Pakcik petronas

Aku sering terleka melihatnya setiap kali aku ke stesen ini
Melihat riak wajahnya yang tak kering mengukir senyuman
Ada saja kerja yang dilakukannya
Bukan sekadar berdiri dan melihat pengunjung berlalu pergi,
Dia asyik menegur pengunjung yang datang,
Ada ketika ku melihatnya menyapu membersih kawasan sekitar,
Subhanallah rajinnya duhai pakcik :)

Padahal boleh sahaja beliau berehat di kerusi sambil menunggu,
Boleh saja beliau bersembang menikmati dingin air cond,
Malah boleh saja beliau duduk membiarkan setiap pengunjung menguruskan urusan mereka sendiri

Namun pakcik ini gigih bekerja,
Ada saja yang dibuatnya,
Memanfaatkan setiap detik yang kita dibayar untuknya
Bukan mudah menghalal kan setiap sen gaji yang kita peroleh

Detik hatiku,
Pasti pakcik ini punya hubungan yang baik dengan Pencipta,
Hingga melihatnya saja buat hati ini terusik,
Melihatnya saja membuatkan hati ini tenang
Subhanallah
Mungkin inilah ganjaran dunia buat mereka yang ikhlas bekerja
Melihatnya saja membuat kita tenang
Melihatnya saja buat kita berpikir mengenang pencipta
Allahu Akbar
Moga Engkau memberkati setiap usaha pakcik ini
:)

Bagaimana ingin mencari ketenangan

Manusia mencuba pelbagai cara untuk bahagia. Ada yang mendaki gunung, merenung ciptaan Allah. Ada yang menyelam laut, hingga merisikokan diri myawanya sendiri. Ada yang bermain musik, mendamaikan sekeping hati yang lara. Ada juga yang memilih untuk menghisap dadah kerana percaya akan beroleh ketenangan itu.

Dan sebenarnya bagaimana kita seharusnya mencari ketenangan itu?

Ayuh kita betulkan minda kita, bahawa ketenangan dunia itu sifatnya sementara. Tiada yang kekal abadi.

Saya sering bertanya pada diri? Kenapa perlu bahagia? Bukankah hidup seadanya pun ok? Xperlu susah2 mencari bahagia. Kalau bahagia ok, xbahagia pn ok. Kan hidup x lama.

That was my original thinking. But sitting here and listen to him, suddenly my mind was twisted. Kerna hidup xlama, maka berbahagialah. Bak kata mat salleh, live life to the fullest. *tapi knapa susah yer :'(

...... bertanya "Apakah yang menjadikan kita ini tenang, bahagia?
Rasulullah saw menjawab, "1. Jaga lidah kamu, 2. Luaskan rumah kamu, 3. Menangis lah pada kesalahan yang kamu lakukan"

Ayuh kita semak satu persatu

1. Jaga Lidah
Kalau ada masalah, jangan rujuk hati dan perasaan. Tapi rujuklah Allah dan Rasul. Peganglah quran dan hadith erat.

Dan ingatlah peringatan yg sepi tak bersuara, MATI. Dan kalaulah mereka yang mati, boleh bersuara, dan kalaulah kita dapat melihat satu persatu yang mereka rasakan di kubur. Bahkan sejak diarak ke kubur, suasana sunyi sepi.

"Fal ya qul khairan au liyasmut"
Berkata baik atau diam

tapi itulah kita, serba ada yang tak kena nak dikomen mulut. Lihat org gemuk, kata, lihat orang hitam pun kata, kreatif sungguh kita ni kan. Ada saja alternatif akal kita nak mengulas setiap yang dilihat.

Justeru tak boleh ke? Tidaklah haram. Tapi, siapalah kita nak mengata orang. Bukanlah kita dapat mengubah hal yang dikata itu. Bukankah lebih baik jika kita berzikir, membaca quran dan sentiasa berpesan-pesan.

Ibrah traffic

Currently stuck dalam jam
Teringat seseorang pernah cakap, katanya ......
"manusia ni sungguh menghairankan, kita banyak menempah kesusahan untuk diri sendiri. Belajar tinggi, sbb nak hidup senang. Kemudian bila dah kerja, hari2 balik lewat utk dapatkan gaji yang banyak tu. Kemudian bila balik lewat, amik anak n balik rumah anak ajak main pn dah pemat nak layan. Beli rumah besar sbb nak selesa n mewah. Tapi akhirnya rumah yg besar tu tak dinikmati pn sbb balik lewat. Kain baju n rumah pn xsempat nak urus. Gaji besar masuk, tapi banyaknya susah yg dapat hari2. Itu ke kehidupan yg kita cari??"

Kehidupan, sekiranya disalah ertikan, salah makna kita sendiri akan terjerat di dalamnya. Teringat seorang guru saya dulu selalu menyebutkan, "life is hard, why make it harder?"

Namun susah senang itu bergantung pada definisi kita. Sekiranya walaupun kita susah, namun untuk sebuah senyuman orang yang tersayang, segala penat itu kan hilang. Begitu juga kiranya niat kita agar rumah besar itu dapat digunakan utk urusan dakwah, kan lebih besar manfaat rezeki itu dikongsi. Begitu juga sekiranya kerja penat kita seorang itu dapat kita bermanfaat kepada puluhan atau ratusan orang, bukankah berbaloi penat kita?

It all comes down to how much kita bmanfaat kepada yang lain. Penat atau apa saja yg kita rasakan hari ni adalah untuk tuaian kita di akhirat kelak. Maka bukankah berbaloi kepenatan itu :')

Kerna syurga itu tempat bagi mereka yg penat didunia

Maka bersabarlah mereka yg dalam jam huu

Saya nak jadi macam ....

Suatu hari aaya saya masuk ke kelas. Sebagaimana kebiasaan saya akan bertanya satu soalan pendek utk dijawab oleh setiap ahli kelas. Saya minta setiap org lihat keluar tingkap dan fill in the blanks, "saya nak jadi ..... sebab ....." cthnya "saya nak jadi mcm matahari sbb dapat menyinari alam"

So within 5mins macam2 jawapan yang saya dapat. Diantaranya nak jadi macam pokok spy dapat org berteduh, nak jadi macam tangki air sbb jauh dari org, nak jadi macam rumput sbb walau dipijak2 masih sabar. Soalan2 macam ni seronok sbb kita blh tahu character pelajar2 kita.

Kemudian saya pun buat sedikit conclussion. Sebenarnya bila diperhatikan, kita manusia suka bila kita bermanfaat utk yang lain. Kita suka benda yg blh memberi manfaat sbb fitrahnya manusia suka bila dapat berbudi kepada yang lain. Sebab tulah salah satu sifat muslim yg dituntut adalah bermanfaat kepada yg lain.

Jangan besarkan skop hingga kita rasa kena kerja besar atau kerja barulaj blh bermanfaat. Salah tu. Dalam setiap detik kehidupan kita blh bermanfaat, semudah2 berwajah manis kepada saudara kita. Begitu juga dengan call yang kita buat kpd insan tersayang. Seingat saya walau mengalih kayu dijalanan juga adalah sedekah.

Sangat banyak cara kita utk bermanfaat. Celikkan hati, ringankan tangan. Insya Allah mudah saja utk bermanfaat.

Didik hati kita utk berbuat baik. Sbb bukan mudah sebenarnya utk berbuat baik. Mungkin ada org akan rasa, "ooooo mudah jek setakat senyum". Tapi sebahagian yang lain termasuk saya dulu "susahlah senyum, ingat boleh bagi free2 ke?". Kan lain mujahadah setiap orang. Saya ingat lagi, abah selalu komen wajah saya yang masam. Susah nak tersenyum. Sehinggalah saya menonton satu cerita jepun ni, that girl pn susah senyum n die cbe utk perbaiki dgn senyum kpd smua benda tmasuklah bunga2 dan kucing2 dtepi jalan. maka saya pn cubalah, dan alhamdulillah ada improvement rasanya hehe..yang penting kita usaha kan. Kan Allah memandang pada usaha kita.

Maka jom bermujahadah

Bila rindu

Rindu tak terluah
Benarlah kata2 itu
Rindu itu bukan semata indah pada pertemuan
Tapi ingatan dalam doa

Kerana yg fizikal cuma sementara
Dan syurga kekal selamanya

Usah dipinta dunia ini diperpanjang
Tapi mohon kekal sampai ke syurga

Syurga
Itulah motivasi terbaik
Kerna yg lain tak kekal sepertinya

Jika dunia ni sementara
Syurga itu kekal
Jika dunia ini terpaksa berpisah
Syurga itu masanya tiada lagi
Jika dunia itu sakit
Kerna syurga itu indah
Jika dunia itu sempit
Kerna lapangnya di syurga kelak

Maka sabarlah
Dan sabarlah
Dan demi Allah
Sabarlah

Kerna kita bertemu dan berpisah kerana Allah

Tapakan sikecil

Melihat sekecil menapak sungguh mencuit hati,
Perlahan bergantung mencari kekuatan utk berdiri
Kemudian, perlahan lahan si kecil melangkah,
Mulut terus tersenyum sambil melihat si ibu yang ghairah menanti
Namun lutut sikecil masih goyah,
Lantas die terduduk melenyapkn senyuman indah sebentar tadi

Namun, hal itu tidak lama bila dia mula mengatur langkah lagi, dan lagi
Subhanallah
Alangkah indah menjadi si anak kecil,
Meski terjatuh, si ibu masih setia menemani
Meski terjatuh, lutut kecil itu masih gagah berdiri
Meski terjatuh, mulut masih mengatur senyum
Alangkah indah menjadi sikecil itu

Sugar heart

This is the face i miss most.the only plan for my coming holiday is to have him in my arm and walk him through various path..watch him smile n cuddle him while admiring his endless cuteness

Hidup

Mudah untuk hidup
Tapi bukan membina kehidupan

Merenung ke luar jendela

Bait2 bacaan imam itu amat menenangkan,
Jiwa yang mulanya kacau kini kembali tenang,
Lantas aku memejamkan mata,
Membiarkan diriku hanyut dalam buai nada2 indah itu
Subhanallah

Malam nan indah ini disulami dengan bunyian cengkerik yang merdu,
Mungkin jika diatur dan ditulis notenya menjadi satu masterpiece zaman berzaman,
Namun siapa bisa mengerti bahasa mereka melain tuan yang Mencipta
Walau tidak sepatah kufahami, namun aku yakin mereka diam memuji Tuhan yang Esa Allah

Begitu indah bahasa cinta Mu
Meski tidak akalku fahami,
Namun jiwa ini lebih mengerti
Diam indah

Subhanallah Subhanallah Subhanallah

Wahai mereka yg melampaui batas...

Membaca bait-bait dari surah az zumar tidak henti-henti terus menyentuh hatiku. Aku kecil lagi hina, kadang lupa diri akan kenapa aku dicipta. Aku ralit membiarkan diriku melalui hari hanya untuk 'survive'. Kekadang aku lupa menyingkap hikmah, memuhasabah diri dan mencari dmana tuhan di hatiku. Adakah hati ini sudah keras membatu hingga sukar benar aku bersikap tenang. Kadang aku hilang dalam diri aku sendiri. Malu namun begitulah hakikatnya *sebak*

Namun Allah itu Maha Tahu dan Maha Lemah-lembut. Allah itu dekat, tidak pernah meninggalkan kita sendiri. Tinggal kita yang perlu mencari. Mengangkat kaki dan mengagah diri membina semula kekuatan. Bukan dari luar, namun dari dalam. Binalah hati yang sentiasa mengingati Allah. Pujuklah hati membaca bait2 ayat cintaNya. Biarlah jika kita tidak tahu kenapa dan apa kaitannya, namun yakinlah ketenangan hati itu adalah dari Nya. Allahu. Hati, kekuatan, kesabaran, kelapangan dan rasa redha, mintalah dari Allah Yang Maha Kuat. Mudah meniti di bibir perkataan2 itu, namun berat utk dipikul, apa lagi utk kita menghayatinya dalam kehidupan yang penuh cabaran ini. Namun mohonlah dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Kerna segalanya dari Dia yang Maha Esa.

Pujuklah hati dengan ayat cintaNya
"Wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dgn rahmat Allah.  Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya. Sungguh Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang" [39:53]

#prayers

Know that everything we do is not for this life, but the life next after

Allah.give us strength to work harder not for anything, but only your blessing