Saya nak jadi macam ....

Suatu hari aaya saya masuk ke kelas. Sebagaimana kebiasaan saya akan bertanya satu soalan pendek utk dijawab oleh setiap ahli kelas. Saya minta setiap org lihat keluar tingkap dan fill in the blanks, "saya nak jadi ..... sebab ....." cthnya "saya nak jadi mcm matahari sbb dapat menyinari alam"

So within 5mins macam2 jawapan yang saya dapat. Diantaranya nak jadi macam pokok spy dapat org berteduh, nak jadi macam tangki air sbb jauh dari org, nak jadi macam rumput sbb walau dipijak2 masih sabar. Soalan2 macam ni seronok sbb kita blh tahu character pelajar2 kita.

Kemudian saya pun buat sedikit conclussion. Sebenarnya bila diperhatikan, kita manusia suka bila kita bermanfaat utk yang lain. Kita suka benda yg blh memberi manfaat sbb fitrahnya manusia suka bila dapat berbudi kepada yang lain. Sebab tulah salah satu sifat muslim yg dituntut adalah bermanfaat kepada yg lain.

Jangan besarkan skop hingga kita rasa kena kerja besar atau kerja barulaj blh bermanfaat. Salah tu. Dalam setiap detik kehidupan kita blh bermanfaat, semudah2 berwajah manis kepada saudara kita. Begitu juga dengan call yang kita buat kpd insan tersayang. Seingat saya walau mengalih kayu dijalanan juga adalah sedekah.

Sangat banyak cara kita utk bermanfaat. Celikkan hati, ringankan tangan. Insya Allah mudah saja utk bermanfaat.

Didik hati kita utk berbuat baik. Sbb bukan mudah sebenarnya utk berbuat baik. Mungkin ada org akan rasa, "ooooo mudah jek setakat senyum". Tapi sebahagian yang lain termasuk saya dulu "susahlah senyum, ingat boleh bagi free2 ke?". Kan lain mujahadah setiap orang. Saya ingat lagi, abah selalu komen wajah saya yang masam. Susah nak tersenyum. Sehinggalah saya menonton satu cerita jepun ni, that girl pn susah senyum n die cbe utk perbaiki dgn senyum kpd smua benda tmasuklah bunga2 dan kucing2 dtepi jalan. maka saya pn cubalah, dan alhamdulillah ada improvement rasanya hehe..yang penting kita usaha kan. Kan Allah memandang pada usaha kita.

Maka jom bermujahadah

No comments:

Post a Comment