
Wallahualam

Mentari indah

Subhanallah.setiap kali memandang langit, hati akan sedikit terusik. Betapa agunNya Dia Yang Maha Menciptakan, membenarkan langit untuk teguh berdari.

Bila terasa diri jauh dari Pencipta, kadang mata terasa malu melihat langit. Sebab tahu, Allah Maha Melihat dan Maha Tahu bahawa aku lalai. Maka disetiap pandangan,  aku cuba lari dari melihat langit. Entah mengapa hati rasa bersalah dan malu tiap kali merenungnya.

Begitu juga tatkala aku penuh harap menginginkan sesuatu atau ingin meluahkan sesuatu di dalam dada yang tak terluah. Tanpa berkata apa2, mata mudah bergenang tatkala melihat langit. Kerna yakin pasti bahawa Tuhan Yang Maha Mendengar itu Maha tahu apa yang tersembunyi dalam lipatan yang paling dalam.

Tatkala aku merindukan dia pun, ke langit aku melihat. Moga Allah sampaikan rindu ini padanya. Biar jasad tidak disatukan, tapi kita kan masih berada di bawah langit yang sama? Dan dibawah langit ini kita sama2 berharap moga disatukan di syurga yang tiada hujung dan tiada penghalang lagi. Ya Allah. Sampaikanlah. Kerna dia yg mengajar ku mencari makna di balik langit ciptaan MU.
Allahu Akbar

Korban itu resipi CINTA

Semakin banyak pengorbanan yang diberikan, Semakin tinggi nilai cinta tersebut

Kenapa kasih ibu menggunung tinggi buat si anak? Biar anak itu kuat merengek, meminta itu dan ini. Menangis siang dan malam di usia bayi dan bila meningkat usianya mulut tidak henti2 bertanya itu dan ini..tapi si ibu masih bisa mengungkap segaris senyuman..biar si anak menangis tangan si ibu masih adyik mengayun buaiannya..biar mulut membebel memarahi anak yang jatuh berdarah, tangannya masih lagi tak henti mengelap luka. Begitulah ibu, kasihnya menggunung tinggi biar lelah melayan kerenah si anak.

Namun dek kerna semua penat lelahnya itulah kasihnya makin mendalam, makin dia mencintai insan bergelar anak itu.

Jadi rasanya tidak salah hipotesis saya. Semakin tinggi pengorbanan, Semakin tinggi nilai cinta kita.

Jadi jika ditanya kenapa kita begitu mencintai dunia? Mungkin sebab kita begitu bersungguh2 dengan dunia.dengan kerja kita. Kita akan all out. Keluar pagi pulang malam untuk sebulan gaji. Tak kisah untukw bersesak dalam jam mahupun berpedih mata dihadapan pc.

Jadi jika ditanya formula untuk mencintai akhirat? Maka jawapannya masih sama, BERKORBANLAH. kerna cinta itubtidak datang percuma. Ia datang dengan 1001 pengorbanan. Berkorbanlah baik dengan harta dan jiwa kerna syurga Allah itu jaaauuuuuuhhh lebih mahal harganya.

Moga dikurniakan kesabaran untuk melaksanakan ketaatan dan dipermudahakan untuk beramal, berkorban untuk akhirat yang kekal. Moga Allah redha
Wallahualam~

Apa yang diberi, itulah milik kita *hard, yet it is true*


Suatu ketika Rasulullah saw. menyembelih kambing. Beliau memerintahkan seorang sahabat untuk menyedekahkan daging kambing itu. Setelah dibagi-bagi, Rasulullah saw. bertanya, berapa yang tersisa. Sahabat itu menjawab, hanya tinggal sepotong paha. Rasulullah saw. mengoreksi jawaban sahabat itu. Yang tersisa bagi kita adalah apa yang telah dibagikan.
Begitulah. Yang tersisa adalah yang telah dibagikan. Itulah milik kita yang hakiki karena kekal menjadi tabungan kita di akhirat. Sementara, daging paha yang belum dibagikan hanya akan menjadi sampah jika busuk tidak sempat kita manfaatkan, atau menjadi kotoran ketika kita makan. Begitulah harta kita. Jika kita tidak memanfaatkannya untuk beramal, maka tidak akan menjadi milik kita selamanya. Harta itu akan habis lapuk karena waktu, hilang karena kematian kita, dan selalu menjadi intaian ahli waris kita. Maka tak heran jika dalam sejarah kita melihat bahwa para sahabat dan salafussaleh enteng saja menginfakkan uang yang mereka miliki. Sampai sampai tidak terpikirkan untuk menyisakan barang sedirham pun untuk diri mereka sendiri.

Jika sayang, nyatakanlah, usah disimpan


Dari Anas ra, ia berkata: Ada seorang laki-laki duduk di hadapan Nabi SAW, kemudian ada seseorang yang lewat di situ, lalu orang yang duduk di hadapan Nabi berkata: “Ya, Rasulullah, sesungguhnya saya mencintai orang itu.”
Nabi SAW bertanya: “Apakah kamu sudah memberitahukan kepadanya?”
Dia menjawab: “belum.”
Beliau bersabda: “Beritahukanlah kepadanya!”
Kemudian dia menemui orang itu dan berkata: “Sesungguhnya saya mencintaimu karena Allah.”
Orang itu menjawab: “Semoga kamu dicintai oleh Zat yang menjadikanmu mencintaiku karenaNya” 
(HR Abu Daud)

Kerana sesungguhnya rasa itu jauh tersimpan di sudut hati. Kekadang, ucapan itulah yang akan mengikat kasih sayang. Bukan kita tidak tahu rasanya di hati, tetapi Rasulullah pun berpesan agar kita melembutkan hati dan menyatakan pada insan lain. Kerana rasa apresiasi itu akan buat cinta makin berbunga. Sedangkan Allah yang Maha Mengetahui akan isi hati hambaNya yang paling dalam pun meminta kita berdoa padaNya, bukan kerna DIA tidak tahu. Tapi kerana rasa kehambaan itu akan lebih terserlah, dan lebih kita tahu bahawa kita perlukan DIA. kerna bukan Allah tidak Tahu.
Apatah lagi manusia yang serba tidak tahu, dan lebih lemah hatinya, Kata-kata itulah akan menjadi penguat dan pengikat. 
Wallahualam

No Pain, No Gain

wat you need is
a little bit of patience n syukur

Generasi Y bercuti

adusss runsing2 dengan anak2 murid..cuti menjelang tiba..kalau ak dtempat mereka apa yg aku pikirkan mungkin masakan umi yg sedap, main ngan adik2, balik kampung, main basikal, cuti2 Malaysia..and semua aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga..waaaaaa indahnya zaman ituuuuu

*memory flashback*

aku antara mereka yg exited menunggu cuti..kalau blh org yg ptama nak keluar pagar..beg dah di packg beberapa hari awal hihi..kalau di oversea dulu, mmg siap packg 2-3x, timbang punya timbang sbb tak nak kasi lebih kilo..beg dpenuhi souvenir yg dbeli berbulan awal dr tarikh balik..xcukup dengan itu, aku akan beli satu set baju baru utk naik flight n utk jmpe family lepas hampir setaun xjmpe..xkurg jugak siap ke gym sbulam sblum n diet sikit2 huuuu lawakkan..tu smua sbb nk balik jmpe family huu alhamdulillah :-)

tapi budak2 ni, yg ada di minda n di bayang2kan adalah henset, lappy, tv, dan game..haish..mana peginya peranan manusia dlm lehidupan pelajar2 ni yer??adakah smua gadget2 tu yang menggantikan peranan ibu bapa dan adik beradik??adakah mereka kini lebih banyak deal dgn alam maya berbanding realiti??Allahu Akbar..apa produk yg sedang kita hasilkan ni??

Bukankah sepatutnya cuti dimanfaatkan utk family bonding??character building etc etc..saya pernah berada d satu taman di kl..kalau logiknya panas terik cuacanya, around 330ptg, tapi saya dapat lihat anak2 berbangsa cina (umur skolah rendah) ini berkumpul dan melakukan altiviti treasure hunt yg di handle oleh senior (kelihatanya spt pelajar univ)..Subhanallah kagum betul saya! Di saat itu mungkin kita lebih selesa tidur atau bersantai dshoppg complex bbanding bjemur d tgh panas.

tak cukup dengan itu, sy juga pernah singgah di kompleks renang bukit jalil..subhanallah, cuba teka siapa yg memenuhi tmpg tu?? sekali lagi anak2 kecil bangsa cina juga..sy jd bfikir sejenak..mmg mahal yuran yg perlu dbayar, tapi knapa mereka sanggup melaburkn duit ke situ??sedangkan rENang itu sunah nabi kiTa

Banyak yg perlu direnungkan ttg cuti kita kan..masa lapang kita..mungkin generasi Y hanyalah mangsa keadaan..mungkin peranan kita sebagai org yg lebih tua untuk membimbing mereka kan

Wallahualam~

A little practice of sunnah

12 rabiul awal
Just try this little exercise yourself. Do it quitely at the corner of your room. Try to answer it honestly, reflecting your own performance through out your entire life.

Ok.first, please get ready with your pen

1. If I were to ask you, write down 10 sunnah that you frequently practice everyday, or at least, you try your best to do it

2. If i were to ask you to choose, only one sunnah that you never fail to do, as a proof that you are istiqamah in loving Him; Rasulullah saw?

3. By looking at your belonging, your room, your phone, your lappy or your bag, do you have anything or do you put anything that would remind you of him, Rasulullah saw?

Your answer might reflect where is Rasulullah saw in your daily life.
Your answers might also reflect your seriousness in loving him s.a.w

Wallahualam

[3:31]

Husnuzon towards Allah

Alhamdulillah tsumma ahamdulillah
Ive been trying to write for quute sometimes now. Few times, but delayed due to poor internet connection.phew.

ALHAMDULILLAH tsumma Alhamdulillah
the scenary was breath taking. breath taking enough that attract people from all over Kuantan to depart as early as 5 am to get there and witnessed the sunrise.

Down here is my humble shot, using my S3 gadget.

I would like to share, what my father said before we climbed Bukit Panorama that morning.
While talking to one of the worker at our motel, he was telling us how super the view will be. And abah mentioned, "yes that is what we are coming for, however kita terima apa sahaja hadiah yang Allah beri nanti"

I was then think, this is not the first time abah said something similar to that. He once said that at Milford Sound when I was worrying about the weather not being so nice to us that day. I worry without the sun, our pictures wont be nice and maybe we would not be able to see the dolpins. But he was true, sometimes, Allah prepared something way better than our expectation, if just have faith in HIM. With all HIS power, he are able to do anything as a present to His loyal servant. Subhanallah He granted us with snow fall for that day. That is my very first time after 4 years in NZ to witnessed the soft white candy floss to touch the ground. And my mum, even shed a tears out of happiness. Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah

Just a token of believing insya Allah, He The Most Mercifu, Ar Rahman and Ar Rahim will grant us something way better than our expectation. Life itself is a miracle right?
Insya Allah, Insya Allah,
Believe dear self, believe
*deep breath*

There is a reason, why you are here
There is a reason why your life turn to be like this
There is a reason why you struggling with your life like this
There is a reason
There is a reason

And I hope that reason is You Allah, and Eternal Jannah
Ameen ameen

Jealousy is nothing for Jannah is everlasting


been trying to tell myself good things about it. Whats up with me now? Am I getting offended? Errrggghhh confuse with my own that somehow I starts googling, what's up with me? Am I having any problem with she going out to a nice place with someone? NO
Then do I actually envy her having some good time there? NO
ok then what?
Rather putting the questions on her why dont you look at the mirror. What is the problem now?
All right definitely you see no one other than yourself. And what's up with you dear?

Then hmmm do I actually feeling alone here that I started to feel bad about myself?
Errrr Errr hmmmm probably :( *the voice stuck in the throat*

Dear self,
What's up with you? Are you involve in this jealousy issue. Mind blowing. EEERRRGGGHHHH
Dear,
Do cheer up. Are you feeling afraid of losing her? Yesssss but NOOO
ok complicated. Yes of course but No because I know she love me :) I do know her well. We share quite a lot, ekh no, we do share A LOT good stuff together, INDEED

Heee, thinking of those simply can put the smile on, not a smirk, but a true smile hee, I can feel it on my eyes. Aren't you feel that too when you are happy.

For those besties who dont quite understand, might as well you are not close enough with your BFF.

I used to wonder, why do Imam Hassan al-Banna said, the lowest level of ukhwah (relationship) is to not think bad upon your friend.
Somehow I think that is simple enough to do, but why and why?

Now maybe, maybe, when you are sooooo close with someone, and you actually have your expectation upon him/her, right?

Then when your expectaion isn't fulfill, then your head might go there and there, searching for any possibilities of why your expectation is not fulfilled. Then your heart start to think and feel bad about it.
All right, for those who are in those situation, QUICKLY PUT A STOP TO YOUR THOUGHT.
Tell yourself that you are wrong, and you know who your BFF really is. He/She wont be that way.
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)

Next if that doesn't work, then, quickly remember something good that you had share together. And tell yourself how lucky you are to have those moment. Isn't your bestie is a gift from heaven, one of the Rahmah that Allah has given you? Subhanallah. Those precious moments where you share all your stories with him/her, the moment you cuddle each other so tightly out of happiness, for who you are she don't simply judge you but rather patiently listen and understand you. and I know when you start counting those moments, the movies simply play in your heads without knowing where to stops. Isn't that wonderful? *big smile* =D

If that doesn't work either, next, do remember how far you have come. Might be one year, 3 years, or 10 years. Why you want to wasted all good things you've shared together. You have gone through ups and down together, isn't it a huge waste? Nope please, think twice. If twice is not enough, do it three times, until your feel at peace.

And Lastly, if all above doesn't work for you, this is the most important thing to reflect,
you and your friend is not only to share good moment in this worldly dunya, nope. But this is a strong relationship that we want to keep and the very same person that we want to see on Jannah *deep cry*
Because if it don't work here, how are you supposed to bring your friend in front of the All Mighty and say, "Ya Allah Ya Rahman, he/she is one of the blessing that you have given me on this earth. Thank You Allah. And with all Your Mercy, please and please put us together in Jannah"

With that, insya Allah your heart is STRONG and you know that you want to keep your bestie more than anything for she reminds you of Allah and make the best out of you, insya Allah
One more tips, make a lot of dua, whe you feel bad upon something, pray harder, go back to your quran, for the remedy of it is with HIM, cause he owner of your heart is Allah, the Most Merciful. When you feel bad upon something, make a lot of dua'a, cause you'll feel better with it and you are putting everything back to the owner of all, Allah SWT.
And, with His power, Insya Allah, May Allah ease your heart, and put your heart at peace.
Allahu Akbar

REPENTANCE ==> Allah menjaga dosa-dosa kita

Usai solat maghrib, terdengar ceramah dari surau pelajar. Penceramah berpesan, "selepas ni kalau ada penceramah tanya, siapa bernah buat ..... (any crime) jangan mengaku. Saya tak suka betul penceramah yang tanya begitu" Kemudian beliau bacakan hadith yang maksudnya:-

“Setiap ummatku itu akan diampuni kecuali kecuali Al-Mujahirun. Yaitu orang yang melakukan (dosa) di malam hari. Lalu ia hidup hingga di waktu dalam keadaan dosanya ditutupi oleh Allah. Namun ia kemudian menceritakannya (kepada orang lain):’Wahai fulan, tadi malam aku telah melakukan begini dan begini’. Padahal Allah telah menutupinya semalam. Namun ketika pagi tiba, iapun menyingkap tutupan Allah terhadap dosanya” [HR. Bukhari & Muslim]

Terduduk sendiri di lembaran sejadah itu. Allahu Akbar, malu sungguh aku pada Sang Pencipta. Nafas demi nafas Dia kurniakan padaku meski diri ini berpalit dosa. Bukan lagi berpalit rasanya, berendaman dosa. Jika seorang alim pernah ketika berjalan dilihat berhenti seketika hingga tak disedari temannya jauh ke hadapan. Bila ditanya kenapa, beliau berkata, aku melupakan Allah seketika tadi, maka aku berhenti beristighfar sebentar

Allahu
Jika demikian kecil kelupaan dia rasakan berdosa. Apatah lagi aku yang jauh lagi dari mengingatiNYA setiap masa :(
Kita sendiri tau kan apa aib yang telah kitakan, jika dibuka pekung didada, jika terpampang di papan iklan apa yang kita lakukan secara live, Astaghfirullah betapa malunya kita. Saat kita dihdapan FB apa yang aku lakukan. Saat aku dihadapan murid, adakah ikhlas hati ini. Adakah badan ini melakukan seperti yang dikatakan bibir ini.

ALlahu Akbar
Sungguh Engkau lebih tahu betapa hinanya aku ya Allah. Betapa tak layaknya aku utk berada di dunia ini ya Allah. Dosa aku melimpah ruah. Kadang terasa mahu menjadi kuman, tak terlihat oleh orang lain :'(

Tapi dan Tapi
Rahmat Mu menggunung tinggi. KasihMU melebihi kemarahanMU hingga aku pun malu. Hingga aku jadi hambaMU yang alpa ya Allah.

Ya Allah,
dengan rendah hati aku bermohon kepada MU.
tutuplah aib-aibku ya Allah. Ampunkanlah dosa-dosa ku ya Allah. Kealpaan ku, kedhaifan ku ya Rabb. kerna aku tak punya sesiapa melainkan MU ya Allah tempat aku berharap dan tempat aku bermohon belas kasihanMU ya Allah
Sesungguhnya ya Allah, Mahsyar itu milikMu, dan hanya daripadaMu aku bermohon keselamatan ya Allah, dengan RahmatMU ya Allah, dengan Rahmat MU ya Allah

Ya Allah,pada petang ini kami nikmati afiat pemberianmu(keselamatan dan mara bahaya)dan terjaganya rahsia-rahsia(dosa-dosa)ku,maka sempurnakan nikmatmu,afiatmu dan penjagaanmu itu atasku,di dunia dan akhirat. (mathurat)





Syurga Istirehat Abadi

Kerana kehidupan dunia itu penjara bagi mukmin dan memang memenatkan kerna janji Allah syurga itu sbg tempat istirehat yg abadi

"Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat)"
[al-fatir:34]

Allahu Akbar

Ps:untouched world, nz
Western spring

Me-recharge

Allahu Allahu

Berat sungguh menapak masuk ke pagar maktab. Hati meronta-ronta kenapa aku perlu berada di sini. Down, sedih, sendiri semua bercampur. Apa yang perlu aku set dalam diri, apa yg perlu aku set d hati?

Allahu Allahu

Bukan mudah menerima sesuatu yang bukan kita inginkan. Menjadi guru, menjadi pendidik, menjadi guardian. Sesuatu yg perlu dilakukan dengan hati dan passion ku bukan di sini. Di bidang ini.

Astaghfirullah

Bukan aku tak tahu pahala melimpah menanti di sini. Bukan aku tak sedar medan amal ku terbentang luas di sini. Bukan aku tak mengaku tugas ini bukan hanya sekadar menerima gaji tapi amanah yg besar. Sungguh aku sedar, aku tahu

Allahu Allahu

Alhamdulillah adanya pnman ku disini. Jauh tapi hatinya kurasakan. Paling tidak aku ada ubat utk bertahan di sini. Wahai p, jgn bosan menemaniku, menasihatiku, mempositifkan ku..sbb sungguh payah..amat payah berada di sini..

Allahu Allahu

Lembutkan hati ini
Lapangkan hati ini
Bukakan hati ini

Kerana sunggun ianya payah

Note to self:
1. Adakah kau ragu dengan syurga Allah?
2. Adakah niat kau ikhlas kerana Allah?

Bukankah kerana Allah segalanya kan mudah?

Astaghfirullah al-azim

Israeli

https://www.youtube.com/watch?v=arQkivaRRWI&feature=youtube_gdata_player